Thursday 3 November 2011

Rahsia Wanita Bertudung

Rahsia Wanita Bertudung 
Dari Penulis 
Mungkin wanita sudah tahu kenapa bertudung? Ataupun mungkin wanita sebahagian besarnya tidak tahu rahsia bertudung?

·         Rahsia wanita bertudung ia sentiasa berdoa kepada Allah ketika yang berjalan dalam kesusahan dalam   tangisan.
·         Rahsia wanita bertudung ia seolah dilindungi oleh allah SWT dalam hidupnya.
·         Rahsia wanita bertudung ditinggikan derajatnya oleh Allah SWT sebagai wanita syurga.
·         Rahsia wanita bertudung  ia sentiasa merendah diri dihadapan orang-orang miskin.
·         Rahsia wanita bertudung lambang kemulian wanita di syurga – sentiasa dilambangi ‘Assalamualaikum’
·         Rahsia wanita bertudung ia seolah melindungi batu Hajarulaswad
·         Rahsia wanita bertudung ia seolah melindungi hatinya selalu.
·         Rahsia wanita bertudung ia sentiasa menundukkan syaitan ketika ia menghampirnya
·         Rahsia wanita bertudung ia ibarat kubah masjid
·         Rahsia wanita bertudung ia melindungi dua keadaan iaitu ruh dan jasad
·         Rahsia wanita bertudung ia mendekati dirinya dengan kebaikan dan menjauhi keburukan.
·         Rahsia wanita bertudung ia penyampai berita yang baik kepada orang lain
·         Rahsia wanita bertudung mereduh jiwa suami
·         Rahsia wanita bertudung menyatukan hatinya dan Maha Pencipta
·         Rahsia wanita bertudung sentiasa dirindui, disayangi dan dihormati
·         Rahsia wanita bertudung  adalah pintu syurga
·         Rahsia wanita bertudung ibarat melindungi anak-anak yatim-piatu.
·         Rahsia wanita bertudung ia seolah melindungi ayah dan ibunya serta keluarganya
·         Rahsia wanita bertudung ia ibarat kulit buku pada kitab al-Quran dan al-Hadis.
·         Rahsia wanita bertudung ia sebagai cahaya di waktu pagi di waktu senja…….

Tuesday 1 November 2011

Hatiku Luka Lagi

Tiada kemaafan yang dapat ku gambarkan,
Seribu kekesalan telahpun ku luahkan
Namun air mata kasih yang berlinang,
dan kini ku mula tampak segala nya...

kau berikan kasih sayang cintamu
biarpun gengaman tanganmu telah ku lepaskan
maafkan lah kasih sayang,
salah ku tangis mu 
tak sengaja tak ber maksud melukaimu

Tuhan saja yang mengerti segalanya
kupohonkan kemaafan diiring doa harapan
mungkin kah ada sinar harapanlagi
untuk kita berdua , maafkanlah
kau berikan kasih sayang cinta mu
biar pun gengaman tanganmu tlah ku lepaskan
maafkan lah kasih sayang salahku
tangis mu tak sengaja...
tak bermaksud melukaimu

yte nyanyikan lagu ini khas untuk abg yang yate sayangi

Lelaki boleh dingin seks

Ramai wanita menyangka bahawa lelaki sentiasa bersedia atau berkemampuan untuk melakukan seks. Sangkaan ini berpunca dari sikap lelaki yang mudah bangkit nafsu syahwatnya dan lelakilah yang biasanya mengajak untuk memulakan seks.  Sebenarnya tidak ada lelaki yang cukup responsif dan menegang zakarnya dengan cukup melainkan keadaan dirinya bersedia atau syarat untuk meningkatnya ghairah dapat dipenuhi dengan munasabah.
 
Tindakbalas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur lelaki. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil bisa menyebabkan zakar tegang. Bila lelaki bertambah dewasa mekanisma ketegangan kurang terangsang, ini bersebab dari berbagai perkara.

Untuk membolehkan lelaki bertindakbalas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut:
  1. Tidak terlalu letih.
  2. Tidak ujud ketidak selesaan fizikal yang berat seperti sakit kepala, ataupun sakit pinggang.
  3. Emosi tidak terganggu seperti rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.
  4. Ujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jima' dan suami tidak breezed, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain jima'.
  5. Berminat dan tertarik kepada pasangan.
  6. Tidak ujud perasaan risau mengenai betapa baguskah dirinya dalam jima' dan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jima'.
  7. Tidak ujud tekanan dalam perhubungan (contohnya perselisihan).
  8. Ujudnya ransangan mental dan fizikan yang cukup. Semasa tua, lelaki perlu lebih banyak ransangan fizikal terhadap zakar.
  9. Ujud sekitaran fizikal yang cukup iaitu tiada gangguan, tidak diketahui atau didengari oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.
  10. Tidak meminum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.
Jenis pekerjaan yang bayak memeras otak dianggap cepat meletihkan mental, begitu juga pejabat yang berhawa dingin cepat meletihkan fizik. Tidak hairanlah pada zaman ini ramai lelaki yang pulang ke rumah dalam keadaan yang terlalu letih dan mungkin tertidur sebelum menyedari bahawa pada ketika itu isteri memerlukannya. Sebagai isteri patutlah difahami duduk perkara dan sebab musababnya.

