Wednesday, 5 October 2011

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda
Kiriman: kaknita pada Jumaat, 01 April, 2011 - 04:31 PM CCT
Keluarga & Seks Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...
2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.
4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.
5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.
6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.
7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.
8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.
9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.
10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

7 SEBAB ISTERI BOSAN DIRANJANG

7 SEBAB ISTERI BOSAN DIRANJANG

Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang ‘itu-itu saja’. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami.
Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.
Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai siteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.

1. Tindakan Mudah Dijangka.
Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat ‘hot’ adalah anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda menjaga suasana seks tetap segar.

2. Takut Cuba Perkara Baru.
Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.

3. Terlalu Kerap.
Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.

4. Lokasi Yang Sama.
Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hotel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.

5. Sunyi Tanpa Suara.
Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak, jiran tetangga atau sekampung.

6. Tiada Posisi Baru.
Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.

7. Kekasaran.
Jika selalunya anda hanya terus ‘menerkam’ isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk bercinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.
Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang “spontan dan tak terduga”.

Monday, 3 October 2011

Set Bersalin Jamu Mak Dara

Set Bersalin Jamumakdara

RM350.00


Amalam berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun temurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum.Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Set bersalin ibu halimah ini merangkumi:-
  1. JMD gold = 4 btl
  2. losyen ibu halimah
  3. bedak sejuk
  4. rempah mandi
  5. bengkung
  6. lulur kopi
  7. tungku kukus herba 
  8. bauan herba.

*Tip Ibu Halimah
  • Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
  • Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
  • Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
  • Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
  • Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk  mengelakkan kerosakan faraj.
  • Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
  • Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
  • Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
  • Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit

Set Bersalin Nona Roguy(NR)

SET HERBANIKA BERSALIN NR

dahulu Set Herbanika Bersalin Nona Roguy

Set Bersalin Nona Roguy (NR)



Semuanya dalam satu pek pada harga yang berpatutan RM365

    * PhytoNatal - 90 biji
    * Akar Herbanika - 10 paket
    * Minyak Herbanika - 100 ml
    * Herbanika barut (krim) - 60gm
    * Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
    * Herbanika Lulur - 100gm


Kini anda....

 Boleh lupakan kesesakan lalu lintas, masalah meletak kereta atau mencari kedai yang menjualnya.

  Permudahkan urusan anda terutama kepada yang sedang sarat mengandung atau yang kesuntukan masa.

  Boleh membeli pada bila-bila masa mengikut kelapangan melalui internet

 Dan pesanan akan sampai ke tempat anda ...


Tunggu Dulu! Anda juga akan mendapat bonus-bonus berikut secara PERCUMA

 Cara rawatan lengkap produk semasa berpantang bersalin
Booklet tip berpantang, resepi-resepi dan tip penjagaan bayi
 Penghantaran Percuma bernilai RM10
Khidmat nasihat  semasa pantang panduan penggunaan produk Nona Roguy


Set Herbanika Bersalin Nona Roguy(NR)
1. Set Bersalin Nona Roguy 
2. Daftar ahli
3. Cara rawatan semasa berpantang bersalin
4. Resepi-resepi makanan ketika pantang bersalin
5. Penghantaran percuma
bernilai RM375 pada harga RM315 * sahaja 

atau

Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR) & Bengkung Mia
1.Set Bersalin Nona Roguy
2. Daftar ahli
3. Bengkung Mia
4.Cara rawatan semasa berpantang bersalin
5. Resepi-resepi makanan ketika pantang bersalin
6. Penghantaran percuma
Jenis Bengkung Set Nona Roguy + Bengkung Mia
RM
Bengkung Roda Mia Nipis 45cm
Biasa RM425, di sini RM360 
Bengkung Roda Mia Tebal 45cm
Biasa RM435 di sini  RM370 
Bengkung Roda Mia Nipis 55cm
Biasa RM430, di sini RM365 
Bengkung Roda Mia Tebal 55cm
Biasa RM440, di sini RM375 
Bengkung Tali Mia 45cm
Biasa RM430, di sini RM365 
Bengkung Tali Mia 55cm
Biasa RM435 di sini RM370 
Bengkung Lilit Mia 12m
Biasa RM415, di sini RM350 
Untuk maklumat lanjut Bengkung Mia sila layari www.mybengkung.com
 bernilai dari RM415 pada harga dari RM350 * sahaja
* Belian ini adalah pada harga ahli. Anda perlu mendaftar menjadi ahli sebanyak RM15 untuk seumur hidup. Bagi ahli sedia ada, dikurangkan pembayaran ahli sebanyak RM15. Contohnya Set Nona Roguy (NR) berharga RM315, perlu bayar RM300 sahaja

