Friday 30 September 2011

Masalah-masalah dalam pantang

Masalah-masalah dalam pantang

Darah Nifas
Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim.

Tumpah Darah
Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.
Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.
Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.
Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:
Pertama: Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.
Kedua: Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing
Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.
Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing  yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu.

Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim
Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku  apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.
Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.
Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.
Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.
Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.

Lendir
ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.
Masalah Buah Dada

Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.
Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.
Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu.
Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini.
Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu  menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.

Masalah Emosi
Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.
Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.
Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.
Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.

Apa sebenarnya meroyan

Apa sebenarnya meroyan

Gila meroyan
MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.
Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan.
Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak.
Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka.
Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak.
Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa.
Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga.
Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.
Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.
Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.
Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah.
Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:
  • Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
  • Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
  • Pertambahan tanggungjawab.
  • Tekanan.
  • Kurang sokongan keluarga.
  • Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
  • Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
  • Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.
  • Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya).
Bagaimana hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami masalah ini? Antara simptom meroyan ialah:
  • Terlalu lesu.
  • Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
  • Tidak boleh tidur malam (insomnia).
  • Sedih keterlaluan
  • Menangis tanpa sebab.
  • Resah gelisah
  • Berasa diri tidak berharga
  • Sentiasa berasa bersalah
  • Emosi mudah terganggu
  • Hilang selera
  • Tidak boleh menumpukan perhatian.
Bagi kes lebih serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:
  • Hilang pertimbangan
  • Berasa benci kepada anak
  • Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang terkenal)
  • Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib)
  • Terlintas mahu membunuh diri
“Kemurungan postpartum biasanya berlaku selepas beberapa hari melahirkan anak dan ia berlanjutan sehingga melebihi dua minggu. Wanita yang mempunyai sejarah kemurungan berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini.
“Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami masalah kemurungan. Jika seseorang wanita mengalami kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko tinggi mengalami masalah sama pada kehamilan seterusnya dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus.
“Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko tinggi dan keadaan mereka dipantau sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru dengan kesedihan selepas bersalin atau dipanggil ‘baby blues’. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab, tetapi masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau tujuh hari,” katanya.
Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah ‘baby blues’. Ia masalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya ialah rasa tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis, berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi cepat berubah.
Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang banyak selepas bersalin dan akan hilang beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.
Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga disaran segera membawa isteri mendapatkan rawatan.
“Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga, terutama suami, sangat penting. Suami perlu beri kerjasama menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar lampin, supaya isteri boleh mendapat tidur yang cukup.
“Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Apabila ini berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat kerana pesakit tidak dapat mengawal perasaan dan dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran,” katanya.
Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat menyusukan bayi kerana ada perasaan benci atau menganggap anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan sempurna atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri.
Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak dikehendaki juga boleh menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin.
Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa menganggap setiap anak sebagai anugerah dan sikap ini membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan postpartum. Ini juga sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga — bukan sekadar memberi peluang anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat secukupnya.
Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga berisiko tinggi mengalami kemurungan postpartum. Bagi kes sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat.
Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester pertama untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi.
Rawatan
Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Namun secara purata pesakit perlu menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan hingga dua tahun. Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan atau antipsikotik — tertakluk kepada masalah setiap individu.
Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru, beliau menyarankan setiap pasangan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata.
Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga amalan baik untuk memberikan badan wanita pulih secukupnya selepas bersalin kali pertama.
“Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persediaan, belajar ilmu keibubapaan.
“Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membantu masalah ini,” katanya

Jagaan Selepas Mengandung

Jagaan Selepas Mengandung

Apa akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit jantung semasa hamil ?
Penyakit jantung boleh membebankan kehamilan. Perubahan peredaran darah akan menambahkan lagi bebanan pada jantung. Semasa hamil, jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa untuk membekalkan oksigen dan juga nutrien terutamanya kepada bayi di dalam kandungan. Di pertengahan kehamilan, jantung bekerja 50% lebih keras berbanding jantung wanita yang tidak hamil. Mujurlah jantung yang sihat dan normal masih mampu mengatasi bebanan yang meningkat yang disebabkan oleh kehamilan. Tetapi bagi jantung yang bermasalah atau berpenyakit, ia tidak mungkin dapat menahan bebanan ini. Oleh sebab itu, wanita yang mempunyai masalah jantung perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil keputusan untuk mengandung.
Apakah penyebab penyakit jantung semasa hamil ?