Thursday 27 October 2011

JeJalan Ke Kuantan

Penat nyer badan nie, walaupun aku tak drive tapi kepenatan itu terserlah ...hmmmm

Tuesday 25 October 2011

Khasiat Kunyit


Kunyit bukan sahaja boleh di gunakan untuk tujuan masakan sebagai penambah rasa tetapi ia mempunyai khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ia adalah salah satu daripada bahan herba semulajadi yang sangat berguna untuk wanita yang baru bersalin yang di campurkan bahan-bahan lain untuk dijadikan jamu. Dari segi kecantikan pula kunyit di jadikan campuran scrub atau lulur untuk menghaluskan kulit. Air kunyit jika di minum sangat elok untuk penyembuhan dalaman wanita.

Selain dari itu kaun India tradisional, kunyit dijadikan penawar untuk menyembuhkan penyakit seperti batuk, demam selsema dan penyembuhan luka. Para Saintis juga turut menyelidik apakah kunyit ini sangat baik untuk untuk tujuan perubatan. Hasil dari penyelidikan, mereka mendapati kunyit mempunyai khasiat berikut:
1. Anti-bakteria
2. Anti Ameba
3. Anti-histamina
4. Anti-radang
5. Anti-oksidan
6. Anti-reumatik
7. Anti-flatulen
8. Mengurangkan penyakit kencing manis
9. Meningkatkan kepekatan jus hempedu, bagi tujuan penghadaman.
10. Mengurangkan kolesterol pada Arteri Koronari
11. Mengurangkan tekanan darah
12. Menyembuhkan kebanyakan daripada penyakit penyakit respiratori

Monday 24 October 2011

Tip solekan

Jika anda inginkan tips solekan ringkas dan santai, berikut adalah beberapa tips dari pakar solekan untuk membantu anda.

1. Sebelum wajah anda dirias, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu. Gunakan pelempab atau moisturiser yang mengandungi pelindung matahari untuk memelihara kulit anda.
2. Kemudian sapukan foundation atau bedak asas mengikut warna kulit, keseluruh wajah anda.`
3. Setelah rata, sapukan bedak debu atau loose powder. Sapukan dangan lembut dan rata .
4. Bagi membolehkan sapuan nampak lebih kemas dan rata, sapukan wajah anda dengan bedak dwi cara.
5. Untuk solekan mata pula, gunakan pembayang mata warna ungu serta kelabu. Anda juga boleh mengunakan warna-warna gelap di bahagian mata untuk menyerlahkan mata anda. Gunakan pensel mata untuk membentuk bahagian mata diikuti dengan maskara.
6. Kemudian sapukan pemerah pipi dengan berus lembut. Gunakan warna yang lembut agar nampak lebih semulajadi.
7. Untuk bibir, sapukan lipstik berwarna merah jambu atau lebih lembut untuk menampakkan bibir anda lebih natural. Elakkan mengunakan lipstik dengan warna terang kerana ia membuatkan wajah anda lebih nampak matang dan garang.

Tips penjagaan mata

Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.


1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.

4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.

4. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

5. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.

6. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.

7. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

Sunday 23 October 2011

Mencepatkan kelahiran

Sebagai seorang bakal ibu, perkataan induksi ataupun memulakan proses kelahiran lebih awal lazim kedengaran terutamanya jika puan menghadapi masalah perubatan semasa mengandung.

Banyak sebab-sebab mengapa proses kelahiran dimulakan walaupun puan belum lagi mengalami kontraksi atau secara amnya sakit untuk bersalin.

Kaedah-kaedah yang digunakan untuk induksi kelahiran juga dapat mencepatkan proses masa untuk bersalin.
Ini penting difahami sekiranya puan telah dikenalpasti oleh doktor pakar perbidanan untuk melahirkan anak sebelum kontraksi serta kesakitan bersalin spontan.

Peringkat proses kelahiran
Kontraksi serta kesakitan untuk bersalin biasanya hadir secara spontan di antara minggu ke 37 hinggalah ke minggu 42.

