Tip-tip untuk semua
Lebih
afdhal dilakukan oleh si bapa untuk mengazan atau mengiqamat anak yang
baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW). Menurut
orang dulu-dulu, uri dimasukkan dalam tempurung kelapa sebelum
menanamnya. Ada sesetengah orang tanam bawah tangga. Selepas menanam
uri, ada pula yang menyalakan pelita atau lilin kononnya untuk mengelak
bayi mengalami kembung perut. Api itu dikatakan dapat ‘memanaskan’ bayi.
Antara upacara karut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:
1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita
dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang
pandai.
6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya 1 kaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
9. Apabila tiba malam, nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa
yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk 2
minggu supaya bayi tidak kembung perut.
Menanam Uri Menurut Islam
• Hukum menanam uri adalah HARUS.
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar
atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital
dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat
masing-masing.
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Showing posts with label Tips Lepas Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Tips Lepas Bersalin. Show all posts
Tuesday, 28 May 2013
Sunday, 23 October 2011
Mencepatkan kelahiran
Sebagai seorang bakal ibu, perkataan induksi ataupun memulakan proses kelahiran lebih awal lazim kedengaran terutamanya jika puan menghadapi masalah perubatan semasa mengandung.
Banyak sebab-sebab mengapa proses kelahiran dimulakan walaupun puan belum lagi mengalami kontraksi atau secara amnya sakit untuk bersalin.
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk induksi kelahiran juga dapat mencepatkan proses masa untuk bersalin.
Ini penting difahami sekiranya puan telah dikenalpasti oleh doktor pakar perbidanan untuk melahirkan anak sebelum kontraksi serta kesakitan bersalin spontan.
Peringkat proses kelahiran
Kontraksi serta kesakitan untuk bersalin biasanya hadir secara spontan di antara minggu ke 37 hinggalah ke minggu 42.
Ada tiga peringkat proses kelahiran:
l Proses pertama: proses kelahiran adalah yang terpanjang, bermula dengan kontraksi rahim dan diikuti dengan kesakitan meneran secara berkala. ini menyebabkan pintu pangkal rahim puan terbuka dari beberapa milimeter hinggalah ke maksimum 10 sentimeter.
l Proses kedua: peringkat meneran di mana pintu pangkal rahim puan sekarang paling maksimum pada 10 sentimeter sehinggalah berlakunya kelahiran bayi.
l Proses ketiga: merupakan peringkat di mana uri (plasenta) dikeluarkan.
Pangkal rahim puan menipis dan seterusnya membuka supaya kepala bayi dapat melalui hinggalah ke faraj dan seterusnya kelahiran.
Ada juga keadaan di mana keadaan menipis serta membuka pangkal rahim ini berlaku beberapa minggu sebelum puan merasai sakit kontraksi yang mencetuskan kelahiran bayi.
Rahim merupakan organ anatomi yang berotot dan kontraksinya akan menyebabkan puan mengalami sakit belakang.
Rahim merupakan organ anatomi yang berotot dan kontraksinya akan menyebabkan puan mengalami sakit belakang.
Perjalanan kontraksi ini berlaku dari bahagian atas sehinggalah ke bahagian bawah rahim. Kontraksi ini mungkin akan diikuti dengan rasa sakit.
Rahim menjadi tegang dan mengeras. Apabila kontraksi reda, rahim puan berehat dan perut menjadi lembut kembali. Puan akan berasa lega dan tidak lagi cemas.
Kontraksi yang beritma dan makin bertambah kekuatan serta kekerapan ini menyebabkan pintu pangkal rahim menipis serta membuka, dan seterusnya bayi akan menurun ke arah faraj. Kekerapan dan kekuatan kontraksi ini berakhir dengan kelahiran bayi.
Ada di antara ibu-ibu mengandung yang mengalami kontraksi pada minggu ke-34 dan juga mungkin pada minggu-minggu yang sebelumnya.
Kontraksi ini lazimnya berlaku pada penghujung hari dan tidaklah begitu menyakitkan tetapi tetap mencemaskan ibu yang mengandungkan anak sulung. Kontraksi ini dipanggil sebagai kontraksi Braxton Hicks. Ianya sakit bersalin yang palsu.
Semasa kesakitan bersalin yang sebenar, bayi puan dilindungi dari diremukkan oleh rahim dengan kehadiran air ketuban. Lama kelamaan, apabila kontraksi bertambah, lapisan dinding ‘belon’ yang berisi dengan air ketuban akan pecah. Kehadiran air ketuban melalui faraj mungkin digambarkan sebagai lembap ataupun basah kuyup. Lazimnya selepas pecahnya belon air ketuban, kontraksi bertambah dan menjadi-jadi.
