Tuesday 23 August 2011

Jejalan di JJ




Majlis Berbuka Bersama Ayahanda

Nie dak angah, anak pak lang dia sesorang mengentel kuih jala nie time raya ari tu...mana yang di gentel tak jadi di kasi nyer kat aku...siap berpingan-pingan aku tunggu yang tak jadi tu...kuikuikui

nie la abang ipar aku...mansor...dia nie agak cerewet kalu bab ketelitian kasi ler kat dia, saper yang bekerja bawak dia mesti sakit ati nyer ...baik jangan wat kerja ngan dia coz ketelitian dia tahap gaban

la kesian nyer ...pagar tu jer lepas cat tetiba hujan la plak, bapak mertua aku ngan dak angah anak kak teh kelam kabut ambik kain banner untuk tutup dari kena hujan

that my hubby ...muka dia kalu koang tengok susah nak senyum...dia senyum bler ngan kekwan jer...kuikuikui

nie wife pak lang, pakar masak ...suruh ler buat apa masakan pun sume dia leh buat, kerajinan dia tak der saper leh calen, selain tu dia nie suka hafal menu kegemaran orang yang datang umah...its make me proud u

nak masak kat luar dah nak hujan pulak so, tempat bakal terpaksa beralih ke depan dapur

nie nenek , maksud nyer mak bapak mertua ku, masih lagi hidup n sihat ...mana nak dapat mak aku meninggal umor 39 tahun dah tak der...hmmmm nasib badan

sikenik aku arini baik sangat tak buat perangai pun duk ngan mertua aku, ini time rest sekejap sebelum memulakan semula tugas

penat nyer kan mata memandang, penat lagi badan yang mengadap tau

Sunday 14 August 2011

Nik Aziz kesal kaedah mohon simpati - Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 13 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memohon simpati orang ramai di bulan Ramadan ini.
Menurutnya, beliau melahirkan rasa kebimbangannnya berhubung fenomena berkenaan yang kini semakin berlaku setiap tahun
termasuk dari masyarakat negara jiran.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kegiatan meminta sedekah bermula sejak awal Ramadan lagi selepas
menyampaikan sumbangan kepada 490 orang dalam Dun Chempaka yang terdiri dari golongan armalah, warga emas dan anak-anak yatim.
Beliau yang mengakui turut menjadi tempat mereka memohon simpati berkata suasana itu menimbulkan sedikit suasana yang tidak enak, apa lagi sejak awal lagi golongan itu berkumpul memohon sumbangan.
"Apabila mereka ke rumah, sudah pasti saya menggunakan duit poket saya, kalau sumbangan kerajaan kena ke pejabat.
Sebelum memberi saya kena pastikan mereka ni benar-benar miskin, orang tua dan cacat," ujarnya.
Sekiranya orang yang muda, sehat pula datang memohon ianya menjadi satu kesukaran baginya untuk memberi atau sebaliknya.
Menurutnya, kadang-kadangan golongan ini datang dari luar dengan menaiki kenderaan tertentu yang ditinggalkan oleh pemandunya.
Tuan Guru seterusnya memberitahu, berbagai kaedah digunakan mereka untuk memohon simpati, contohnya tahun lalu mereka membalut tangan seperti patah datang ke rumahnya memohon sumbangan, namun pada masa yang sama terserempat dengan jirannya orang terbabit membeli rokok dengan keadaan tangan yang tiada masalah.
"Perkara ini bukan sahaja menyusahkan saya juga kepada mereka yang sering menjadi tumpuan peminta untuk memohon
simpati," ujarnya.
Seharusnya, tambah beliau bulan Ramadan umat Islam membersihkan jiwa dengan memperbanyakkan ibdat dan bukannya berbuat demikian.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau mengingatkan pembantunya supaya memberikan sumbangan kepada mereka yang layak
tanpa memilih fahaman politik dan bangsa dalam setiap sumbangan yang diberikan.
"Penerima juga seharusnya mendoakan kepada pemberi semoga dengan cara itu akan menambahkan keberkata serta murah rezeki,"ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarkat negeri, Mohd Noor Chik, pihaknya menyediakan RM80,000 kepada
setiap Dun untuk diagihkan kepada penerima sempena bulan Ramadan.
Jelasnya, sumbangan itu diperolehi dari kerajaan negeri dan Persekutuan.
Di negeri ini seramai 32,000 orang penerima di bawah JKM sepanjang tahun ini.