Set Bersalin ini adalah untuk kegunaan 1 bulan (kecuali Phytonatal cukup untuk 44 hari).
Untuk pilihan 44 hari atau 100 hari sila klik di sini




                   Agensi Berdaftar Nona Roguy (NR)

    Sharifah Nor Irma Dariah adalah agensi yang berdaftar dengan Nona Roguy (NR) dan telah menyertai kursus cara rawatan yang dianjurkan oleh pihak Nona Roguy(NR).


    Kami juga turut menjual produk-produk Nona Roguy (NR) lain. Stok adalah sentiasa tersedia untuk dijual. Jika tiada stok, pemberitahuan akan dinyatakan di laman web ini.  Untuk mendapatkan maklumat produk-produk lain dan harganya sila lihat di bawah.

    Kepada mereka yang bukan ahli, untuk mendapatkan pada harga ahli bolehlah mendaftar sebanyak RM10 seumur hidup. Pendaftaran adalah perlu berserta belian pada harga ahli. Kad akan disertakan bersama-sama pesanan produk.



    Bersama Datin Sharifah Anisah Barakbah ketika menerima
    Penganugerahan Jualan Agensi-Ajensi Tertinggi Seluruh Malaysia 2009



Penjagaan kesihatan adalah proses berterusan. Amalan penjagaan kesihatan sepatutnya bukan untuk waktu tertentu sahaja seperti ketika berpantang. Badan kita sentiasa mengalami perubahan, jadi jika tidak dijaga dari segi pemakanan dan bersenam, kita akan tetap mengalami masalah dengan badan kita.  Contohnya, selepas tamat tempoh berpantang, badan kita kembali ke bentuk asal yang menawan dengan penjagaan yang sempurna. Tetapi jika kita tidak menjaga pemakanan, berat badan akan mula naik  dan mungkin menimbulkan penyakit berkaitan makanan.

Produk Nona Roguy (NR) juga sesuai untuk pelbagai kegunaan.  Boleh digunakan untuk penjagaan kesihatan untuk wanita berpantang atau untuk kegunaan harian. Juga sesuai untuk lelaki.  Untuk mendapatkan penggunaan lain sila klik di sini.

Produk Baru NR
Produk NR Nu3med(di sebut Nu three med), memberi tenaga segera serta menyegarkan tubuh badan serta memulihkan luka dan tisu, sesuai untuk kegunaan ibu dalam pantang. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.


Sila buat pesanan segera di bawah!
Cara pembayaran (Untuk Ahli dan Pendaftaran Ahli Nona Roguy (NR))
 Bank In/Transfer Fund
- Sila klik 'Beli Bank' untuk belian secara bank in/online banking

Cek/Wang Pos
- Sila klik 'Beli Pos' untuk belian secara cek/wang pos melalui pos
Bukan Ahli Nona Roguy
~ untuk mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapatkan produk pada harga ahli, boleh buat pendaftaran dan pesanan  di atas.
Ahli Nona Roguy
~ Anda boleh dapatkannya pada harga ahli.
~ Sila sertakan nama dan nombor ahli anda ketika membuat pesanan.


Cara pembayaran (Untuk belian tidak mendaftar sebagai ahli)

~ sila klik di sini

Perkhidmatan pembayaran secara kad kredit boleh dibuat bagi pelanggan yang datang ke kedai kami di Kota Damansara. Tiada bayaran kad kredit secara online

Kami turut memberikan khidmat konsultan kepada mereka yang memerlukannya

Perlukan bengkung/barut? Dapatkan di www.mybengkung.com

Perhatian!

Bengkung Mia bukan produk Nona Roguy. Hanya boleh didapati di sini sahaja.