Sebab kelahiran dipercepatkan
Doktor perbidanan tidak akan mencadangkan induksi ataupun mencepatkan kelahiran sekiranya puan tidak mempunyai risiko-risiko tertentu.
Tempoh kelahiran serta kemudahan unit rawatan rapi neonatal juga diambil kira. Tujuan induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dipilih sekiranya terdapat risiko kepada kesihatan puan jika masih lagi mengandung, ataupun mungkin untuk melindungi kesihatan bayi dalam kandungan.
Sekiranya puan dan kandungan tidak bermasalah, jarang sekali induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dilakukan sebelum minggu ke-39.
Di antara sebab-sebab mengapa kelahiran dipercepatkan adalah:
Puan mempunyai penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Puan mempunyai masalah kesihatan di mana sekiranya tempoh mengandung dilanjutkan boleh memudaratkan.
Kandungan puan melebihi tempoh jangkaan, iaitu tempoh jangka dan dicampurkan 10 hari.
Puan turun air ketuban dan kuman telah menjangkiti rahim.
Uri (plasenta) terlucut dari dinding rahim, menyebabkan puan kehilangan darah yang banyak. Dalam keadaan ini, puan akan menghadapai kelahiran melalui pembedahan caesarean. Kebocoran air ketuban sebelum tempoh matang.
Ada banyak sebab-sebab lain lagi yang menyebabkan kelahiran dipercepatkan, mungkin kerana sosial logistik di mana kandungan puan telah pun mencukupi penggal dan kediaman puan jauh di pendalaman.
Proses induksi kelahiran
Lazimnya di hospital, ubat jenis prostaglandin akan dimasukkan ke dalam faraj, tetapi ada juga yang menggunakan teknik ubat oksitosin melalui pembuluh darah.
Cara lain seperti menggunakan laminaria yang diletakkan di pembukaan pangkal rahim. Dengan masa, alat ini menyerap air dan menjadi bertambah lebar, jadi pangkal rahim dibukakan secara perlahan-lahan.
Sekiranya puan mempunyai kontraindikasi untuk menggunakan kaedah lazim untuk mematangkan pangkal rahim, berkemungkinan doktor perbidanan akan membuka pangkal rahim dengan cara menyapu lapisan nipis yang melindungi air ketuban.
Dengan kaedah ini, puan mungkin mengalami sedikit kekejangan dan juga sedikit berdarah yang tidak merbahaya.
Badan puan akan mengeluarkan prostaglandin sendiri yang mana dengan masa akan melembutkan pangkal rahim dan akhirnya menyebabkan kontraksi serta mencepatkan kelahiran.
Sekiranya pangkal rahim sudah terbuka tetapi bukaannya masih kecil, berkemungkinan juga lapisan selaput yang melapisi air ketuban akan dipecahkan, kaedah ini dijalankan sekiranya kepala bayi sudah jatuh jauh ke dalam tulang pinggul.
Induksi atau proses mencepatkan kelahiran tidak boleh dijalankan sekiranya:
l Uri (plasenta) puan berada di bawah (tempat bukaan pangkal rahim). Keadaan ini dipanggil plasenta praevia, kelahiran terpaksa dijalankan melalui pembedahan.
l Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan melintang, atau mana-mana kedudukan di mana kepalanya bukan di tulang pinggul.
l Tali pusat bayi anda berada di bawah dan mungkin terlebih dahulu keluar sekiranya lapisan air ketuban bocor, ini boleh menyebabkan kematian bayi.
l Puan pernah mengalami pembedahan pada rahim, mungkin kerana fibroid ataupun membaik pulih anatomi rahim yang abnormal bentuknya.
Risiko
Terdapat beberapa risiko berkaitan dengan induksi atau mana-mana kaedah untuk mencepatkan kelahiran.
Puan jangan bimbang, walaupun ada sedikit risiko tetapi kaedah-kaedah yang dipraktikkan di hospital adalah selamat.
Untuk pengetahuan puan, risiko-risiko yang mungkin berlaku adalah seperti:
Perubahan pada kadar degupan jantung bayi dalam kandungan.
Mungkin risiko jangkitan pada puan serta bayi di dalam kandungan.
Masalah yang berkait dengan tali pusat bayi seperti terhimpit, terkeluar dahulu semasa pecahnya air ketuban dan sebagainya.
