hari ini baru buka fb nak baca wall kat dalam tu...tak pasal-pasal jer
ada seorang abg tu menghina orang yang tak tahu saper entah dimasukkan kedalam wall...
bukankan apa yang dimasukkan sume manusia yang menggunakan fb tu akan baca...
ayat dia berbaur sumpah seranah n menghina dengan cacian ...
mungkin kah itu bahasa orang melaka...
pelik tapi benar, yat sendiri pernah dengar kat telinga yat
aduhai keji sungguh bagi yat sumpah seranah yang cam tu...
mana tak keji nyer...
sumpah seranah dia ade ke sebut pasal anu mak orang tu...
pastu sebut pulak binatang kontot tu...
hishhh...tak yah tulis cam gitu kat wall
wat dosa free saper yang baca...
jadilah pengguna websosial yang berkaliber
jangan lah nak seret orang lain dalam masalah yang dihadapi
paling tak pun marah sangat kat orang tu
isytifar banyak2 kan ok
Thursday, 20 June 2013
Wednesday, 5 June 2013
Monday, 3 June 2013
4. MASALAH RUMAH TANGGA DAN PENYELESAIANNYA
TALAK
1.
MAKSUD
·
Bahasa : melepaskan ikatan
·
Istilah : melepaskan ikatan perkahwinan melaui
lafaz talak
2.
HUKUM
·
Wajib :
apabila
terjadi perselisihan antara suami dengan isteri dan tidak
menemui jalan penyelesaian
·
Sunat :
apabila
suami tidak sanggup menanggung nafkah isteri dengan sempurna
/ isteri tidak memelihara kehormatan diri
·
Makruh :
jika suami
menceraikan isteri yang baik
·
Harus :
apabila
tiada persefahaman antara suami dan isteri
·
Haram
jika
menjatuhkan talak yang sedang haid / menjatuhkan talak
ketika isteri suci dan telah disetubuhi pada waktu itu
3.
JENIS-JENIS TALAK
·
Talak raj’i : talak 1 / 2, boleh rujuk
jika belum habis idah)
·
Talak bain : (talak 3 / isteri tebus
talak, tidak boleh rujuk)
·
Talak sunni : talak terhadap isteri ketika sedang suci yang
pernah disetubuhi
·
Talak bid’i : talak terhadap isteri ketika haid yang pernah
disetubuhi / selepas disetubuhi
4.
RUKUN TALAK
·
Suami
·
Isteri
·
Lafaz;
§
Jenis-jenis lafaz;
-
lafaz terang (yang tidak menimbulkan keraguan)
-
lafaz sindiran (tidak jelas dan diragui samada ia
bermaksud cerai / tidak)
5.
BILANGAN TALAK : 3 kali
6.
TALAK TAKLIK :
·
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat
·
Terbahagi kepada 2 :
§
Taklik biasa
-
Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti
suami berkata "jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau
tertalak dengan satu"
-
Talak berlaku jika isteri keluar dari rumah pada
waktu itu
§
Taklik secara khuluk
-
Seperti yang terdapat dalam surat nikah.
-
Akibat talak taklik secara khuluk , suami tidak
boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang
baru.
7.
MENGAPA TALAK DITANGAN LELAKI;
·
lelaki mempunyai hak mengendalikan urusan rumah
tangga
·
lelaki pemimpin keluarga
·
lelaki lebih cermat dan tabah menghadapi kesulitan
8.
HIKMAH TALAK
·
memberi peluang kepada suami isteri menginsafi
kesalahan
·
memberi peluang mencari penghidupan baru
·
sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang
bertengkar
9.
AKIBAT TALAK
·
anak-anak menjadi mengsa dan menghadapi tekanan
·
anak-anak tiada pengawasan
|
|
RUJUK
1.
MAKSUD
·
Bahasa : kembali
·
Istilah : suami mengambil kembali bekas
isterinya yang telah diceraikan dalam masa idah
raj’i.
2.
HUKUM;
·
Wajib :
bagi suami
yang menceraikan salah satu daripada isteri-isterinya dan
dia belum menyempurnakan pembahagian gilirannya.
·
Haram :
jika rujuk
mendatangkan kemudaratan kepada isteri
·
Makruh :
jika perceraian lebih baik dari rujuk
·
Harus :
jika rujuk membawa kebahagiaan kepada isteri dan
keluarganya
3.
RUKUN RUJUK;
·
Suami
·
Isteri
·
Lafaz rujuk
4.
SYARAT RUJUK;
i.
Suami
§
Islam
§
Baligh
§
Berakal
§
Dengan kemahuan sendiri
ii.
Isteri
§
Islam
§
Telah disetubuhi suami
§
Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk
§
Bukan dijatuhkan talak tiga
§
Masih dalam tempoh idah
iii.
Lafaz / sighah
§
Menggunakan lafaz rujuk seperti " aku rujuk engkau
"
§
Tidak bertaklik
§
Tidak ditentukan had masa
5.
HIKMAH RUJUK;
i.
Supaya pasangan dapat membina hidup baru dengan
mengakui kesilapan masing-masing
ii.
Menyambung ikatan kekeluargaan
iii.
Menyelamatkan anak dari terjerumus ke lembah yang
tidak baik
iv.
Mengembalikan ketenteraman jiwa pada suami isteri
|
|
IDAH
1.