Larang guna pembesar suara selaras syarak - Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.
Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.
"Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia," katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.
Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.
Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.
Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.
"Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati," ujarnya.
Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.
Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.
“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.
“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.
Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.

Jawapan SPR macam Pak Pandir

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.

“Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada,” bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.

Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” jelasnya sebagai reaksi balas kepada bukti-bukti yang dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat mengenai  isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu yang terdiri daripada ahli Umno sendiri dan nama pengundi yang tidak wujud di sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR. 
 
Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi “Noraini binti Abdullah” berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku.

“Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. "Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan Bersih 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut,” tegas Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, Tuan Ibrahim berkata dari segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang.

“Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?” soal Tuan Ibrahim.

SPR, katanya perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

“Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya,” kata beliau.

Thursday 11 August 2011

10/8/11 bukak pose umah kak semah

hmmm... hari-hari ada jer aktiviti aku nie, nak wat cam ner ...ini lah aku n family...semalam aku cuti kerja coz ikut hubby pergi kl ambik ubat bapak mertua aku. opp! aku bukan pergi one family , abg ipar aku ikut sekali n yang pasti abng mansor bawak kete waja dia ke sana...perjalanan agak membosankan jugak coz kami gerak waktu malam lepas bukak puasa dalam jam...9.30 pm tak silap aku...coz sebelum tu aku pergi umah kak teh ngan hubby bagi gelang aku waktu bujang-bujang dulu ...hihihi dulu la tapii...lepas dari sana terus berangkat ke kl...tapi sebelum tu sempat jugak aku tengok baju kurung yang kak ana buatkan, aku tempah kat dia, kira ok jugak dia jahit so pasni tak yah tempah kat orang lain...kakak ipar aku pun leh buat......

masa makin berputar che wah....we all siap berhenti minum sahur yang tak berapa sahur, sebenarnya sajer nak basahkan tekak nie....anak aku nie dah macam tak rupa orng tido kejap bangun-kejap bangun kesian gak ...so nak wat cam ner dah nama nyer naik kete. sesampai kat sana...they all berborak sampai sahur sampai aku pun hubby tak kejutkan coz tahu aku takkan pose esok nyer. tengok aku lena they all je le yang santap pagi buta tu...sahur le.


pukul 11.30 am we all dah bersiap nak pergi ambik ubat abah, kesian kat abah ...sampai hati abang mansor buat macam tu , yer le mana tak nyer...we all bergerak dalam hujan sebenarnyer...yang berpayung nyer cuma hubby ngan anak aku jer coz payung satu jer....biler sampai kat kereta abang ipar aku xnak bukak pintu kereta suh sama-sama tengok coin kena bayar berapa...dah berhujan ler aku ngan bapak mertua aku....aku nak kata sengek kan dah beso panjang...

tapi nasib le bapak mertua aku nie penyabor orang nyer....perjalanan seterus nyer pergi ke sogo...macam2 hal kerenah upanyer bler tumpang kete orang nie...walaupun dah ditaja 100% oleh hubby...kesian hubby siap nak balik semula dari pergi bershopping...aku konon nyer bagi le semangat mood orang jangan campur ngan mood kita yang tgh hppy ni...nasib hubby nak dengar jugak...kalu tak sepoi jer program arini...

lepas sekembali di sogo we all balik umah kak semah untuk bukak puasa ...lepas berbuka dalam jam 9.30 pm kami bergerak semula ke melaka n my family hubby nak sangat balik malam tu jugak bergerak ke alai. sampai umah 12.00 tengah malam. esok nyer aku bangun untuk pergi bekerja.....