Rangsangan berlebihan terhadap kontraksi rahim menyebabkan kekerapan kontraksi terlalu cepat dan terlampau kuat.
Pecahnya rahim.
Perlu ditegaskan pada puan sekiranya puan perlu melalui induksi atau kelahiran yang perlu dipercepatkan, pilihlah hospital atau pusat bersalin yang mempunyai kemudahan asas perbidanan yang boleh mengenal pasti akan masalah yang mungkin akan terjadi lantas merujuk ke hospital yang lebih berkelengkapan untuk memastikan kesihatan puan serta bayi terjaga dan terurus.
Puan harus ingat yang setiap wanita mengandung walaupun nampaknya tidak berisiko, tetapi dalam masa sekelip mata, keadaan perbidanan boleh berubah dan mungkin memudaratkan nyawa ibu serta bayi yang penat lelah dikandung selama sembilan bulan lamanya.
Jangan takut untuk berbincang dengan doktor atau jururawat mengenai sebarang isu kandungan serta kesihatan puan.
Monday, 10 October 2011
Herba Mandian sewaktu berpantang
Herba mandian merupakan salah satu kelengkapan bersalin yang mesti ada sewaktu berpantang.Jika anda tinggal di kampung atau berpantang di kampung , herba mandian senang di dapati.Jika di rumah anda pokok herba yang di perlukan tidak ada, anda masih boleh mendapatkannya di rumah -rumah jiran.
Bagaimana jika anda tinggal di bandar-bandar yang kawasan lapang atau berlaman amat terhad? Ramai ibu dalam pantang yang tinggal di kawasan bandar terpaksa berpuas hati dengan hanya mandi air hangat .
Saya masih ingat lagi sewaktu berpantang anak pertama dan kedua, masa tu saya tinggal di flat yang berdekatan. Waktu berpantang, orang tua saya dan bidan yang mengurut akan membawa sekali daun-daun herba mandian . Susah juga kerana kalau tak ada daun -daun ni, rasa macam tak lengkap rasa berpantang tu
Yang bestnya, waktu mandi bau air mandian ni harum dan macam satu terapi minda untuk ibu yang baru bersalin.Kurang la rasa stress dengan kesakitan dan kesusahan yang di tanggung sewaktu bersalin.
Antara daun-daun yang selalu di gunakan sewaktu mandi ialah daun mengkudu, daun pandan, daun serai wangi, sintok, daun inai dan beberapa jenis daun lain. Seseparuh tempat menggunakan daun meringan, daun chappa, daun pisang kelat mengikut cara masing-masing.
Adakah mandian herba penting sewaktu bersalin?
Sudah tentu sebab mandian herba membantu mengurangkan rasa lengoh di sendi-sendi sewaktu proses melahirkan bayi. Selain dari itu, ia juga membantu membuang angin dan melancarkan peredaran darah dengan khasiat yang terkandung dalam daun herba yang di gunakan.
Sekarang saya dapati mandian herba ini juga boleh di dapati dalam bentuk uncang seperti uncang teh!
Kesemua daun daun herba ini di bungkus dalam uncang dan uncang ini hanya perlu di rebus dengan air panas sebelum mandi.
Cuba tengok gambar ni , lebih moden dan senangkan?
Tak perlu lagi anda membuka bungkusan daun atau tercari-cari daun herba untuk di buat mandian. Jadi, untuk promosi terbaru di mysetbersalin.com, saya sekarang membuka tawaran bonus uncang herba mandian ini untuk setiap pembelian Pakej Mom’s Special.
Yang menariknya mengenai mandian herba ini ialah, ia lebih mudah di gunakan sebab kita tak perlu lagi nak cari daun-daun yang sukar di dapati sekarang. Satu lagi , selepas mandi tak payahlah kita nak terbongkok-bongkok kutip daun-daun ni yang berterabur macam mandian herba biasa.
Herba Mandian Aura
Herba Mandian Aura
| |
Mandian herba ini di perbuat daripada himpunan 7 daun herba yang biasa di gunakan sewaktu berpantang. Antaranya ialah daun meringan,daun pisang kelat, daun pandan, daun haliabara,daun serai wangi, daun chappa dan daun inai.Gabungan kesemua daun ini membantu memulihkan kembali kesegaran dan kesihatan badan yang lemah selepas bersalin.