1.
Penyakit Jantung Kongenital (wujud sejak lahir) ataupun perolehan (diperolehi selepas dilahirkan).


2.
Ubat yang digunakan mungkin menyebabkan kegagalan jantung untuk memampasi fungsinya, seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelahiran pramatang.


3.
Masalah yang berkaitan dengan jantung yang mungkin berlaku pada wanita yang sihat seperti komplikasi Praeklampsia dan juga sesetengah jenis penyakit Kardiomiopati (kelemahan otot jantung).

Penyakit Jantung Reumatik
Pada penyakit ini, injap jantung yang menyempit atau mengalami kecacatan menimbulkan masalah. Peningkatan kadar denyutan jantung, penambahan isi padu darah dan bebanan kerja yang berlaku semasa hamil akan memburukkan lagi keadaan berbanding dengan kehamilan yang sihat dan normal.
Penyakit Jantung Kongenital
Jika kecacatan jantung yang dihidapi itu tidak mewujudkan sebarang gejala sebelum kehamilan, maka kehamilan ini tidak akan banyak menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, jika kecacatan itu memberi kesan pada bahagian kanan jantung dan juga paru-paru, pesakit mungkin akan jatuh pengsan atau meninggal dunia selepas kelahiran. Ini kerana ibu tersebut mungkin menghadapi sianosis (tidak cukup oksigen) yang disebabkan oleh gangguan pada proses pengoksigenan darah. Ibu tersebut mungkin tidak menerima oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya semasa pelahiran.

Prolaps Injap Mitral
Pada penyakit ini, gejalanya termasuklah:
• Deruan jantung.
• Debaran.
• Rentak jantung yang tidak seragam.

Apakah faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit jantung semasa hamil?

Wanita yang telah menghidap penyakit jantung sebelum ia hamil berisiko tinggi untuk menghadapi kesulitan semasa mengandung. Terdapat beberapa faktor lain yang boleh memburukkan lagi gejala dan komplikasi. Antaranya:

• Jangkitan.
• Tekanan darah tinggi.

• Kegemukan.
• Kehamilan kembar.
• Anemia (masalah kurang darah).
• Gangguan rentak jantung.
• Hipertiroidisma.


Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah jantung, kehadiran faktor- faktor risiko ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah berkaitan dengan jantung semasa hamil.


Penyusuan susu ibu


Sejurus selepas bersalin, suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak. Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital. Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga. Setelah keluar dari hospital, pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi. Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.



Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir. Berat badannya akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian. Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat. Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing. Payudara, abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda dan PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya. Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.

Senaman selepas bersalin

Selepas bersalin perut ibu akan mengeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj. Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas. Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman yang penting yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organorgan seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organorgan ini dipulihkan kembali setelah mengalami kelasakan bersalin.

Lelehan dari faraj

Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua. Gunakan lampin bersalin atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin. Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.


Kesakitan

Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air suam. Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit.

Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.

Diet

Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman. Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.

Kemurungan selepas bersalin (Meroyan)

Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai “muram hari ketiga” (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan. Gejalanya:

Terasa sedih dan sugul.
Kerengsaan dan keletihan.
Tidak boleh tidur.
Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.


Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.


Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.

Bila lelaki ‘bersalin’

Bila lelaki ‘bersalin’