Ada tiga peringkat proses kelahiran:
l Proses pertama: proses kelahiran adalah yang terpanjang, bermula dengan kontraksi rahim dan diikuti dengan kesakitan meneran secara berkala. ini menyebabkan pintu pangkal rahim puan terbuka dari beberapa milimeter hinggalah ke maksimum 10 sentimeter.

l Proses kedua: peringkat meneran di mana pintu pangkal rahim puan sekarang paling maksimum pada 10 sentimeter sehinggalah berlakunya kelahiran bayi.
l Proses ketiga: merupakan peringkat di mana uri (plasenta) dikeluarkan.
Pangkal rahim puan menipis dan seterusnya membuka supaya kepala bayi dapat melalui hinggalah ke faraj dan seterusnya kelahiran.
Ada juga keadaan di mana keadaan menipis serta membuka pangkal rahim ini berlaku beberapa minggu sebelum puan merasai sakit kontraksi yang mencetuskan kelahiran bayi.

Rahim merupakan organ anatomi yang berotot dan kontraksinya akan menyebabkan puan mengalami sakit belakang.
Perjalanan kontraksi ini berlaku dari bahagian atas sehinggalah ke bahagian bawah rahim. Kontraksi ini mungkin akan diikuti dengan rasa sakit.
Rahim menjadi tegang dan mengeras. Apabila kontraksi reda, rahim puan berehat dan perut menjadi lembut kembali. Puan akan berasa lega dan tidak lagi cemas.
Kontraksi yang beritma dan makin bertambah kekuatan serta kekerapan ini menyebabkan pintu pangkal rahim menipis serta membuka, dan seterusnya bayi akan menurun ke arah faraj. Kekerapan dan kekuatan kontraksi ini berakhir dengan kelahiran bayi.
Ada di antara ibu-ibu mengandung yang mengalami kontraksi pada minggu ke-34 dan juga mungkin pada minggu-minggu yang sebelumnya.
Kontraksi ini lazimnya berlaku pada penghujung hari dan tidaklah begitu menyakitkan tetapi tetap mencemaskan ibu yang mengandungkan anak sulung. Kontraksi ini dipanggil sebagai kontraksi Braxton Hicks. Ianya sakit bersalin yang palsu.
Semasa kesakitan bersalin yang sebenar, bayi puan dilindungi dari diremukkan oleh rahim dengan kehadiran air ketuban. Lama kelamaan, apabila kontraksi bertambah, lapisan dinding ‘belon’ yang berisi dengan air ketuban akan pecah. Kehadiran air ketuban melalui faraj mungkin digambarkan sebagai lembap ataupun basah kuyup. Lazimnya selepas pecahnya belon air ketuban, kontraksi bertambah dan menjadi-jadi.

Sebab kelahiran dipercepatkan
Doktor perbidanan tidak akan mencadangkan induksi ataupun mencepatkan kelahiran sekiranya puan tidak mempunyai risiko-risiko tertentu.
Tempoh kelahiran serta kemudahan unit rawatan rapi neonatal juga diambil kira. Tujuan induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dipilih sekiranya terdapat risiko kepada kesihatan puan jika masih lagi mengandung, ataupun mungkin untuk melindungi kesihatan bayi dalam kandungan.
Sekiranya puan dan kandungan tidak bermasalah, jarang sekali induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dilakukan sebelum minggu ke-39.

Di antara sebab-sebab mengapa kelahiran dipercepatkan adalah:
Puan mempunyai penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Puan mempunyai masalah kesihatan di mana sekiranya tempoh mengandung dilanjutkan boleh memudaratkan.
Kandungan puan melebihi tempoh jangkaan, iaitu tempoh jangka dan dicampurkan 10 hari.
Puan turun air ketuban dan kuman telah menjangkiti rahim.
Uri (plasenta) terlucut dari dinding rahim, menyebabkan puan kehilangan darah yang banyak. Dalam keadaan ini, puan akan menghadapai kelahiran melalui pembedahan caesarean. Kebocoran air ketuban sebelum tempoh matang.
Ada banyak sebab-sebab lain lagi yang menyebabkan kelahiran dipercepatkan, mungkin kerana sosial logistik di mana kandungan puan telah pun mencukupi penggal dan kediaman puan jauh di pendalaman.
Proses induksi kelahiran

Lazimnya di hospital, ubat jenis prostaglandin akan dimasukkan ke dalam faraj, tetapi ada juga yang menggunakan teknik ubat oksitosin melalui pembuluh darah.

Cara lain seperti menggunakan laminaria yang diletakkan di pembukaan pangkal rahim. Dengan masa, alat ini menyerap air dan menjadi bertambah lebar, jadi pangkal rahim dibukakan secara perlahan-lahan.
Sekiranya puan mempunyai kontraindikasi untuk menggunakan kaedah lazim untuk mematangkan pangkal rahim, berkemungkinan doktor perbidanan akan membuka pangkal rahim dengan cara menyapu lapisan nipis yang melindungi air ketuban.