Setiap pek mempunyai berat 40 gm, bersaiz 1/2 kertas A4 dan boleh di gunakan untuk 3 hingga 4 kali mandian atau selepas pati dan warna air rebusan hilang.
Herba mandian membantu ibu dalam pantang perkara-perkara berikut ;
- Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin
- Membantu melancarkan peredaran darah
- Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.
- Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.
Cara penggunaan :
- Rebus satu uncang herba mandian aura bersama 3 gayung air sehingga mendidih dan berbau wangi.
- Campurkan air herba mandian bersama air biasa sewaktu mandi.
- Keringkan uncang yang telah di gunakan di tempat panas atau kering untuk kegunaan selanjutnya.
Thursday, 6 October 2011
Jenis-Jenis Bengkung Mia
Bengkung Mia adalah bengkung tradisional untuk mencantikkan serta melangsingkan badan dan pinggul. Bengkung Mia ini sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin dan untuk pembentukkan badan yang menawan.
Pemakanan Ketika Dalam berpantang
Amalan pemakanan ketika pantang ni mengikut moden dan tradisional terdapat pencanggahan. Jika mengikut doktor perubatan, boleh makan apa sahaja. Namun jika mengikut amalan tradisional Melayu ada banyak pantang larangnya. Percanggahan antara moden dan tradisional ini sebenarnya banyak berpunca daripada amalan yang salah seperti mengambil herba tanpa pengetahuan yang betul mengenainya atau amalan berpantang yang keterlaluan sehingga menyebabkan masalah pula seperti amalan minum 2 ruas jari dan makan nasi berlauk ikan masin setiap hari.
Saya sering mendapat pertanyaan mengenai bolehkah minum banyak. Minum banyak takut ‘kembang’. Pengalaman saya, saya minum mengikut keperluan badan saya. Jika kurang minum, susu akan kurang dan badan terasa letih. Jika secara tradisional amat digalakan minum rebusan akar kayu. Rebusan air ini dapat membantu membersihkan darah, mengeluarkan angin kotor, membersihkan sistem perkumuhan serta tingkatkan fungsi hati. Namun perlu berhati-hati apa yang diambil. Contohnya manjakani dan kacip fatimah memang bagus untuk mengecutkan rahim. Tetapi bilakah masa yang sesuai mengambilnya? Ada menyangka boleh terus diambil semasa pantang. Sebenarnya mula diambil selepas darah nifas kering atau lebih kurang selepas 30 hari.
Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.
Dari segi pemakanan , ulam-ulaman sesuai untuk dimakan kerana sifatnya yang antioksidan dan mengandungi fiber, mineral dan pelbagai vitamin. Ulaman adalah termasuk daun dan ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun pegaga, ulam raja, daun lemuni dan daun kaduk. Untuk sumber protein boleh diperolehi daripada ayam hitam, ayam didik , burung merpati dan burung puyuh. Daripada sumber ikan pastikan ikan yang segar, tidak berbisa dan mengandungi merkuri. Ikan yang perlu dielak adalah ikan bawal hitam, terubuk, pari parang, kembung, tamban dan cecaru. Makanan laut seperti udang, sotong, kerang perlu dielakkan sama sekali. Peraturan pemakanan ini tertakluk sama ada alah pada pemakanan tersebut atau tidak. Jika alah dengan ayam sebelum atau semasa mengandung, tentu sekali anda tidak boleh ambil ketika berpantang juga.
Pemakanan untuk ibu yang menyusu badan, ada sesetengah herba menyebabkan susu kering. Sebaik-baiknya bertanya untuk dapat kepastian. Ibu juga perlu menjaga tidak minum minuman berkafein dan bercokelat untuk elak bayi kembung. Perlu elak makan bawang besar, bawang putih dan makanan pedas kerana ini menjejaskan kualiti susu. Tingkatkan pengambilan omega-3 fatty acid (DHA) yang banyak terdapat dalam minyak ikan.
Tentu kita juga tidak sabar untuk menurunkan berat badan. Tetapi pastikan jangan turun dengan drastik dengan mengawal secara ketat pengambilan makanan seharian. Badan memerlukan khasiat untuk pastikan proses pemulihan akibat bersalin dan perlukan tenaga untuk menguruskan hidup seharian. Selain itu penurunan drastik mendatangkan kemudaratan jika menyusu badan iaitu menyebabkan toksin dilepaskan dan masuk ke susu badan.
