Sunday 29 July 2012

Mengantuk nyer

alamak pening nyer kepala nie, ngantuk sesangat, itu lah semalam mata nie tak bole nak tido n sekarang bukan main lagi samapai xleh nak angkat la pulak...nak minum kopi bulan puasa la pulak...huhuhu ngantuk nyer tahap gabang... hmmmm aper nak buat nie, nak kata basuh muka dah basuh...karang ader pulak terlelap kat opis nie...kuikuikui...hmmm tadi dapat panggilan hangat,,,,huhuhu indu upanyer dia kat aku....uik cerah pulak mata nie bler masuk bab yang satu ni. semoga sejahtera dan bahagia dia kat sana mengerjakan umrah ...bagi yte kat sini hopefully sihat sepanjang berada ditanah suci...xsangka pula dari sna khabarkan berita gembira. ya allah bukan kan lah keimanan ku untuk ke sana lagi.

Sunday 22 July 2012

Hari Kedua Puasa

dalam kepala nie tak der ler lain pikir jika time macam nie....alangkah bagus nyer dapat seteguk air...tapi ini bulan ramadhan xleh minum air
kena banyak sabar nie.... malam nie ada taraweh .....

Friday 20 July 2012

ke JPJ Melaka

hari ni siapkan exciment ngan road tax lori .... alhamdurillah tak ramai orang... tapi kenapa arini bukan jer jpj tapi opis pun lenggang semacam jer huuhuhu jangan xtahu sekarang musim nak berpuasa... kepada sesiapa nak sewa lori tak kira bulan aper ...perkhidmatan transporter tetap dijalan kan .... xder cuti umum, puasa atau raya...sama jer bagi pekerja macam kami...

Wednesday 18 July 2012

Lembu Korban

Perkidmatan ini juga menyediakan lembu untuk korban atau pun untuk majlis-majlis tertentu...
gambar hiasan untuk mendapat kepuasab hati pelanggan, anda dgalakan turun ke kandang untuk memilih sendiri lembu yang di ingini ... tawar menawar adalah digalakkan....

Jualan Ayam Dan Itik

Perkhidmatan ini bukan sahaja menyediakan penjualan kambing malah kami juga ada menjual ayam dan itik.. harga ayam kampung bergantung kepada saiz nyer.... itik juga bergantung kepada saiz nyer juga untuk maklumat anda bole discuszz dengan en. hazam mengenai harga pasaran kini... tawar menawar adalah digalakkan dalam perkhidmatan kami

Kambing Qiqah

keadaan ini bergantung kepada kesihatan kambing tersebut....
tetapi kepada yang berminat untuk membeli kambing...
tawar menawar adalah digalakkan....
gambar contoh untuk lebih jelas dan terang pihak tuan/puan boleh datang sendiri ke kandang kambing untuk memilih sendiri kambing yang di ingini....
malah kami mempunyai pelbagai jenis kambing untuk tuan/puan buat pemilihan sendiri....

Sunday 15 July 2012

Melancong Ke kuala Terengganu

hmmmm xsabar giler nak tunggu trip yang kedua nie....kali nie kami akan melancong ke kuala terengganu beramai-ramai...kali lagi menyeronokkan bler permata hatipun dah meningkat dewasa . tentu seronok melayan kerenah budak kecik dua orang  nie. bukan saja dak abang yang makin banyak celoteh malah arasy yang makin melasak. memang nyayer kalu sesorang tp kali ni hubby ikut sekali.

kali trip melancong idea dari angah, aku ngan alang mengikut jer. coz tahun lepas trip ke cameron aku yang suggest kan....seronok...tapi kelakar

Wednesday 11 July 2012

Rahsia personaliti diri

Rahsia Personaliti Diri - Cara Memilih Menu


Ini adalah ujian personaliti diri.
Pilih jawapan anda mengikut naluri.
Tidak ada jawapan yang benar atau salah.

Bayangkan diri anda bersama seorang rakan di kedai kopi. Rakan anda baru saja memilih cappuccino, yang anda fikirkan ingin pilih. Jadi apa yang akan anda lakukan sekarang?


A) "Aku sama."
B) "Aku juga."
C) "Buatlah dua."
D) "Aku mahu teh ais."
(Atau yang minuman lain yang berbeza sama sekali .)
E) "Cappuccino."

Pilih jawapan anda, kemudian turun ke bawah untuk setiap pernyataan dan pengertian



"Aku sama."
Anda adalah orang yang mudah. Anda jarang menolak kawan-kawan anda ketika
mereka datang kepada anda untuk meminta bantuan. Kadang-kadang, anda mungkin lebih bijaksana untuk mengatakan "TIDAK". Hal ini dapat menyelamatkan anda daripada masalah yang tidak perlu.

"Aku juga."
Anda adalah orang yang ragu-ragu. Dan alasannya mungkin kerana anda berfikir lebih daripada yang lain! Kadang-kadang anda perlu pergi untuk itu, kalau tidak, anda mungkin mendapati diri anda kehilangan banyak kesempatan yang pada akhirnya akan membawa anda menuju kejayaan.