Dengan kaedah ini, puan mungkin mengalami sedikit kekejangan dan juga sedikit berdarah yang tidak merbahaya.

Badan puan akan mengeluarkan prostaglandin sendiri yang mana dengan masa akan melembutkan pangkal rahim dan akhirnya menyebabkan kontraksi serta mencepatkan kelahiran.
Sekiranya pangkal rahim sudah terbuka tetapi bukaannya masih kecil, berkemungkinan juga lapisan selaput yang melapisi air ketuban akan dipecahkan, kaedah ini dijalankan sekiranya kepala bayi sudah jatuh jauh ke dalam tulang pinggul.

Induksi atau proses mencepatkan kelahiran tidak boleh dijalankan sekiranya:
l Uri (plasenta) puan berada di bawah (tempat bukaan pangkal rahim). Keadaan ini dipanggil plasenta praevia, kelahiran terpaksa dijalankan melalui pembedahan.
l Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan melintang, atau mana-mana kedudukan di mana kepalanya bukan di tulang pinggul.
l Tali pusat bayi anda berada di bawah dan mungkin terlebih dahulu keluar sekiranya lapisan air ketuban bocor, ini boleh menyebabkan kematian bayi.
l Puan pernah mengalami pembedahan pada rahim, mungkin kerana fibroid ataupun membaik pulih anatomi rahim yang abnormal bentuknya.

Risiko
Terdapat beberapa risiko berkaitan dengan induksi atau mana-mana kaedah untuk mencepatkan kelahiran.
Puan jangan bimbang, walaupun ada sedikit risiko tetapi kaedah-kaedah yang dipraktikkan di hospital adalah selamat.

Untuk pengetahuan puan, risiko-risiko yang mungkin berlaku adalah seperti:
Perubahan pada kadar degupan jantung bayi dalam kandungan.
Mungkin risiko jangkitan pada puan serta bayi di dalam kandungan.
Masalah yang berkait dengan tali pusat bayi seperti terhimpit, terkeluar dahulu semasa pecahnya air ketuban dan sebagainya.
Rangsangan berlebihan terhadap kontraksi rahim menyebabkan kekerapan kontraksi terlalu cepat dan terlampau kuat.
Pecahnya rahim.

Perlu ditegaskan pada puan sekiranya puan perlu melalui induksi atau kelahiran yang perlu dipercepatkan, pilihlah hospital atau pusat bersalin yang mempunyai kemudahan asas perbidanan yang boleh mengenal pasti akan masalah yang mungkin akan terjadi lantas merujuk ke hospital yang lebih berkelengkapan untuk memastikan kesihatan puan serta bayi terjaga dan terurus.

Puan harus ingat yang setiap wanita mengandung walaupun nampaknya tidak berisiko, tetapi dalam masa sekelip mata, keadaan perbidanan boleh berubah dan mungkin memudaratkan nyawa ibu serta bayi yang penat lelah dikandung selama sembilan bulan lamanya.

Jangan takut untuk berbincang dengan doktor atau jururawat mengenai sebarang isu kandungan serta kesihatan puan.

Alamak Terlupa

Aduhai nak dijadikan citer arini aku terlupa la plak bawak anak aku nyer botol susu, aduhai tension tul....mulanya nak suruh b antar anak pastu leh tak jadi coz aku nak g klinik kul.10.30am nanti, jadi botol susu aku letak sebelah b, konon nyer b antar anak...tup tup tak jadi aku la yang antar...sesampai nyer kat umah penjaga leh pulak aku check botol susu anak aku, kalu dekat tak kisah ...ini nak kena berpusing ...

aku terus call b jer tolong antarkan n bawak mickey dia sekali, aduhai manja jangan dia menangis sudah tadi pun dah menangis waku aku tinggalkan dia...hish cuai tul la

Thursday 20 October 2011

Menambat kasih suami


Bagaimanakah seorang isteri dapat menambat hati pasangannya dengan kata-kata dan kepercayaan dalam perhubungan?

DALAM melayari alam rumah tangga, tentunya kemanisan yang ingin diharapkan. Tetapi sudah menjadi asam garam berumah tangga, si suami mungkin berubah sikap selepas beberapa tahun membina mahligai bersama.
Sedangkan si isteri sering tertanya-tanya apakah yang terjadi di sebalik perhubungan yang semakin menampakkan jurang. 