Walau apa pun pemakanan yang baik dan betul amat penting untuk memastikan badan cepat sembuh dan sihat kembali. Selain itu tujuan penjagaan pemakanan yang betul dapat mengembalikan semula bentuk badan yang asal. Ada kala dapat pula bentuk badan yang ideal, sedangkan sebelum mengandung badan agak berisi. Untuk mengekalnya , tentu sekali perlu juga mengekalkan cara pemakanan yang sihat ini berterusan. Jika tidak menjaga berat akan naik semula kerana badan kita dipengaruhi sepenuhnya oleh amalan pemakanan dan jagaan kesihatan kita. Sebaiknya perlu bersenam juga.
Monday, 3 October 2011
Set Bersalin Jamu Mak Dara
Set Bersalin Jamumakdara
RM350.00
Amalam berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.
Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun temurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum.Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.
Set bersalin ibu halimah ini merangkumi:-
- JMD gold = 4 btl
- losyen ibu halimah
- bedak sejuk
- rempah mandi
- bengkung
- lulur kopi
- tungku kukus herba
- bauan herba.
*Tip Ibu Halimah
- Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
- Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
- Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
- Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
- Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
- Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
- Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
- Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
- Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit
Set Bersalin Nona Roguy(NR)
SET HERBANIKA BERSALIN NR
dahulu Set Herbanika Bersalin Nona Roguy

Boleh lupakan kesesakan lalu lintas, masalah meletak kereta atau mencari kedai yang menjualnya.
Permudahkan urusan anda terutama kepada yang sedang sarat mengandung atau yang kesuntukan masa.
Boleh membeli pada bila-bila masa mengikut kelapangan melalui internet
Dan pesanan akan sampai ke tempat anda ...
Tunggu Dulu! Anda juga akan mendapat bonus-bonus berikut secara PERCUMA
Cara rawatan lengkap produk semasa berpantang bersalin
Booklet tip berpantang, resepi-resepi dan tip penjagaan bayi
Penghantaran Percuma bernilai RM10
Khidmat nasihat semasa pantang panduan penggunaan produk Nona Roguy
atau
Perkhidmatan pembayaran secara kad kredit boleh dibuat bagi pelanggan yang datang ke kedai kami di Kota Damansara. Tiada bayaran kad kredit secara online
Kami turut memberikan khidmat konsultan kepada mereka yang memerlukannya
Perlukan bengkung/barut? Dapatkan di www.mybengkung.com
Perhatian!
Bengkung Mia bukan produk Nona Roguy. Hanya boleh didapati di sini sahaja.
Mama N Damia Enterprise (001762150-T)
dahulu Sharipah Nor Irma Enterprise
B-15-1, Blok B, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
e-mail - sales@mamadamia.com
atau sales@nonaku.com
tel/fax - 03-6141 8544
tel bimbit - 012-2966 224
dahulu Set Herbanika Bersalin Nona Roguy
Semuanya dalam satu pek pada harga yang berpatutan RM365
* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm
* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm
Kini anda....
Tunggu Dulu! Anda juga akan mendapat bonus-bonus berikut secara PERCUMA
Set Herbanika Bersalin Nona Roguy(NR)
bernilai RM375 pada harga RM315 * sahaja |
atau
Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR) & Bengkung Mia 1.Set Bersalin Nona Roguy 2. Daftar ahli 3. Bengkung Mia 4.Cara rawatan semasa berpantang bersalin 5. Resepi-resepi makanan ketika pantang bersalin 6. Penghantaran percuma
Untuk maklumat lanjut Bengkung Mia sila layari www.mybengkung.com bernilai dari RM415 pada harga dari RM350 * sahaja |
* Belian ini adalah pada harga ahli. Anda perlu mendaftar menjadi ahli sebanyak RM15 untuk seumur hidup. Bagi ahli sedia ada, dikurangkan pembayaran ahli sebanyak RM15. Contohnya Set Nona Roguy (NR) berharga RM315, perlu bayar RM300 sahaja
Set Bersalin ini adalah untuk kegunaan 1 bulan (kecuali Phytonatal cukup untuk 44 hari).
Untuk pilihan 44 hari atau 100 hari sila klik di sini

Set Bersalin ini adalah untuk kegunaan 1 bulan (kecuali Phytonatal cukup untuk 44 hari).
Untuk pilihan 44 hari atau 100 hari sila klik di sini
Agensi Berdaftar Nona Roguy (NR)
Sharifah Nor Irma Dariah adalah agensi yang berdaftar dengan Nona Roguy (NR) dan telah menyertai kursus cara rawatan yang dianjurkan oleh pihak Nona Roguy(NR).