"Buatlah dua."
Anda mempunyai kemahuan yang kuat. Anda ingin mengendalikan orang lain. Meskipun
anda tidak menunjukkan hal ini, anda mempunyai keinginan tersembunyi untuk menjadi lebih baik daripada semua orang yang mengelilingi anda.

"Aku mahu teh ais."
(Atau minuman lain yang sama sekali berbeza.)
Anda sangat kompetitif dan tidak takut untuk mempersembahkannya. Anda tidak puas dengan kedudukan kedua. Namun, anda harus berhati-hati engan tindakan anda, seperti orang lain mungkin merasa tidak selesa kerana anda sifat keras kepala untuk menang di semua perkara.

"Cappuccino."
Keras kepala adalah kata terbaik untuk menggambarkan anda. Anda tidak akan menyerah pada apa sekali pikiran anda ditetapkan. Anda hidup dengan peraturan anda sendiri, dan mengutuk yang lain darinya. Tetapi untuk banyak orang, anda hanya keras kepala
yang masih dalam pertimbangan kepada orang lain.

rahsia mimpi


Rahsia Mimpi - 5 tafsir mimpi dari Tajul Muluk


Jika anda bermimpi......

1) Di patuk atau di belit ular anda akan memperolehi pasangan hidu (isteri/suami)

2) Mengerjakan sembahyang sempurna pekerjaan dunia dan akhirat"

3) Memakan api anda akan memperolehi seorang isteri yang papa tapi bijaksana.

4) Burung putih terbang di rumah atau dapat ditangkap alamat beroleh pasangan hidup yang budiman lagi berharta

5) Membaca Al-Quran anda akan panjang usia dan memperolehi apa yang dihajati.


Doa apabila bermimpi :

Do'a Ketika Mimpi Baik

Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan
"Alhamdulillahil-ladzii qadlaa haajati"
Artinya : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku"


Apabila mendengar cerita mimpi yang baik
"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"



Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan
"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."


Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur
Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami

"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada perbuatan syaitan dan dari keburukan mimpi."


"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku.

Rahsia Kata-kata wanita

Rahsia Kata-kata Wanita


Penyelongkaran rahsia ini mungkin amat berguna untuk kaum lelaki dalam mengenali pasangan mereka. Berikut adalah senarai perkataan-perkataan yang selalu digunakan oleh wanita hari ini. Jom kita selongkar rahsia disebalik kata-kata wanita.


FINE
Perkataan ini sering digunakan wanita untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

5 MINIT
Ini sebenarnya lebihkurang setengah jam. Sama kes dengan 5 minit perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang setimpal.

TAKDE APA-APA

Ini bermakna ada sesuatu hal yang anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan wanita yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama '5 MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH!
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si wanita menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa '5 MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OK LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang wanita boleh buat kepada lelaki. 'OK LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OK LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang wanita memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OK LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang wanita mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang wanita akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Rahsia Huruf Nama

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. Allahualam...

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Rahsia Penipu


Rahsia Penipu - Tingkah Laku Orang yang Berbohong


Pernahkah anda perasan ketika anda ditipu terutamanya oleh orang yang rapat atau pasangan anda? Seringkali memberi alasan yang membuatkan anda rasa curiga, itu pon jika anda dapat mengesannya dengan lebih awal dan anda tahu dia sedang menipu. Tapi bagaimana jika dia pandai berlakon dan sedikit pon tidak menunjukkan dia sedang menipu. Usah risau, bacalah rahsia mengenal pasti orang yang rapat atau pasangan anda menipu di bawah ini.

1) Kerap Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung!


2) Menutup mulut

Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Tapi ada juga orang yang menutup mulutnya kerana mulutnya berbau... heheh...


3) Gagap

Biasanya seseorang yang selalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


4) Pergerakan mata

Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


5) Melengah-lengahkan jawapan

Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong.


6) Resah

Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Rancangan Ke Kuantan

Hmmmm...ikutkan perancangan nak ke kuantan, tapi bukan kat Sweet garden dear, i go with my hubby...hihihihi jangan mare yer kakak- kakak ku. kali nie perancangan jer lom jadi lagi....hmmm dah nak dekat pose dah ....

Demam Menyinggah

Aduhai pening nyer kepala yte nie. kena demam la plak, nasib ler ...kalau demam kang mesti anak akan ikut sama...pening sangat la kepala nie...kalau la kepala nie bole buka, yte buka pergi cuci bagi ubat penyegar pastu masuk balik dalam kepala nie....waaaa mesti fresh kan...huhuhu....nak nangis pun ader ...dah makan panadol pun tak berkesan la palak panadol nie....kang makan banyak effect aku tanggung sendiri jugak...mak !!!!! tolong....aduhhhhh sejukkkk nyer opis nie....