Wednesday 3 August 2011

Kehamilan 6 Bulan

semalam baru lepas check up kat klinik alai...kena ambik hb lagi sekali coz rendah pulak...makin lama makin sarat lak perut nie badan nak bawak, penat sume ada...hmmm jap lagi nak naik opis ...aduhai opis2..2 minggu lagi terpaksa pergi klinik lagi ...alamak dah la aku nie penakut kena banyak kali pulak...tapi sedih a xdapat pose dari ari pertama lagi, nak buat macam mana aku tak tahan angin naik ke kepala....pastu si kenik kat dalam nie buat aku isau jer, semalam sampai tiga nurse kitai perut aku, kata nyer susah sangat nak cari degupan jantung anak aku...sampai naik marah sikenik kat dlam tu...hbis ditendang tendang nyer perut aku nie...kesian sakit anak aku...hmmm hubby tq coz sudi bantu umi basuh baju kat umah tu, kesian hubby nak buat cam ner ...ohhh comot kuuuuu thanksssssss....

sengek

Hari Malang

Seorang lelaki yang sedang putus asa berdiam di sebuah bar selama satu setengah jam cuma memandangi minumannya. Seorang Pemandu Trak yang baru datang terus meneguk habis minuman lelaki tadi. Lelaki tadi terus menangis. “Hei, jangan menangis, !” kata pemandu trak. “Aku cuma berbergurau. Setelah melihat kau bersedih. Aku belikan minuman lain untuk kau!” “Bukan, tak payah susah-susah. Hari ini merupakan hari paling malang dalam hidupku. Pertama, aku telah ke Pejabat. Bosku marah - marah dan aku dipecat. Ketika mau pulang, kereta ku dicuri orang. Lalu, aku naik teksi, dompet dan card kreditku tertinggal di dalam teksi. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Dan pas aku berpikir untuk membunuh diri, kau pula muncul dan meminum racunku.”
Ruj: Asscrewz.com

Mak Cik Kaki Sekodeng

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer.. Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi.. Makcik tu pun “semacam” ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi…. Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu.. Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie.. Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning.. ” Kalau makcik ngendap saya sekali lagi…saya rogol makcik!!!” Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata…
” JANJI TAU..!!”..
 

Temuduga Sekretari

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan,
lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada...
Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Ajoi : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Ajoi : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"
Ajoi : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Ajoi : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Ajoi : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "kenapa pulak ?"
Ajoi : "Buat sakit mata aje"
 
 

Asal nama Electrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris. Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang_________________
"KEIKHLASAN" itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Singa, Beruang & Babi

Beruang, Singa dan b@b! bertemu di hutan...

Beruang kata: "sekali ja aku mengaum, seluruh hutan menggigil.

Singa kata: "eleh, sekali ja aku mengaum semua belantara ketakutan."

b@b! kata: "Wa La Weh.... sekali ja aku batuk, satu dunia panik!"
 

Lawak

Milah Minta Cerai...


Satu petang yang hening...aku (Abang Kasim) duduk berehat2 di depan rumah

sambil menghisap rokok kretek(murah skit)huhuhu..

sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...

aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikirkan agaknyer...

isteriku Milah? ade kat dapur nun..memasak. bahagiakan familiku ini...


Milah mmg cukup rajin memasak, anakku pulak petah berkata2 menghiburkan kami sefamili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'

Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kat mulut..

Tetibe je dia nak minta cerai??? Aku ni bkn insan yang lemah,

cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.


Rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe)

pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia

(kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..

dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur..


'MILAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENSEM LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'


Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?MILAH! AWAK JGN UJI SAYA!Iye lah..

kalau berani buat lah...


MILAH......AWAK MELAMPAU!


Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,

kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...

sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....Iye..buat lah bang OIIIII...

saya nak masak gulai ni gi lah ambik serai tu cepat..

anak kite tak cakap kat awak ke?...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....

Ceyai Vs cerai... Hati2 dgn bahasa anak anda... Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri.... Hihihihik hukhuk, lawak diambil dr koleksi cerita lucu.