Kami juga turut menjual produk-produk Nona Roguy (NR) lain. Stok adalah sentiasa tersedia untuk dijual. Jika tiada stok, pemberitahuan akan dinyatakan di laman web ini. Untuk mendapatkan maklumat produk-produk lain dan harganya sila lihat di bawah.
Kepada mereka yang bukan ahli, untuk mendapatkan pada harga ahli bolehlah mendaftar sebanyak RM10 seumur hidup. Pendaftaran adalah perlu berserta belian pada harga ahli. Kad akan disertakan bersama-sama pesanan produk.
Bersama Datin Sharifah Anisah Barakbah ketika menerima
Penganugerahan Jualan Agensi-Ajensi Tertinggi Seluruh Malaysia 2009
Penjagaan kesihatan adalah proses berterusan. Amalan penjagaan kesihatan sepatutnya bukan untuk waktu tertentu sahaja seperti ketika berpantang. Badan kita sentiasa mengalami perubahan, jadi jika tidak dijaga dari segi pemakanan dan bersenam, kita akan tetap mengalami masalah dengan badan kita. Contohnya, selepas tamat tempoh berpantang, badan kita kembali ke bentuk asal yang menawan dengan penjagaan yang sempurna. Tetapi jika kita tidak menjaga pemakanan, berat badan akan mula naik dan mungkin menimbulkan penyakit berkaitan makanan.
Produk Nona Roguy (NR) juga sesuai untuk pelbagai kegunaan. Boleh digunakan untuk penjagaan kesihatan untuk wanita berpantang atau untuk kegunaan harian. Juga sesuai untuk lelaki. Untuk mendapatkan penggunaan lain sila klik di sini.
Produk Baru NR
Produk NR Nu3med(di sebut Nu three med), memberi tenaga segera serta menyegarkan tubuh badan serta memulihkan luka dan tisu, sesuai untuk kegunaan ibu dalam pantang. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.
Sharifah Nor Irma Dariah adalah agensi yang berdaftar dengan Nona Roguy (NR) dan telah menyertai kursus cara rawatan yang dianjurkan oleh pihak Nona Roguy(NR).
Kami juga turut menjual produk-produk Nona Roguy (NR) lain. Stok adalah sentiasa tersedia untuk dijual. Jika tiada stok, pemberitahuan akan dinyatakan di laman web ini. Untuk mendapatkan maklumat produk-produk lain dan harganya sila lihat di bawah.
Kepada mereka yang bukan ahli, untuk mendapatkan pada harga ahli bolehlah mendaftar sebanyak RM10 seumur hidup. Pendaftaran adalah perlu berserta belian pada harga ahli. Kad akan disertakan bersama-sama pesanan produk.
Bersama Datin Sharifah Anisah Barakbah ketika menerima
Penganugerahan Jualan Agensi-Ajensi Tertinggi Seluruh Malaysia 2009
Penjagaan kesihatan adalah proses berterusan. Amalan penjagaan kesihatan sepatutnya bukan untuk waktu tertentu sahaja seperti ketika berpantang. Badan kita sentiasa mengalami perubahan, jadi jika tidak dijaga dari segi pemakanan dan bersenam, kita akan tetap mengalami masalah dengan badan kita. Contohnya, selepas tamat tempoh berpantang, badan kita kembali ke bentuk asal yang menawan dengan penjagaan yang sempurna. Tetapi jika kita tidak menjaga pemakanan, berat badan akan mula naik dan mungkin menimbulkan penyakit berkaitan makanan.
Produk Nona Roguy (NR) juga sesuai untuk pelbagai kegunaan. Boleh digunakan untuk penjagaan kesihatan untuk wanita berpantang atau untuk kegunaan harian. Juga sesuai untuk lelaki. Untuk mendapatkan penggunaan lain sila klik di sini.
Produk Baru NR
Produk NR Nu3med(di sebut Nu three med), memberi tenaga segera serta menyegarkan tubuh badan serta memulihkan luka dan tisu, sesuai untuk kegunaan ibu dalam pantang. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.
Sila buat pesanan segera di bawah!