Bila lelaki ‘bersalin’
SESUATU yang paling menggembirakan pasangan suami isteri khususnya suami apabila diberitahu mereka bakal menimang cahaya mata.
Seronoknya bukan kepalang, bagaikan tidak sabar-sabar mendengar tangisan dan rengekan si comel.
Menceriakan isteri andai si suami terus bersamanya dari awal mengandung hinggalah saat kelahiran dan bersedia untuk melakukan apa saja bila tiba saat kelahiran itu.
Mereka nampak begitu bersemangat bersama isteri masing-masing mengikuti ceramah yang diberikan. Sekali-sekala terdengar juga deraian ketawa memecah suasana senyap pada bengkel istimewa untuk wanita hamil dan suami.
Pada bengkel ‘Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung’, anjuran Jawatankuasa Laktasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu, ketawa berderai lebih ketara apabila rakan mereka dipanggil menjadi model ibu yang bakal bersalin normal di bengkel tersebut.
Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM, yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan merangkap pengerusi jawatankuasa tersebut, pada pagi itu menjemput seorang peserta untuk menerangkan bagaimana keadaannya bila isteri bersalin normal, melalui pembedahan Caesarean dan bagaimana suami boleh membantu dalam suasana genting itu.
Peserta tersebut yang merupakan pakar psikologi, Alexius Cheang Weng Onn yang begitu sporting orangnya berbaring dan bersedia mendengar arahan Dr. Jamiyah.
Beliau turut belajar senaman pernafasan seperti menarik nafas dan menghembus nafas serta meneran seperti yang dilakukan wanita ketika bersalin.
“Oh…, payah juga untuk berbuat begitu dan yang jelas bukan senang menjadi ibu. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui selepas bengkel tersebut.
Apa pun, kebanyakan suami dan isteri yang hadir pada kelas itu cukup aktif bertanya soalan demi soalan dalam setiap sesi yang diadakan.
Selain Dr. Jamiyah yang menyentuh mengenai proses mengandung dan kelahiran, turut memberi ceramah pada hari itu ialah Jururawat Laktasi, Rohaya Abd. Hamid yang membentangkan ceramah Penyusuan Ibu sementara Jururawat Laktasi, Norazah Zainal bercakap mengenai Penjagaan Ibu dan Bayi.
Pada bengkel tersebut, Dr. Jamiyah menjelaskan secara terperinci mengenai proses kelahiran dan perihal sakit bersalin atau labour.
Kata Dr. Jamiyah, bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada isteri dan juga suami mengenai situasi yang akan berlaku apabila isteri mahu bersalin.
Tambahnya, segala pengetahuan yang ada akan mengelakkan seseorang itu daripada menjadi panik.
“Kita tidak mahu ada suami yang pengsan bila isteri meneran untuk bersalin,” ujarnya yang disambut dengan gelak ketawa yang menggegarkan bengkel tersebut.
Beliau berkata, dalam keadaan isteri bersalin, suami juga perlu bersedia untuk apa juga kemungkinan. Pastinya, kehadiran suami merupakan satu sokongan semangat buat isteri.
“Doktor hanya memudahkan proses kelahiran, kerana kelahiran itu sendiri berlaku secara semula jadi dan jika ada apa-apa masalah berkaitan, pihak perubatan sudah bersedia,” katanya lagi.
Pemeriksaan
Ujarnya, isteri mahupun suami tidak perlu bimbang, kerana semua adalah terkawal apalagi jika mereka melakukan pemeriksaan secara berkala seperti yang disyorkan doktor.
Cuma ada sesetengah kes, timbul pula salah faham apabila ibu meminta dipercepatkan kelahiran selepas melalui labour yang agak panjang.
“Apabila keadaan ini berlaku, pihak doktor atau jururawat akan melihat dulu keadaan ibu sama ada boleh dipercepatkan kelahiran atau sebaliknya.
“Jika rahim dan pintu rahim belum bersedia untuk bersalin, maka ia tidak boleh dipercepatkan kerana ia boleh menyebabkan rahim koyak dan menjejaskan keselamatan ibu dan anak,” kata Dr. Jamiyah lagi.