Justeru, sudah menjadi kewajipan bagi suami isteri mencari jalan penyelesaian untuk kemelut yang dihadapi.
Persoalan, adakah kamu ingin membuatkan suami benar-benar bahagia dan berasa beruntung setelah menikahi kamu sebagai wanita impiannya selama ini? Hal ini sememangnya tidak sukar untuk dilaksanakan dengan beberapa tip berikut :

Luangkan masa untuk diri sendiri
Selain melaksanakan hal berkaitan pekerjaan dan ahli keluarga, suami juga perlu meluangkan masa untuk diri sendiri. Katakan kepada pasangan bahawa kamu mengerti apa yang dirasai dan diinginkan.
Yang pasti, jangan sampai dia terlupa melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami. Kamu berdua seharusnya berbincang tentang bagaimana dan sejauh mana dia dapat menggunakan waktunya untuk diri sendiri.

Beri perhatian
Ada ketikanya suami inginkan perhatian sepenuhnya daripada kamu, dengan meminta kamu mendengar segala masalahnya.
Walaupun cerita yang disampaikannya itu tidak menarik perhatian kamu, jangan sesekali menunjukkan rasa kurang minat. Sebaliknya, pamerkan rasa ingin tahu, tanggungjawab dan beri perhatian yang serius.
Tidak rugi sekiranya kamu memberi perhatian di atas apa yang diceritakannya itu.

Tidak mengongkong
Berkumpul dan bersosial bersama teman-teman adalah perkara yang digemari oleh seorang lelaki. Dia bebas bercerita apa saja dan dapat memberi semangat baru. Kebebasan tanpa menyekat atau mengongkong pergaulan dengan rakan-rakannya membuat dia mengerti bahawa kamu memahami kehendak dan kepuasan yang diinginkan selama ini. 

Beri perhatian kecil
Bagaimana jika kamu mengemaskini susun letak pakaian dalam almari atau menyediakan secawan kopi sebelum kepulangannya dari pejabat. Pasti dia akan tersentuh melihat usaha yang kamu lakukan itu.
Memberi perhatian kecil kepada pasangan memberi maksud yang mendalam kepada pasangan. Hal ini mengingatkannya kembali akan pengorbanan dan penghargaan yang kamu diberikan terhadapnya.

Beri pujian
Rasa percaya terhadap dirinya dalam menjalankan segala tugasan sebagai seorang suami, baik di ranjang atau perilakunya sebagai ayah, patut diberi pujian. Pastikan pujian kamu itu tulus dan tidak berlebihan.

Beri kepercayaan
Jangan mencabar kebolehan yang dimiliki atau menyuruh dia menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan orang tuanya. Terlalu banyak nasihat akan membuatkan dirinya kurang dipercayai dan hal ini dapat mencetuskan perbalahan antara kamu berdua.

Cipta impiannya
Apabila dia mengatakan kepada kamu bahawa suatu hari dia ingin memiliki sebuah rumah sendiri, cuba tanya pada diri sendiri, apakah yang ingin kamu berikan kepada pasangan? Mendengar sahaja atau menghargai impiannya? Dengan segala impian dan harapan, kamu perlu memberikan sedikit ruang untuk dia merealisasikan impiannya.

Alhamdurillah...

Syukur pada Allah s.w.t kerana b dah nampak berubah pada family(aku n Anak2) selepas peristiwa aritu....ada hikmah upanyer dengan aper yang terjadi...nak diceritakan biarlah dia yang menilai sendiri keadaan sekeliling dia, aku xnak masuk campur apa2 urusan yang berkaitan dengan family....coz kami dari keluarga yang amat berbeza, sekarang bapa mertua ku masih dikuantan, b balik bagi makan ayam itik....kesian b...mangsa keadaan, kat kampung geng berborak aku pun dah ke Nilai pergi nyer...hmmmm boring kalu balik pun. Aritu kak wan message aku, kata nak balik beria cakap tapi tak balik2 jugak geram aku ngan budak sorang nie.

Perancangan aku pasni, bersalin aku order orang jer tolong jaga, xnak minta bantuan dari yang berkaitan nanti mengungkit, kang sampai anak aku besar akan berbangkit kes tolong aku kang....alhamdurillah lagi segala persiapan dah settle cuma ubat leesa premium tak cari lagi....senang jer kat kedai jamu banyak kan. So pasni 3 bulan lagi aku cuti perancangan percutian tak jangka lagi terpulang pada b kot rasanyer. Alhamdurillah besar hikmah tuhan padaku...aku bersyukur sangat...

Wednesday 19 October 2011

hUHUHU Dapat Jugak Akhirnya

tak sangka dapat juga aku beli ubat usana nie, ingatkan nak kiv jer, penting tu untuk kesihatan, hmmm ok lah lega sikit...thanks dear....

Monday 17 October 2011

produk usana

USANA THE BEST HEALTHY CHOICE OF VITAMINS AND SUPPLEMENTS PRODUCTS
TOP QUALITY VITAMIN FOR YOUR FAMILY.
Usana follow GMP for pharmaceuticals products.