Cara pembayaran (Untuk Ahli dan Pendaftaran Ahli Nona Roguy (NR)) Bank In/Transfer Fund - Sila klik 'Beli Bank' untuk belian secara bank in/online banking Cek/Wang Pos - Sila klik 'Beli Pos' untuk belian secara cek/wang pos melalui pos Bukan Ahli Nona Roguy ~ untuk mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapatkan produk pada harga ahli, boleh buat pendaftaran dan pesanan di atas. Ahli Nona Roguy ~ Anda boleh dapatkannya pada harga ahli. ~ Sila sertakan nama dan nombor ahli anda ketika membuat pesanan. |
Perkhidmatan pembayaran secara kad kredit boleh dibuat bagi pelanggan yang datang ke kedai kami di Kota Damansara. Tiada bayaran kad kredit secara online
Kami turut memberikan khidmat konsultan kepada mereka yang memerlukannya
Perlukan bengkung/barut? Dapatkan di www.mybengkung.com
Perhatian!
Bengkung Mia bukan produk Nona Roguy. Hanya boleh didapati di sini sahaja.
Senarai Barangan Nona Roguy (NR) dan Harga
| Produk | Berat | Harga Ahli RM | Harga RM |
| Set Herbanika Bersalin | 6 barang | 300 | 365 |
| Akar Herbanika | 30 paket uncang | 80 | 100 |
| Akar Herbanika | 15 paket uncang | 55 | 70 |
| Minyak Herbanika | 260 ml | 85 | 105 |
| Minyak Herbanika | 130 ml | 58 | 68 |
| Herbanika Barut | 150 gm | 50 | 60 |
| Krim Herbanika Barut | 60 gm | 45 | 55 |
| Herbanika Lulur | 150 gm | 50 | 60 |
| PhytoNatal | 180 biji | 180 | 205 |
| PhytoNatal | 90 biji | 100 | 140 |
| Uncang Cuci Herbanika | 15 paket uncang | 85 | 100 |
| Minyak Berubat Herba (dahulu Minyak Mustajab) | 130 ml | 27 | 33 |
| Barra Gel | 200 ml | 25 | 30 |
| Sabun Dhia | 10 | 12 | |
| PhytoCleanse | 30 biji | 60 | 75 |
| PhytoCleanse Plus | 30 biji | 70 | 88 |
| Phytox | 30 biji | 70 | 88 |
| Phytovagin Gel | 50 | 60 | |
| PhytoRoots | 15 uncang | 60 | 70 |
| Krim Syifa' | 150 gm | 100 | 120 |
| Madu Tenaga Segar | 90 gm | 55 | 65 |
| Madu Nona Harmonis | 90 gm | 55 | 65 |
| Mustajab Balm | 7 gm | 12 | 15 |
| PhytoCleanse | 10 biji | 25 | 30 |
| PhytoCleanse Plus | 10 biji | 29 | 33 |
| Phytox | 10 biji | 29 | 33 |
| Lawas Angin | 105 gm | 48 | 58 |
| Lawas Kencang | 105 gm | 48 | 58 |
| Lawas Segar | 105 gm | 48 | 58 |
| Nu3med | 10 gm | 24 | 26 |
Penghantaran - Malaysia
- Kos penghantaran bagi Pakej Set Bersalin Nona Roguy (NR) dan belian melebihi RM 100 adalah Percuma bagi Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak dikenakan kos sebanyak RM 5 sahaja
- Kos penghantaran bagi belian Nona Roguy (NR) di bawah harga RM 100 adalah RM 5 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 7 bagi Sabah dan Sarawak
- Sila beri masa 2 - 3 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 3 - 5 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak untuk penerimaan selepas pesanan diterima dan pengesahan bayaran dibuat
- Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan perlu ada penerima yang akan menandatangani pengesahan pesanan anda diterima. Ini adalah bagi memastikan pesanan anda diterima pada masanya. Kelewatan disebabkan masalah ini adalah tanggungjawab anda.
- Sekiranya pesanan tidak dapat disampaikan, kami akan berikan no rujukan dan perlu hubungi sendiri pihak pos untuk membuat temujanji penghantaran semua. Kami tidak dapat membuat temujanji semula, ini peraturan pihak Poslaju
- Sebarang perubahan perlu diberitahu dengan menghubungi kami melalui telefon sebelum 1 petang, penghantaran akan dibuat selepas 1 petang. Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami hanya dapat memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status.
- Pesanan yang dihantar telah dipastikan dalam keadaan elok dan baik. Sila pastikan pesanan anda diterima dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan pesanan perlu diberitahu dengan segera selepas penerimaan.Sekiranya pesanan telah rosak disebabkan kecuaian kami atau ketika dalam perjalanan, kami akan menggantikannya dengan segera. Jika selepas 2 hari kami mengganggap kerosakan itu bukan kesilapan kami.
- Resit asal akan disertakan bersama-sama produk anda.