Begitu juga halnya kalau pesakit memilih untuk mendapatkan rawatan epidural bagi mengurangkan sakit bersalin, semuanya perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak doktor.
Tidak terkecuali, kalau ada yang memilih pembedahan Caesarean sebagai opsyen untuk bersalin kerana tidak mahu bersalin normal.
“Bagaimanapun dalam sesetengah kes, kelahiran secara Caesarean perlu apabila terjadinya komplikasi termasuk tulang pinggul kecil, pintu rahim tidak terbuka atau sakit bersalin yang terlalu lama,” katanya.
Bagi setiap pembedahan yang dilakukan, jelasnya, semua pakar yang berkaitan seperti bius, pakar kanak-kanak dan pakar perunding sakit puan, berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk membantu sekiranya timbul masalah.
“Lantas ibu- ibu tidak perlu bimbang manakala pihak bapa tidak perlu panik kerana proses kelahiran adalah sesuatu yang lumrah, kalau tidak masakan ramai manusia di muka bumi ini,” ujar Dr. Jamiyah tersenyum.
Selepas memperkatakan mengenai kelahiran, para peserta turut didedahkan dengan kepentingan penyusuan ibu dan penjagaan bayi semasa dalam pantang.
Beliau kemudiannya mengingatkan ibu-ibu supaya tidak memakai barang kemas, menghilangkan pengilat kuku (jika mengilat kuku) di jari bila datang ke hospital.
Ini kerana, barang-barang kemas boleh merangsang aliran elektrik semasa melakukan sesuatu pembedahan. Bahan pengilat kuku pula boleh menghalang doktor untuk memeriksa perjalanan darah di bawah kawasan kuku di hujung jari.
Dr. Jamiyah memberitahu, semasa mengalami sakit bersalin, pesakit tidak akan diberikan sebarang makanan kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan sekiranya pesakit mengalami masalah dan perlukan pembedahan. Penghadaman makanan sewaktu proses bersalin adalah lambat.
“Jika didapati ibu tidak boleh melahirkan dengan normal, maka ia perlu dibedah untuk menyelamatkan ibu dan anak.
“Sekiranya makanan diberikan dan tempohnya kurang daripada enam jam, maka dikhuatiri jika berlaku komplikasi sewaktu proses bius (intubation) makanan itu akan mengalir ke paru-paru (aspiration) dan ini bukan sahaja membahayakan ibu, tetapi juga anak.
“Sayangnya ada yang tidak faham dan menganggap kami sengaja tidak mahu memberi makan,” ujar Dr. Jamiyah lagi.
Mesra suami
Apa yang penting dan perlu diketahui adalah selepas proses bersalin selesai, penyusuan ibu perlu dimulakan segera demi kebaikan bayi.
Suami atau keluarga juga perlu memberi galakan kepada ibu agar dia berasa cukup selesa menyusukan bayinya.
Menurut Dr. Jamiyah, pihaknya berasa gembira setiap kali bengkel diadakan kerana sambutan daripada suami isteri begitu menggalakkan.
“Kami ingin mewujudkan suasana ‘mesra suami’ yang akan menguntungkan suami, ibu dan anak.
“Kehadiran suami bukan sahaja memberi semangat malah dapat meringankan kesakitan yang dialami isteri,” kata beliau.
Dr. Jamiyah turut menarik perhatian, jika semuanya berjalan lancar, wad bersalin dan pediatrik PPUM akan menjalani proses pengubahsuaian.
Kerja-kerja pengubahsuaian di bangunan asal akan dijalankan pada pertengahan tahun dan bangunan baru kompleks obstetrik dan pediatrik akan dimulakan pada masa yang sama.
Bangunan obstetrik mempunyai sembilan tingkat termasuk tingkat bawah tanah. Buat masa ini, kapasiti PPUM boleh menampung lebih kurang 900 katil. Apabila kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran kapasiti PPUM bertambah, ia boleh menampung lebih kurang 1,200 katil.
Jika tiada aral, projek tersebut dijangka siap penghujung tahun depan. Apabila semuanya siap kelak, lebih banyak program yang boleh diadakan untuk kepentingan ibu dan anak, ujar beliau.