Usana vitamins, minerals, bioflavonoid, antioxidants, fight against free radicals. Usana products are Top-rated vitamins and supplements by Nutrisearch comparative Guide. All natural supplements products for you.
ESSENTIALS

Jika anda mencari produk yang mengandungi segala yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik, dapat memenuhi kesibukan masa anda. Produk ini sangat sesuai untuk kebanyakan daripada kita.

RM 233
PROFLAVANOL




Menggabungkan ekstrak biji anggur berkualiti tinggi - dengan daya kuasa meneutralkan radikal bebas eksklusif dariapda Poly C, memberikan anda alatan yang penting dalam pencarian kesihatan hidup yang berpanjangan

RM 153
VISIONEX

Visionex direka untuk mempertahankan kesihatan mata jangka masa panjang dengan dua nutrisi penentang radikal bebas yang berkuasa iaitu lutein dan zeaxanthin.


RM 158
PROCOSA

Menawarkan jumlah Glukosamin sulfurik yang tiada tandingan bagi menampung dan memelihara tulang rawan. Procosa II adalah foruma pantas bertindak yang berkuasa.


RM 113
POLY-C

Menyediakan perlindungan optimum vitamin C dengan campuran unik mineral ascorbate yang menawarkan paras vitamin C yang tinggi dalam darah daripada jumlah yang sama daripada asid askorbat.


RM 105
COQUINONE

Mengandungi Coenzime Q10 paras lebih baik. Mempromosikan sistem kardiovaskular yang lebih kuat dan sihat dengan Qoquinone. Campuran antioksidan kuat yang sangat berpotensi.


RM 225
BIOMEGA

Produk ini lebih unggul berbanding kepekatan yang lain. mengandungi ultra-pure, asid lemak omega-3, EPA dan DHA dalam bentuk kapsul yang mudah.


RM 114
ACTIVE CALCIUM PLUS

Memberikan anda lebih daripada apa yang anda perlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat. Dirumus untuk menyediakan anda dengan lebih kalsium, magnesium dan vitamin D dalam setiap pil.

RM 97

16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda

Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.

Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.

1. Bangun Awal!Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.

2. Esok Adalah Hari BaruApabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.

3. KawalSatu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.

4. Rakan-rakanAnda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.

5. Pemakanan yang sihatAnda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”

6. TidurTidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.

7. Hobi Sebagai PenyelamatAdalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.

8. Layan Orang Lain Dengan BaikMemang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

9. Gambaran Yang Lebih BesarApabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.

10. Cuba Sesuatu Yang BaruJika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.

11. Bukti                                                                                                     
Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.

12. BerhentiJika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.

13. Anda Memerlukan Hari Yang BurukTidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.

14. TuliskanInginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.

15. BantuanSokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.

16. Jadi Si OptimisMenjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.

Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar!

Awas kasut tumit tinggi

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.
Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,” katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Petua untuk jadi cantik

Nak tahu petua bagi menambahkan
kecantikan diri anda wahai kaum wanita.
Cuba lihat panduan di bawah ini :
Petua menjadi lebih cantik dan menarik :-
• Jadikanlah Ghadhdul Bashar
(menundukkan pandangan) sebagai “hiasan
mata” anda, nescaya akan semakin bening
dan jernih.
• Oleskan “lipstik kejujuran” pada
bibir anda, nescaya akan semakin manis.
• Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan
kosmetik yang terbuat dari rasa malu
yang dibuat dari salon Iman.
• Pakailah “sabun Istighfar” yang
menghilangkan semua dosa dan kesalahan
yang anda lakukan.
• Rawatlah rambut anda dengan
“Selendang Islami” yang akan
menghilangkan kelemumur pandangan lelaki
yang merbahayakan.
• Hiasilah kedua tangan anda dengan
gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda
dengan cincin Ukhuwwah.
• Sebaik-baiknya kalung anda adalah
kalung “kesucian”.
• Bedakilah wajah anda dengan “air
Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.
Di mana cantiknya seorang muslimah?
Mungkin pada sepasang matanya yang
hening yang selalu menjeling tajam atau
yang kadang kala malu-malu memberikan
kerlingan manja. Boleh jadi pada
bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan
senyuman manis, atau yang sekali-sekala
memberikan kucupan mesra di dahi umi
juga, ayah, suami dan pipi munggil
anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya
yang gemersik dan suara manjanya yang
boleh melembut sekaligus melembutkan
perasaan. Sejuta perkataan belum cukup
untuk menceritakan kecantikan perempuan.
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda
perkataan pun masih belum cukup untuk
mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kaum wanita harus menyatakan kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana menjadikan dan
memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara,
dibelai dan ditatap dihadapan
cermin saban waktu, tiba masanya
segalanya akan pergi jua. Wajah akan
suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah
usia, sifat kewanitaan yang dipupuk
dengan iman dan ibadah.
Moga-moga ianya menjadi panduan dan
iktibar kepada semua muslimat .InsyaAllah