Mama N Damia Enterprise (001762150-T)
dahulu Sharipah Nor Irma Enterprise
B-15-1, Blok B, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
e-mail - sales@mamadamia.com
atau sales@nonaku.com
tel/fax - 03-6141 8544
tel bimbit - 012-2966 224
Friday, 30 September 2011
Masalah-masalah dalam pantang
Masalah-masalah dalam pantang
Darah Nifas
Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim.
Tumpah Darah
Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.
Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.
Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.
Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:
Pertama: Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.
Kedua: Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.
Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing
Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.
Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu.
Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim
Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.
Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.
Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.
Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.
Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.
Lendir
ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.
Masalah Buah Dada
Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.
Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.
Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu.
Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini.
Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.
Masalah Emosi
Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.
Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.
Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.
Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.
Apa sebenarnya meroyan
Apa sebenarnya meroyan
Gila meroyanMENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.
Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan.
Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak.
Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka.
Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak.
Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa.
Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga.
Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.
Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.
Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.
Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah.
Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:
- Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
- Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
- Pertambahan tanggungjawab.
- Tekanan.
- Kurang sokongan keluarga.
- Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
- Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
- Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.
- Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya).
- Terlalu lesu.
- Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
- Tidak boleh tidur malam (insomnia).
- Sedih keterlaluan
- Menangis tanpa sebab.
- Resah gelisah
- Berasa diri tidak berharga
- Sentiasa berasa bersalah
- Emosi mudah terganggu
- Hilang selera
- Tidak boleh menumpukan perhatian.
- Hilang pertimbangan
- Berasa benci kepada anak
- Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang terkenal)
- Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib)
- Terlintas mahu membunuh diri
“Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami masalah kemurungan. Jika seseorang wanita mengalami kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko tinggi mengalami masalah sama pada kehamilan seterusnya dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus.
“Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko tinggi dan keadaan mereka dipantau sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru dengan kesedihan selepas bersalin atau dipanggil ‘baby blues’. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab, tetapi masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau tujuh hari,” katanya.
Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah ‘baby blues’. Ia masalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya ialah rasa tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis, berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi cepat berubah.
Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang banyak selepas bersalin dan akan hilang beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.
Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga disaran segera membawa isteri mendapatkan rawatan.
“Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga, terutama suami, sangat penting. Suami perlu beri kerjasama menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar lampin, supaya isteri boleh mendapat tidur yang cukup.
“Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Apabila ini berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat kerana pesakit tidak dapat mengawal perasaan dan dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran,” katanya.
Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat menyusukan bayi kerana ada perasaan benci atau menganggap anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan sempurna atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri.
Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak dikehendaki juga boleh menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin.
Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa menganggap setiap anak sebagai anugerah dan sikap ini membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan postpartum. Ini juga sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga — bukan sekadar memberi peluang anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat secukupnya.
Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga berisiko tinggi mengalami kemurungan postpartum. Bagi kes sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat.
Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester pertama untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi.
Rawatan
Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Namun secara purata pesakit perlu menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan hingga dua tahun. Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan atau antipsikotik — tertakluk kepada masalah setiap individu.
Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru, beliau menyarankan setiap pasangan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata.
Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga amalan baik untuk memberikan badan wanita pulih secukupnya selepas bersalin kali pertama.
“Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persediaan, belajar ilmu keibubapaan.
“Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membantu masalah ini,” katanya
Jagaan Selepas Mengandung
Jagaan Selepas Mengandung
Apa akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit jantung semasa hamil ?Penyakit jantung boleh membebankan kehamilan. Perubahan peredaran darah akan menambahkan lagi bebanan pada jantung. Semasa hamil, jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa untuk membekalkan oksigen dan juga nutrien terutamanya kepada bayi di dalam kandungan. Di pertengahan kehamilan, jantung bekerja 50% lebih keras berbanding jantung wanita yang tidak hamil. Mujurlah jantung yang sihat dan normal masih mampu mengatasi bebanan yang meningkat yang disebabkan oleh kehamilan. Tetapi bagi jantung yang bermasalah atau berpenyakit, ia tidak mungkin dapat menahan bebanan ini. Oleh sebab itu, wanita yang mempunyai masalah jantung perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil keputusan untuk mengandung.
Apakah penyebab penyakit jantung semasa hamil ?
Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.
Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman. Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.
Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai “muram hari ketiga” (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan. Gejalanya:
| • | Terasa sedih dan sugul. |
| • | Kerengsaan dan keletihan. |
| • | Tidak boleh tidur. |
| • | Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut. |
Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)