Thursday 29 September 2011

Huhuhuu dah tak leh nak upload gambar

Huhuhu sedih nyer pasni dah tak leh nak upload foto lagi dah coz hp yang aku pakai sekarang Hp O2 xder cable la plak...hish tension tul la

Thursday 22 September 2011

Petua Mudah Bersalin

PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Minum Minyak Tanak --> aku ada buat selusuh pakai minyak, tp tak telan la, sapu kat perut ja, yg minum tu air
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam --> mentah? oohh tak gamak aku nak telan
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


ni aku tambah skit (berdasarkan info yg ku dpt dr source lain, n yg ku buat masa branak Aishah dulu):
  • baca Surah Maryam start from 3rd trimester
  • masa dah contraction (dlm labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
  • mintak maaf kat husband, sbb org ckp kalo byk dosa ngan husband susah branak
  • mkn kurma masa pregnant
  • byk berjalan --> btul ka ni, aku pun tatau...tp time2 mcm ni mmg dah tak larat nak jln, sakit urat
  • byk2 berdoa kpd Tuhan supaya dipermudahkan utk bersalin nanti

Shoping Kat Pakson

Comelkan, aku belikan untuk anak aku siap ada pasangan nyer lagitu

inilah mak we mickey

cawan untuk wat air panas aku standby jer kat dalam handbag aku...senang n kecik mudah nak dibawa kemana-mana

huhuhu persiapan untuk anak no. 2, dalam beg tu aku siapkan baju , kain lampin, tuala, barut perut, botol susu n lain lain kelengkapan baby...hihihi happy sangat nak timang cahaya mata yang kedua. walaupun aku sahaja yang beria nak menanti tapi aku bersyukur kerana ditemani asyrani dalam hidup aku kini. umi sayang adik....

Wednesday 14 September 2011

Koleksi Makeup





















setakat ini sahaja koleksi makeup aku yang dapat aku kongsi kan dalam blog coz yang lain banyak xder dah dalam web...kalu nak tgk pun aku kena ambik gambar sume koleksi make aku guna kamera....memang banyak tapi yang pakai nyer cuma eyesliner chanel, lipstik chanel n faundition chanel...aku bawak mana yang termuat jer dalam bag makeup...yang lain sume buat pekasam kat dalam bag makeup aku kat umah...pakai nyer bler perlu jer...

Dapat Rantai n cincin

hihihi tak der special sangat pun just rantai n cincin biasa, untuk basahan from....hahaha biarlah rahsia, hmmmm macam2 hal kan
huhuhu cantik kan

Perlu Diketahui Suami 6 Rahsia Seks Wanita

Dalam memastikan kehidupan seks suami isteri berlangsung dengan harmonis, ada beberapa aturan yang harus disepakati. Antara yang paling utama, adalah masing-masing tidak boleh bersikap ego. Keduanya perlu memahami keinginan pasangan agar sama-sama mencapai kepuasan dan kebahagiaan dalam berumah tangga.

Namun begitu yang selalu menjadi masalah adalah para isteri tidak berani menyatakan apa yang mereka rasakan dan apa yang mereka ingini ketika hubungan intim. Akibatnya, ramai suami bertanya-tanya, bagaimana mereka mampu memuaskan pasangannya.

Sebenarnya wanita memiliki rahsia yang boleh membuat ghairahnya makin menggebu-gebu. Jika perkara ini diketahui dan dipraktikkan oleh suami maka seks akan sentiasa memberi kepuasan dan kebahagiaan buat isteri. MW kali ini membocorkan 6 rahsia tersebut untuk para suami:
 1. Ungkapan Cinta Dan Sayang
Ghairah atau nafsu isteri anda akan mudah menyala bila mereka mendengarkan ungkapan-ungkapan tentang perasaan cinta dari pasangannya. Oleh itu seharusnya belajar mengungkapkan perasaan mereka pada isteri. Ringan mulut untuk meluahkan kata-kata cinta I Love You, I Miss You dan sebagainya. Kata-kata seperti ini membuatkan isteri rasa terbuai dan hasrat seks mereka mampu muncul dalam tempoh yang singkat
2. Lontarkan Pujian
Setelah berkahwin dan melahirkan anak, ramai wanita merasa kurang yakin tentang penampilan mereka. Tubuh dirasakan gemuk, wajah tidak lagi cantik malah penampilan dirasakan serba tidak kena.
Cara terbaik untuk meningkat keyakinan diri isteri adalah pujian daripada suami tersayang. Oleh itu lontarkanlah pujian buat orang rumah anda. Katakan kepadanya kecantikannya tetap terserlah biar sudah punya cahaya mata. Jika mungkin tubuhnya sudah tidak selangsing dulu, pujian aspek lain yang selayaknya dipuji. Hal ini akan memberi kesan ketika isteri beraksi di ranjang.