Susu kambing merah

 Mengandungi 300gram. Membina daya ketahanan badan yang kuat. Sesuai untuk orang dewasa, wanita dan kanak-kanak.
Pengguna yang dihurmati,
 Begitu ramai pengguna yang telah serasi dengan Susu Kambing Merah ini. Mereka sedia berkongsi testimoni dengan pengguna lain. Kami nyatakan perkara yang kerap ditanya oleh yang ingin mencuba ini.
1. Susu Kambing Merah ini untuk apa? 
Ini makanan berkhasiat untuk badan. Menjadikan daya tahan badan melawan pelbagai penyakit lebih kuat. Badan memang bertenaga, aktif, mudah berpeluh, selesa, kulit lembut lebih cantik, tidur lebih lena, buang air lawas dan badan rasa lebih ceria sentiasa.
2. Cara makan macamana?
Sudu di dalam disediakan. 2-3 sudu pagi dan malam sudah cukup. Makan direct ke mulut tanpa campur air lebih mudah. Pelan-pelan. Sebaiknya masa perut kosong, jangan makan apa-apa satu jam sebelum dan satu jam selepas. Kalau campur air, taruh sedikit saja dan minum. Rasa lemak dan tiada bau hamis.
3. Orang macamana yang sesuai makan?
Lebih sesuai bagi orang dewasa dan yang lebih umur. Mereka lebih cepat merasakan keselesaan badan apabila makan Susu Kambing Merah ini. Bagi kanak-kanak, baik kalau dicampurkan ke dalam minuman mereka. Mereka lebih cerdik, lebih cergas dan ibubapalah yang dapat menilai perbezaan diri anak-anak mereka nanti. Mereka boleh cuba.
4. Orang mengandung okeykah?
Lagi baik. Ibu lebih sihat, rasa kenyang, kandungan juga mendapat zat yang tinggi. Bila lahir, bayi lebih sihat dan putih, terhindar dari penyakit kuning dsbnya
5. Ada testimoni orang yang sudah cuba?
Memang banyak. Orang stroke, kencing manis, gout, lenguh-lenguh, lelah asma, memang mereka rasa lega dan memuaskan hati. Mereka beli 2-3 botol sekali di farmasi. Mereka beransur pulih, badan kembali bertenaga, selesa, rasa ringan, wajah lebih berseri dan bersemangat tinggi.
 6. Buah Merah ni apa?
Buah Merah terbukti membantu ketahanan badan lebih kuat melawan penyakit berat dan aids. Memang ada ujian klinikal. Buah Merah (Pandanus Conoideus) adalah tanaman endemik Papua. Penyelidiknya Drs I Made Budi MSi. Buah Merah berkhasiat menyembuhkan beragam penyakit degeneratif dan gangguan metabolisma karena pola makan seperti kanser, tumor, hepatitis, diabetes, jantung koroner, gangguan prostat, darah tinggi, kolesterol, stroke dan HIV. Rujuk www.buah-merah.info/
7. Susu semua sama, apa beza dengan susu lembu?
Anda lihat lembu? anda lihat kambing? Antara keduanya apa beza? kelakuannya? gerak-gerinya? Elok anda tau bahawa Susu Kambing lebih hampir dari susu Ibu. Semua prophets, nabi dan rasul tuhan hantar ke dunia ini, meminum susu kambing dan memelihara kambing. Tentu unik. Banyak kelebihan yang tersembunyi. Kita amalkan sunnah pasti kita berjaya.
8. Mana nak dapatkan Susu Kambing Merah ini?
Dapatkan di Hypermarket atau Farmasi, Mereka bersedia memberikan nasihat yang betul pada anda.
9. Selamat mencuba !

Sunday 16 October 2011

jahat nyer ko

tak sangka jahat nyer mulut ko, patut ler jiran sebelah pun leh tampar mulut ko

Friday 14 October 2011

hari nie Eje datang umah

hmmmm...aper menu nak wat malam nie erk....rasa nyer ayam goreng berlada, teh o ais n kangkung goreng...aku masak simple jer ler sekarang coz tak larat sangat dah badan nie...jap g pun aku nak singgah makan jap...bukan aper dari petang aku tak makan nie. dah kebulur lak rasa ni...tadi xder lak rasa lapar nyer...

Mak neng tolong, geram nyer aku naper ler sinar.fm pun nak blok aduhai ict aku nie, super tak yah ader internet komputer aku kalu sume nyer nak block...hish teruk tul ler...nasib ler aku boleh menluang kan masa yang tak terluang nie kat blog nie, tapi cam membebel sesorang la plak. hmmmm nasib2....tak per dari aku mengelamun sesorang bole sakit otak lak kang...huhuhuhu

Bos aku lak arini baru bagi tahu yang dia kena tukar....aisyyyymeeeen ...susah lah macam . yang datang nyer dengar citer lebih garang dari bos aku n tak kawin lak tu...maksud aku teruna terlajak....huuhu kutuk bos siottt tak baik aku nie....tapi itu reality ok....

k lah aku nak bla dulu ...nak mencari aper yang leh dimakan ...aduhai kebulur lak rasanyer makan lambat nie...

