Sunday 18 August 2013

Cikgu Penolong Kanan , Mati kena tembak

GAMBAR: Guru Penolong Kanan Mati Ditembak Suspek Tidak Dikenali Di Luar Pagar Sekolah

BACHOK – Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak tiga kali dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.
Siasatan sedang dijalankan untuk memberkas suspek dan mengenalpasti motif pembunuhan.
Kira-kira empat hari lalu, seorang guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali.
Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
1044635_613882321979122_1898676887_n

Marsha Bekemban tampil ghairal di filem laga

Bagaikan satu fenomena biasa dewasa ini apabila daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung acapkali disogokkan dengan menampilkan wanita seksi dan mengghairahkan.
Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dalam keadaan yang mengghairahkan, berkemban.
Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan beberapa nama besar yang lain.
Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti menjadi satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahannya kali ini.
“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai,” ujar pengarahnya. - Buah Mulut

Ustaz Ahmad Idrus Memandu Laju

Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.
Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
UAI1
Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
UAI2
Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu.

mercun

Subang Jaya: “Sebaik terdengar bunyi letupan kuat, saya bergegas ke tingkat bawah. Pada masa sama, kakak sepupu saya masuk dalam rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum disusuli adik saya memegang lengan yang berlubang dengan kesan darah yang banyak.
“Kemudian sepupu perempuan saya pula terpaksa dipapah masuk kerana kecederaan parah di seluruh muka. Keadaan di lantai ruang tamu pada ketika itu macam banjir darah,” kata Muhammad Firdaus Mohd Yaacob, 15, menceritakan kejadian letupan mercun menyebabkan dua cedera manakala seorang lagi dilaporkan kritikal dalam insiden kira-kira jam 11.30 malam ketika majlis rumah terbuka di sebuah rumah di Tasik Prima Puchong, kelmarin.

Mangsa kritikal dan masih dirawat di Hospital Putrajaya ialah Aleya Alysha Abd Rahim, berusia lapan tahun yang berisiko buta mata manakala Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd Fadzli Mohd Yaacob berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dilaporkan stabil.

Muhammad Firdaus berkata, semua mereka yang ada hubungan saudara berkunjung ke rumah bapa Nasha kerana ada membuat rumah terbuka.
FotoALEYA Alysha berisiko buta mata sebelah kiri selepas terkena letupan mercun.

“Saya dimaklumkan, semua mereka yang cedera ketika itu sedang mencari mercun yang disimpan dalam sebuah almari besi yang diletakkan di dalam garaj di luar rumah.


Monday 12 August 2013

Kerani maut bungkusan atas kereta meletup


 Kerani maut bungkusan atas kereta meletup



Anggota keluarga di sisi mayat Mohd Yusrizal yang maut akibat terkena bahan letupan di Taman Seri Periuk, Tumpat, semalam. Tumpat: Seorang kerani sekolah maut apabila bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kereta di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini, meletup, pagi semalam.

Ketika kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, dari Kampung Kenor, Kuala Krai, dikatakan cuba mengambil bungkusan yang ditinggalkan di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abang iparnya apabila ia tiba-tiba meletup.
Cedera parah di badan


Letupan itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dengan kedua-dua pergelangan tangannya putus, manakala perut terburai. Kenderaan berkenaan turut mengalami kerosakan teruk.

Mohd Yusrizal yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya, malam kelmarin, bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata letupan berlaku apabila mangsa mengambil bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung kereta Naza Citra.
“Sebaik diangkat, bungkusan itu meletup, menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

“Polis sedang menjalankan siasatan mengenai letupan dan bungkusan itu serta berharap tiada pihak membuat spekulasi mengenainya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, semalam.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, berkata Mohd Yusrizal pulang ke rumah mentuanya untuk beraya, malam kelmarin.

“Mangsa ketika membuka pintu rumah (sebelum kejadian), ternampak sebuah bungkusan hitam di atas bumbung kereta Naza Citra dan pergi mengambilnya.

“Ketika mangsa mengangkat bungkusan itu, ia tiba-tiba meletup. Letupan kuat itu mengejutkan kami sekeluarga yang ketika itu berada di dalam rumah,” katanya.

Dengar letupan kuat

Sementara itu, seorang jiran, Kamaruddin Che Mad, 56, berkata sebelum kejadian, beliau berada di serambi rumahnya yang terletak kira-kira tiga pintu dari rumah mangsa.

“Saya terkejut apabila terdengar letupan kuat dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati mangsa sudah terbaring dengan kedua-dua pergelangan tangannya putus serta perut terburai.

“Melihat keadaan mangsa yang parah, saya pada mulanya hendak membantu, namun tidak berbuat demikian kerana ngeri melihat keadaan mangsa dan terus menghubungi polis,” katanya.