Senarai Barangan Nona Roguy (NR) dan Harga


Produk Berat Harga Ahli
RM
Harga
RM
Set Herbanika Bersalin  6 barang 300 365
Akar Herbanika 30 paket uncang 80 100
Akar Herbanika 15 paket uncang 55 70
Minyak Herbanika 260 ml 85 105
Minyak Herbanika 130 ml 58 68
Herbanika Barut  150 gm 50 60
Krim Herbanika Barut  60 gm 45 55
Herbanika Lulur 150 gm 50 60
PhytoNatal  180 biji 180 205
PhytoNatal 90 biji 100 140
Uncang Cuci Herbanika 15 paket uncang 85 100
Minyak Berubat Herba (dahulu Minyak Mustajab) 130 ml 27 33
Barra Gel 200 ml 25 30
Sabun Dhia 
10 12
PhytoCleanse 30 biji 60 75
PhytoCleanse Plus 30 biji 70 88
Phytox 30 biji 70 88
Phytovagin Gel
50 60
PhytoRoots 15 uncang 60 70
Krim Syifa' 150 gm 100 120
Madu Tenaga Segar 90 gm 55 65
Madu Nona Harmonis 90 gm 55 65
Mustajab Balm 7 gm 12 15
PhytoCleanse 10 biji 25 30
PhytoCleanse Plus 10 biji 29 33
Phytox 10 biji 29 33
Lawas Angin 105 gm 48 58
Lawas Kencang 105 gm 48 58
Lawas Segar 105 gm 48 58
Nu3med 10 gm            24            26


Penghantaran - Malaysia
  • Kos penghantaran bagi Pakej Set Bersalin Nona Roguy (NR) dan belian melebihi RM 100 adalah Percuma bagi Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak dikenakan kos sebanyak RM 5 sahaja
  • Kos penghantaran bagi belian Nona Roguy (NR) di bawah harga RM 100 adalah RM 5 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 7 bagi Sabah dan Sarawak
  • Sila beri masa 2 - 3 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 3 - 5 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak untuk penerimaan selepas pesanan diterima dan pengesahan bayaran dibuat
  • Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan perlu ada penerima yang akan menandatangani pengesahan pesanan anda diterima. Ini adalah  bagi memastikan pesanan anda diterima pada masanya. Kelewatan disebabkan masalah ini adalah tanggungjawab anda.
  • Sekiranya pesanan tidak dapat disampaikan, kami akan berikan no rujukan dan perlu hubungi sendiri pihak pos untuk membuat temujanji penghantaran semua. Kami tidak dapat membuat temujanji semula, ini peraturan  pihak Poslaju
  • Sebarang perubahan perlu diberitahu dengan menghubungi kami melalui telefon sebelum 1 petang, penghantaran akan dibuat selepas 1 petang. Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami hanya dapat memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status.
  • Pesanan yang dihantar telah dipastikan dalam keadaan elok dan baik. Sila pastikan pesanan anda diterima dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan pesanan perlu diberitahu dengan segera selepas penerimaan.Sekiranya pesanan telah rosak disebabkan kecuaian kami atau ketika dalam perjalanan, kami akan menggantikannya dengan segera. Jika selepas 2 hari kami mengganggap kerosakan itu bukan kesilapan kami.
  • Resit asal akan disertakan bersama-sama produk anda.
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi -

Mama N Damia Enterprise (001762150-T)
dahulu Sharipah Nor Irma Enterprise
B-15-1, Blok B, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor

e-mail - sales@mamadamia.com

atau sales@nonaku.com

tel/fax - 03-6141 8544
tel bimbit - 012-2966 224

Sunday, 2 October 2011

Exam lagi...

Alhamdurillah arini aku ngan Kak Litta berjaya jugak exam untuk kenaikan  pangkat tapi itu ler keputusan nyer tak tahu lagi....doa banyak2 mudah-2han. Rupa nyer senang sangat aku ingat kan susah exam tu...Kalu tahu dari awal aku ambik...huhuhu kalu dapat nie best nie leh g jalan...cam ner nak g jalan dah nak bersalin dah nie...waktu exam tadi nampak lak X tunang aku huhuhu...makin sihat siot...tak sangka masih ada bibit tu, siap leh main mata, itu ler padan muka saper suh cri pasal dulu kang dah kena KIV kat aku...still single n lom kawin lagi ....kesian dia...dulu bukan main lagi dipuji nyer pompuan yang tak sehebat aku tu...hahahaha kan dah kena ...

last nyer pompuan tu tinggalkan dia...dah la aku tinggalkan dia yang tu pun tinggalkan dia...sekarang baru nak sengeh2 lak...tak guna dah aku dah ada 2 org anak dia still single lagi...bler aku tanya dia kata serik...aku balas balik...itu ler lain kali setia pada yang satu...pada lelaki kat luar tu hargai lah teman wanita anda sekarang jangan sampai dah kena kebas kat orang baru nak insafi diri....huhu

Friday, 30 September 2011

Masalah-masalah dalam pantang

Masalah-masalah dalam pantang

Darah Nifas
Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim.