3. Sentuhan Lembut
Isteri memerlukan perasaan dan sentuhan yang lembut sebelum menyerahkan tubuhnya pada suami. Belaian manja, pelukan, ciuman serta perlakuan suami yang menyenangkan di tempat tidur amat diharapkan.
Perkara-perkara ini sangat mempengaruhi respons dan ‘persembahannya.’ Sikap suami yang tidak memberi perhatian, menggunakan bahasa kasar, kata-kata menyakitkan ataupun sentuhan kasar hanya membuat isteri sukar terangsang dan kurang bersemangat sewaktu berhubungan intim dengan suami.
4. Bukan tentang orgasma semata-mata
Ramai suami berpendapat bahawa pasangan yang hebat adalah yang mampu isterinya sentiasa mencapai puncak kenikmatan seksual. Memang tidak salah pendapat ini tapi hakikat sebenarnya adalah klimaks itu bukanlah segala-galanya bagi seseorang wanita. Ada antara wanita yang sudah puas dengan aktiviti pemanasan yang dilakukan oleh suami sahaja.

5. Jangan terlalu serius
Hubungan intim yang diselangi dengan canda sebenarnya lebih berkualiti. Ia menjadikan suasana hubungan intim lebih relaks dan santai sekali gus lebih berkualiti. Tapi ramai suami yang terlalu serius tentang acara seks. Mereka lupa untuk ketawa, romantis, nakal, dan bersenang-senang. Hubungan yang dipenuhi dengan unsur-unsur ini akan menjadikan seks sebagai momen indah dan menyenangkan.

6. Perhatian selepas seks
Ramai isteri mengeluhkan pasangan mereka terus tidur selepas bercinta. Memang benar bahawa selepas seorang lelaki melakukan hubungan seks, mereka melalui sebuah fasa refraktori. Ketika ini dia kehilangan ereksi dan berasa kepenatan selain rasa relaks menyebabkan serangan mengantuk.
Namun begitu tahanlah seketika perasaan ini demi isteri. Wanita masih memerlukan sentuhan daripada suami selepas berhubungan intim agar dirinya berasa terus di hargai bukan habis madu sepah dibuang. Jika terlalu mengantuk tidak salah anda memeluknya sambil berbual seketika, setidak-tidaknya anda tidur ketika masih memeluk dirinya.

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET

Harga korset
Bukan 2 Bulan  !  Bukan 3 minggu  ! tetapi SERTA MERTA!!

Pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL mengurangkan lemak dgn SANGAT PANTAS !!


Revolusi pakaian dalam Pembetukan Kontur Bentuk Badan Berteklogi Tinggi FAR INFRARED (FIR) direka khas untuk KESIHATAN, KECANTIKAN & KEYAKINAN.


Pemakaian Premium Beautiful membantu melenyapkan :

SAKIT-SAKIT BADAN, STRUKTUR BADAN YANG TIDAK SEMPURNA, MEMBUANG TOSIKN DALAM BADAN, MELANCARKAN PEREDARAN DARAH, MENGHILANGKAN SENGGUGUT , DAN SEBAGAINYA:


• Menghilangkan sakit sebelum dan semasa datang haid
• Mengatur kitaran haid secara normal
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengatasi masalah darah haid yang berlebihan atau datang lebih dari hari maksimum (lebih dari 7-8 hari)
• Memperbetulkan kitaran pusingan haid agar datang setiap bulan pada waktu yang tepat
• Mengatasi masalah keguguran (benih perempuan lebih sihat, kuat dan berkualiti)
• Mengatasi masalah kesukaran mendapatkan zuriat/anak
• Mengatasi risiko barah rahim
• Mengatasi risiko barah payudara
• Membaiki sistem hormon menjadi lebih baik dan sempurna
• Menghilangkan masalah jerawat dan melicinkan kulit muka
• Seuai untuk remaja perempuan yang baru sahaja mula baligh atau perempuan yang selalu mengalami masalah sengugut, masalah jerawat tumbuh dimuka dan badan kerana hormon tidak menentu



AWAS!! berat badan yang berlebihan akan mendatangkan penyakit yang berisiko tinggi seperti :
Diserang penyakit jantung
Diabetes
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Sukar bernafas ketika tidur
Kanser / barah
Osteoarthritis
Haid yang tidak teratur

jadi....