Thursday 13 October 2011

Shopping kat segamat ngan Adik aku

Huhuhu ...mengelat tul aku nie, sebenar nyer semalam aku kena hadirkan diri untuk perhimpunan bulan negeri melaka, nak dijadikan citer dato' najib datang pulak ke melaka ....huhu aku datang just jengah muka n balik n terus ke segamat ngan adik aku eje....kat sana aku makan mc donald n shopping handbang ngan adik aku...kira murah n banyak baju yang cantik2...

Balik sampai kul 7.00 pm aku g ambik asyrani  n pastu aku singgah umah eje, balik umah pun bukan b ada pun coz dia kerja...so aku melepakkan diri kat umah adik. b pun datang umah eje n bagitahu umah kak long hanim arinie diorg berkumpul ada kenduri coz nak pergi menunaikan haji...aku terlupa sebenarnyer...bler aku tanya b, b kata hanya kitaorng jer yang tak pergi...huhuhu luper ler....


Alamak pasnie, aku dah tak der kawan dah, coz kak ana jaga anak along....sunyi ler kalu balik umah abah...ingatkan nak suh kak ana jaga aku tp dia dah ada table kat sana ,...alahai bukan payah pun kalu bayar jer sume orang akan nak jaga...tapi kalu free saper nak layan tu....tul tak...tapi berbalik pada kisah ....aku maybe ambik mak teh gak kot

Klinik Nurshila

Arini aku g klinik nurshila...bukan aper sajer scan n dapatkan ubat calsium untuk arasy....isau lak aku mana tak nyer aku leka kot ngan asyrani sampai yang dalam perut nie terabai sikit jadi carta gerakpun tak pernah buat...kata doktor tadi everthing is ok...kira ok la tu ...lega sikit hati nie...pastu aku makan ler kat sebelah klinik tu...but ditemani oleh .... biarlah rahsia. Rasa macam ada orang care ttg life aku, thanks...tak mengharap ttp tq jer ler...bukan aku yg suh tp dia yang offer diri nak datang...aku makan kat kedai tu pun dia nak datang temankan...hishhh tak molek pulak rasa nyer, tapi atleast terasa pulak ada teman berbicara.

So everthing is ok...tak yah nak isau lagi pasal anak dalam perut dah. aduhai aku tanya pasal orang nak jaga aku ...i mean mak teh, saudara abang dia kata dia ambik 1500.00 untuk seminggu...mahal siotttt....aku mintak kurang dia kasi 700.00 kira ok la tu. kot mana pun aku kena cari org jaga aku gak...nanti kebulur lak aku kang ngan anak, aku kurang yakin b leh jaga aku...anak pertama pun dia tak hendahkan aku, dia suh kakak dia yang jaga ku. entah ler...perancangan dot...dot ....

K lah nak balik dah, ari nie jumaat aku nak g jengah anak bujang aku tgh wat per dia nie agak nyer...bye

Wednesday 12 October 2011

Menjaga kesihatan mata

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.

Petua Menjaga Kesihatan Mata

1. Setiap kali mandi atau berwudhu̢۪ (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa…hehe…dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini…kuikuikui terkena korang.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat…terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye.
Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi.

P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2 kot…

payu dara mengambarkan sifat wanita

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.

1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. “Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

berfikir sebelum bertindak

Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.
Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.

Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.
Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu diri, hidup susah tapi masih juga pergi main-main, padahal sudah dipesan agar menunggu sahaja di rumah.
Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak dapat masuk. Anak perempuannya itu mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.
Pulang dari jual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.
Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.
Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.
Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.
Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dan tulisan kecil yang ada dikertas adalah tulisan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.
“Mama pasti lupa, ini hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut kecil ini untuk hadiah, duitku tidak cukup untuk membeli biskut yang besar… Mama selamat ulang tahun”.
KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.
Moral of the story:
- Negative thinking dapat menyebabkan penyesalan seumur hidup.
- Think Positive.Berfikirlah dengan bijak sebelum bertindak, jangan menyesal di kemudian hari.
- Emosi ialah kecepatan lidah bekerja dibandingkan dengan fikiran….

Abang tunggu mak di syurga ya

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
“Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!”
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”
Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!”
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa harini?”
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!”
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: “Balai bomba!”
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?”
Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!”
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?”
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
“Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
“Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?”
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
“Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
“Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.”
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!”
Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!”
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!” Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).