Tumpah Darah
Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.
Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.
Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.
Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:
Pertama: Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.
Kedua: Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing
Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.
Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing  yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu.

Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim
Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku  apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.
Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.
Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.
Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.
Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.

Lendir
ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.
Masalah Buah Dada

Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.
Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.
Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu.
Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini.
Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu  menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.

Masalah Emosi
Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.
Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.
Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.
Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.

Apa sebenarnya meroyan

Apa sebenarnya meroyan

Gila meroyan
MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.
Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan.
Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak.
Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka.
Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak.
Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa.
Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga.
Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.
Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.
Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.
Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah.
Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:
  • Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
  • Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
  • Pertambahan tanggungjawab.
  • Tekanan.
  • Kurang sokongan keluarga.
  • Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
  • Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
  • Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.
  • Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya).
Bagaimana hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami masalah ini? Antara simptom meroyan ialah:
  • Terlalu lesu.
  • Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
  • Tidak boleh tidur malam (insomnia).
  • Sedih keterlaluan
  • Menangis tanpa sebab.
  • Resah gelisah
  • Berasa diri tidak berharga
  • Sentiasa berasa bersalah
  • Emosi mudah terganggu
  • Hilang selera
  • Tidak boleh menumpukan perhatian.
Bagi kes lebih serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:
  • Hilang pertimbangan
  • Berasa benci kepada anak
  • Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang terkenal)
  • Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib)
  • Terlintas mahu membunuh diri
“Kemurungan postpartum biasanya berlaku selepas beberapa hari melahirkan anak dan ia berlanjutan sehingga melebihi dua minggu. Wanita yang mempunyai sejarah kemurungan berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini.
“Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami masalah kemurungan. Jika seseorang wanita mengalami kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko tinggi mengalami masalah sama pada kehamilan seterusnya dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus.
“Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko tinggi dan keadaan mereka dipantau sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru dengan kesedihan selepas bersalin atau dipanggil ‘baby blues’. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab, tetapi masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau tujuh hari,” katanya.
Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah ‘baby blues’. Ia masalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya ialah rasa tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis, berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi cepat berubah.
Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang banyak selepas bersalin dan akan hilang beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.
Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga disaran segera membawa isteri mendapatkan rawatan.
“Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga, terutama suami, sangat penting. Suami perlu beri kerjasama menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar lampin, supaya isteri boleh mendapat tidur yang cukup.
“Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Apabila ini berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat kerana pesakit tidak dapat mengawal perasaan dan dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran,” katanya.
Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat menyusukan bayi kerana ada perasaan benci atau menganggap anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan sempurna atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri.
Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak dikehendaki juga boleh menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin.
Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa menganggap setiap anak sebagai anugerah dan sikap ini membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan postpartum. Ini juga sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga — bukan sekadar memberi peluang anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat secukupnya.
Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga berisiko tinggi mengalami kemurungan postpartum. Bagi kes sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat.
Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester pertama untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi.
Rawatan
Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Namun secara purata pesakit perlu menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan hingga dua tahun. Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan atau antipsikotik — tertakluk kepada masalah setiap individu.
Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru, beliau menyarankan setiap pasangan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata.
Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga amalan baik untuk memberikan badan wanita pulih secukupnya selepas bersalin kali pertama.
“Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persediaan, belajar ilmu keibubapaan.
“Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membantu masalah ini,” katanya

Jagaan Selepas Mengandung

Jagaan Selepas Mengandung

Apa akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit jantung semasa hamil ?
Penyakit jantung boleh membebankan kehamilan. Perubahan peredaran darah akan menambahkan lagi bebanan pada jantung. Semasa hamil, jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa untuk membekalkan oksigen dan juga nutrien terutamanya kepada bayi di dalam kandungan. Di pertengahan kehamilan, jantung bekerja 50% lebih keras berbanding jantung wanita yang tidak hamil. Mujurlah jantung yang sihat dan normal masih mampu mengatasi bebanan yang meningkat yang disebabkan oleh kehamilan. Tetapi bagi jantung yang bermasalah atau berpenyakit, ia tidak mungkin dapat menahan bebanan ini. Oleh sebab itu, wanita yang mempunyai masalah jantung perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil keputusan untuk mengandung.
Apakah penyebab penyakit jantung semasa hamil ?