CEGAH SEBELUM MENULAR...RAWAT DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL CORSET / GARAM BULUH / PIL MAHARANI


FIR (FAR INFRA RED RAYS) di dalam Premium Beautiful bertindak semulajadi, dimana sel-sel badan akan berolahraga lebih berkinetik, mengoptimumkan kadar metabolisma badan. Ia diuji secara klinikal dan terbukti sebagai 'treatment' paling berkesan untuk pengurangan berat dan pengurusan jisim tubuh. Beribu-ribu orang di seluruh dunia telah mendapatkan manfaat daripada FIR 'treatment' seumpama ini“

korang mesti tak percaya n sakit hati coz aku pun sakit hati nie sebenar nyer...aku beli korset nie dengan harga 2500.00, aritu ada sorang hamba Allah nie nak suh aku jualkan korset nie...first nyer malas nak layan benda nie coz mesti susah nak kolek duit nyer. lepas tu dengan muka selamba akak tu kata kat aku...setiap satu item kak atas aku jual dalam harga rm100.00 jer...mak ai murah gler...aku cam tak percaya..aku ambik barang tu nak wat balik umah coz nak kompom kan betul2...mana tahu yang tiruan ker...siap beg plastik dia lagi..aku dapat enam item jer dari kakak tu ...hmmmm tak sampai satu hari dah habis djual....aku bukan jual kan kat orang ...adik beradik dah cukup ...aku tanya lagi ada tak, kakak tu kata dah habis....itu penghabisan stok.

Tuesday 13 September 2011

Koleksi Jam Tangan

hmmmm...ini jam tangan terbaru aku, aku tak der banyak jam tangan yang satu lagi tu jenama titus pic tak dapat nak ambik lak gambar nyer

yang nie saja letak bagi nampak cantik sikit blog aku nie...

Koleksi My Handbag

Ini pulak walet yang senang nak bawak ke mana2 kalu tinggalkan handbang, siap ada zip leh letah hp lagi kat dalam dia...so easy
ini lah handbag yang selalu aku hayak ke hulu dan ke hilir...gemar benar rasa nya dengan ciri2 didalam nyer...senang n jimat ruang...di samping itu kena dengan sume baju


yang ini aku dah wakafkan kat adik aku coz bentuk nyer macam buku ala2 garisan ...tak suka aku. waktu beli nampak cantik bler dah pakai serabut lak ngan garisan dia

yang ini aku gunakan untuk letak baju anak aku...hihihi tapi kekadang tak terbawak juga ...senang lagi guna bag baby kiko coz ruang dia lagi besar dari handbag nie

ini lak dah jadi koleksi jarang guna...coz warna nyer cepat kotor susah nak hayak ke sana ke mari...so dia ditakrifkan sebagai bag muzium dalam almari aku...hihihi
ini bag yang bakal jadi bag muzium juga...ruang dia kecik kat dalam, special edition konon nyer by bonia tapi ruang nyer tak menepati citarasa aku...

bag nie aku dapat waktu hari pertunangan aku, kecik comel n sedap mata memandang tapi sayang sama juga dah jadi bag muzium...huhuhu

yang nie aku sayang sama cam yag paling atas sekali, aku minat betul ngan material kain dia n senang nak carrie kemana jua, kalu korang tak caya cuba beli , pakai baru tahu...yang lain-lain handbag aku tak dapat masukkan coz tak der gambar...jadi aku masukkan ini jer lah yang bole dalam blog nie....nanti ada masa terlang aku ambik gambar bebanyak k