1.
Penyakit Jantung Kongenital (wujud sejak lahir) ataupun perolehan (diperolehi selepas dilahirkan).


2.
Ubat yang digunakan mungkin menyebabkan kegagalan jantung untuk memampasi fungsinya, seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelahiran pramatang.


3.
Masalah yang berkaitan dengan jantung yang mungkin berlaku pada wanita yang sihat seperti komplikasi Praeklampsia dan juga sesetengah jenis penyakit Kardiomiopati (kelemahan otot jantung).

Penyakit Jantung Reumatik
Pada penyakit ini, injap jantung yang menyempit atau mengalami kecacatan menimbulkan masalah. Peningkatan kadar denyutan jantung, penambahan isi padu darah dan bebanan kerja yang berlaku semasa hamil akan memburukkan lagi keadaan berbanding dengan kehamilan yang sihat dan normal.
Penyakit Jantung Kongenital
Jika kecacatan jantung yang dihidapi itu tidak mewujudkan sebarang gejala sebelum kehamilan, maka kehamilan ini tidak akan banyak menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, jika kecacatan itu memberi kesan pada bahagian kanan jantung dan juga paru-paru, pesakit mungkin akan jatuh pengsan atau meninggal dunia selepas kelahiran. Ini kerana ibu tersebut mungkin menghadapi sianosis (tidak cukup oksigen) yang disebabkan oleh gangguan pada proses pengoksigenan darah. Ibu tersebut mungkin tidak menerima oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya semasa pelahiran.

Prolaps Injap Mitral
Pada penyakit ini, gejalanya termasuklah:
• Deruan jantung.
• Debaran.
• Rentak jantung yang tidak seragam.

Apakah faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit jantung semasa hamil?

Wanita yang telah menghidap penyakit jantung sebelum ia hamil berisiko tinggi untuk menghadapi kesulitan semasa mengandung. Terdapat beberapa faktor lain yang boleh memburukkan lagi gejala dan komplikasi. Antaranya:

• Jangkitan.
• Tekanan darah tinggi.

• Kegemukan.
• Kehamilan kembar.
• Anemia (masalah kurang darah).
• Gangguan rentak jantung.
• Hipertiroidisma.


Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah jantung, kehadiran faktor- faktor risiko ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah berkaitan dengan jantung semasa hamil.


Penyusuan susu ibu


Sejurus selepas bersalin, suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak. Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital. Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga. Setelah keluar dari hospital, pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi. Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.



Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir. Berat badannya akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian. Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat. Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing. Payudara, abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda dan PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya. Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.

Senaman selepas bersalin

Selepas bersalin perut ibu akan mengeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj. Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas. Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman yang penting yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organorgan seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organorgan ini dipulihkan kembali setelah mengalami kelasakan bersalin.

Lelehan dari faraj

Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua. Gunakan lampin bersalin atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin. Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.


Kesakitan

Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air suam. Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit.

Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.

Diet

Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman. Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.

Kemurungan selepas bersalin (Meroyan)

Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai “muram hari ketiga” (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan. Gejalanya:

• Terasa sedih dan sugul.
• Kerengsaan dan keletihan.
• Tidak boleh tidur.
• Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.


Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.


Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.

Bila lelaki ‘bersalin’

Bila lelaki ‘bersalin’

Bila lelaki ‘bersalin’
SESUATU yang paling menggembirakan pasangan suami isteri khususnya suami apabila diberitahu mereka bakal menimang cahaya mata.
Seronoknya bukan kepalang, bagaikan tidak sabar-sabar mendengar tangisan dan rengekan si comel.
Menceriakan isteri andai si suami terus bersamanya dari awal mengandung hinggalah saat kelahiran dan bersedia untuk melakukan apa saja bila tiba saat kelahiran itu.
Mereka nampak begitu bersemangat bersama isteri masing-masing mengikuti ceramah yang diberikan. Sekali-sekala terdengar juga deraian ketawa memecah suasana senyap pada bengkel istimewa untuk wanita hamil dan suami.
Pada bengkel ‘Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung’, anjuran Jawatankuasa Laktasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu, ketawa berderai lebih ketara apabila rakan mereka dipanggil menjadi model ibu yang bakal bersalin normal di bengkel tersebut.
Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM, yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan merangkap pengerusi jawatankuasa tersebut, pada pagi itu menjemput seorang peserta untuk menerangkan bagaimana keadaannya bila isteri bersalin normal, melalui pembedahan Caesarean dan bagaimana suami boleh membantu dalam suasana genting itu.
Peserta tersebut yang merupakan pakar psikologi, Alexius Cheang Weng Onn yang begitu sporting orangnya berbaring dan bersedia mendengar arahan Dr. Jamiyah.
Beliau turut belajar senaman pernafasan seperti menarik nafas dan menghembus nafas serta meneran seperti yang dilakukan wanita ketika bersalin.
“Oh…, payah juga untuk berbuat begitu dan yang jelas bukan senang menjadi ibu. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui selepas bengkel tersebut.
Apa pun, kebanyakan suami dan isteri yang hadir pada kelas itu cukup aktif bertanya soalan demi soalan dalam setiap sesi yang diadakan.
Selain Dr. Jamiyah yang menyentuh mengenai proses mengandung dan kelahiran, turut memberi ceramah pada hari itu ialah Jururawat Laktasi, Rohaya Abd. Hamid yang membentangkan ceramah Penyusuan Ibu sementara Jururawat Laktasi, Norazah Zainal bercakap mengenai Penjagaan Ibu dan Bayi.
Pada bengkel tersebut, Dr. Jamiyah menjelaskan secara terperinci mengenai proses kelahiran dan perihal sakit bersalin atau labour.
Kata Dr. Jamiyah, bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada isteri dan juga suami mengenai situasi yang akan berlaku apabila isteri mahu bersalin.
Tambahnya, segala pengetahuan yang ada akan mengelakkan seseorang itu daripada menjadi panik.
“Kita tidak mahu ada suami yang pengsan bila isteri meneran untuk bersalin,” ujarnya yang disambut dengan gelak ketawa yang menggegarkan bengkel tersebut.
Beliau berkata, dalam keadaan isteri bersalin, suami juga perlu bersedia untuk apa juga kemungkinan. Pastinya, kehadiran suami merupakan satu sokongan semangat buat isteri.
“Doktor hanya memudahkan proses kelahiran, kerana kelahiran itu sendiri berlaku secara semula jadi dan jika ada apa-apa masalah berkaitan, pihak perubatan sudah bersedia,” katanya lagi.
Pemeriksaan
Ujarnya, isteri mahupun suami tidak perlu bimbang, kerana semua adalah terkawal apalagi jika mereka melakukan pemeriksaan secara berkala seperti yang disyorkan doktor.
Cuma ada sesetengah kes, timbul pula salah faham apabila ibu meminta dipercepatkan kelahiran selepas melalui labour yang agak panjang.
“Apabila keadaan ini berlaku, pihak doktor atau jururawat akan melihat dulu keadaan ibu sama ada boleh dipercepatkan kelahiran atau sebaliknya.
“Jika rahim dan pintu rahim belum bersedia untuk bersalin, maka ia tidak boleh dipercepatkan kerana ia boleh menyebabkan rahim koyak dan menjejaskan keselamatan ibu dan anak,” kata Dr. Jamiyah lagi.
Begitu juga halnya kalau pesakit memilih untuk mendapatkan rawatan epidural bagi mengurangkan sakit bersalin, semuanya perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak doktor.
Tidak terkecuali, kalau ada yang memilih pembedahan Caesarean sebagai opsyen untuk bersalin kerana tidak mahu bersalin normal.
“Bagaimanapun dalam sesetengah kes, kelahiran secara Caesarean perlu apabila terjadinya komplikasi termasuk tulang pinggul kecil, pintu rahim tidak terbuka atau sakit bersalin yang terlalu lama,” katanya.
Bagi setiap pembedahan yang dilakukan, jelasnya, semua pakar yang berkaitan seperti bius, pakar kanak-kanak dan pakar perunding sakit puan, berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk membantu sekiranya timbul masalah.
“Lantas ibu- ibu tidak perlu bimbang manakala pihak bapa tidak perlu panik kerana proses kelahiran adalah sesuatu yang lumrah, kalau tidak masakan ramai manusia di muka bumi ini,” ujar Dr. Jamiyah tersenyum.
Selepas memperkatakan mengenai kelahiran, para peserta turut didedahkan dengan kepentingan penyusuan ibu dan penjagaan bayi semasa dalam pantang.
Beliau kemudiannya mengingatkan ibu-ibu supaya tidak memakai barang kemas, menghilangkan pengilat kuku (jika mengilat kuku) di jari bila datang ke hospital.
Ini kerana, barang-barang kemas boleh merangsang aliran elektrik semasa melakukan sesuatu pembedahan. Bahan pengilat kuku pula boleh menghalang doktor untuk memeriksa perjalanan darah di bawah kawasan kuku di hujung jari.
Dr. Jamiyah memberitahu, semasa mengalami sakit bersalin, pesakit tidak akan diberikan sebarang makanan kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan sekiranya pesakit mengalami masalah dan perlukan pembedahan. Penghadaman makanan sewaktu proses bersalin adalah lambat.
“Jika didapati ibu tidak boleh melahirkan dengan normal, maka ia perlu dibedah untuk menyelamatkan ibu dan anak.
“Sekiranya makanan diberikan dan tempohnya kurang daripada enam jam, maka dikhuatiri jika berlaku komplikasi sewaktu proses bius (intubation) makanan itu akan mengalir ke paru-paru (aspiration) dan ini bukan sahaja membahayakan ibu, tetapi juga anak.
“Sayangnya ada yang tidak faham dan menganggap kami sengaja tidak mahu memberi makan,” ujar Dr. Jamiyah lagi.
Mesra suami
Apa yang penting dan perlu diketahui adalah selepas proses bersalin selesai, penyusuan ibu perlu dimulakan segera demi kebaikan bayi.
Suami atau keluarga juga perlu memberi galakan kepada ibu agar dia berasa cukup selesa menyusukan bayinya.
Menurut Dr. Jamiyah, pihaknya berasa gembira setiap kali bengkel diadakan kerana sambutan daripada suami isteri begitu menggalakkan.
“Kami ingin mewujudkan suasana ‘mesra suami’ yang akan menguntungkan suami, ibu dan anak.
“Kehadiran suami bukan sahaja memberi semangat malah dapat meringankan kesakitan yang dialami isteri,” kata beliau.
Dr. Jamiyah turut menarik perhatian, jika semuanya berjalan lancar, wad bersalin dan pediatrik PPUM akan menjalani proses pengubahsuaian.
Kerja-kerja pengubahsuaian di bangunan asal akan dijalankan pada pertengahan tahun dan bangunan baru kompleks obstetrik dan pediatrik akan dimulakan pada masa yang sama.
Bangunan obstetrik mempunyai sembilan tingkat termasuk tingkat bawah tanah. Buat masa ini, kapasiti PPUM boleh menampung lebih kurang 900 katil. Apabila kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran kapasiti PPUM bertambah, ia boleh menampung lebih kurang 1,200 katil.
Jika tiada aral, projek tersebut dijangka siap penghujung tahun depan. Apabila semuanya siap kelak, lebih banyak program yang boleh diadakan untuk kepentingan ibu dan anak, ujar beliau.

Thursday, 29 September 2011

Huhuhuu dah tak leh nak upload gambar

Huhuhu sedih nyer pasni dah tak leh nak upload foto lagi dah coz hp yang aku pakai sekarang Hp O2 xder cable la plak...hish tension tul la

Thursday, 22 September 2011

Petua Mudah Bersalin

PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Minum Minyak Tanak --> aku ada buat selusuh pakai minyak, tp tak telan la, sapu kat perut ja, yg minum tu air
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam --> mentah? oohh tak gamak aku nak telan
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


ni aku tambah skit (berdasarkan info yg ku dpt dr source lain, n yg ku buat masa branak Aishah dulu):
  • baca Surah Maryam start from 3rd trimester
  • masa dah contraction (dlm labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
  • mintak maaf kat husband, sbb org ckp kalo byk dosa ngan husband susah branak
  • mkn kurma masa pregnant
  • byk berjalan --> btul ka ni, aku pun tatau...tp time2 mcm ni mmg dah tak larat nak jln, sakit urat
  • byk2 berdoa kpd Tuhan supaya dipermudahkan utk bersalin nanti