MAKSUD :
·
Bahasa : tempoh pengiraan
·
Istilah : tempoh masa larangan berkahwinan yang
wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami
2.
JENIS DAN TEMPOH IDAH :
i.
Idah disebabkan perceraian
a.
Sedang hamil
§
Hingga melahirkan anak
b.
Tidak hamil
§
Tiga kali suci
c.
Putus haidh
§
Tiga bulan
d.
Belum disetubuhi
§
Tiada edah
ii.
Idah disebabkan kematian suami
a.
Hamil
§
Hingga melahirkan anak
b.
Tidak hamil
§
4 bulan 10 hari
c.
Putus haidh
§
4 bulan 10 hari
d.
Belum disetubuhi
§
4 bulan 10 hari
3.
SEBAB PERBEZAAN TEMPOH EDAH :
·
Bagi perempuan bercerai hidup
§
Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil
hubungan dengan bekas suami
§
Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan
kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil
·
Bagi perempuan bercerai mati
§
Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan
·
Bagi perempuan yang belum disetubuhi
§
Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih
suami
4.
HIKMAH IDAH :
·
Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas
suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran
keturunan apabila isteri berkahwinan dengan lelaki lain
·
Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir
dan menyesal terhadap perbuatannya
·
Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan
perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan
masyarakat
·
Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal
dunia dan menjaga perasaan keluarganya terutama isterinya
5.
HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH :
·
Hak semasa idah
§
Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua
-
Masih dibawah tanggungjawab suami
-
Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya (
nafkah, tempat tinggal, pakaian dll )
-
Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya
§
Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain
-
Isteri tidak boleh dirujuk
-
Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal
-
Tidak mendapat hak perwarisan harta
§
Bagi isteri yang kematian suami
-
Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya
·
Hak selepas idah
§
Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami
§
Bebas menetukan kahidupan sendiri
§
Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin
semula
§
Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin
memperisterikannya
6.
PERKARA YANG DILARANG SEMASA IDAH
Dipinang
§
Bagi perceraian hidup
-
Diharamkan sama ada pemingan secara terang /
sindiran
§
Bagi perceraian mati
-
Diharamkan sama ada pemingan secara terang, tetapi
harus secara sindiran
Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami
§
Bagi perceraian hidup
-
Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali
untuk keperluan syarak
§
Bagi perceraian mati
Diharamkan
keluar rumah kecuali untuk keperluan syarak
Menghias diri
§
Bagi perceraian hidup
-
Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika
dalam idah bain disunatkan tidak berhias
§
Bagi perceraian mati
-
Diharamkan berhias
Berkahwin
§
Bagi perceraian hidup
-
Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami
§
Bagi perceraian mati
-
Diharamkan berkahwin
|
FASAKH
1.
MAKSUD : membatalkan nikah dengan kuasa kadi
disebabkan tidak memenuhi syarat syarat pada masa akad nikah
atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami
menuntut cerai
2.
HUKUM : harus , bila ada sebab
3.
SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH :
·
suami tidak memberi nafkah / tempat tinggal / mas
kahwin
·
tidak tahu kedudukan suami
-
suami hilang selama 6 bulan
-
keadaan ini dibolehkan fasakh kerana ia sama
dengan keadaan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin
·
suami berpenyakit yang tidak boleh diubati
·
salah seorang cacat
·
salah seorang dari isteri / suami murtad
·
berlaku persetubuhan syubhat ( salah sangka )
·
suami zalim
·
tidak bernafsu dengan lelaki
·
kecacatan syarie
4.
HIKMAH :
·
mengelakkan kaum wanita teraniaya
·
menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian
·
memberi peluang untuk isteri memilih jalan
hidupnya
|
KHULUK
1.
MAKSUD : perceraian yang diminta oleh isteri
dengan membuat bayaran kepada suami ( TEBUS TALAK )
2.
HUKUM : harus
-
jika isteri berasa tidak sesuai dengan suaminya
-
bimbang berlaku derhaka terhadap suami jika
meneruskan ikatan perkahwinan
3.
AKIBAT : tidak boleh rujuk semula melainkan
dengan akad nikah yang baru
4.
BAYARAN TIDAK DI TETAPKAN:
·
dengan cara suami minta harga
·
persetujuan suami isteri
5.
BAYARAN BOLEH DENGAN
·
nilai mata wang / barang-barang halal, suci,
berharga, bermanfaat
6.
CATATAN
·
khuluk tidak boleh dipaksa oleh orang lain
·
khuluk tidak mengurangi bilangan talak
·
khuluk boleh dilakukan pada masa haid
7.
TUJUAN / HIKMAH DIHARUSKAN :
·
mengelakkan isteri menderhaka
·
beri penghormatan kepada wanita bertindak mengikut
syarak
·
menginsafkan suami / mengelakkan ego suami yang
suka menyalah gunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk
bertindak sesuka hati.
8.
RUKUN
1.
suami
2.
isteri
3.
bayaran yang dipersetujui
4.
ucapan
|
NUSYUZ
1.
MAKSUD :
·
Dari segi bahasa : ingkar
·
Dari sudut istilah : suatu tindakan oleh
isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak
ada alas an munasabah mengikut hukum agama
2.
CONTOH :
1.
keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada urusan
mustahak
2.
tidak mahu layan suami tanpa ada keuzuran
3.
musafir tanpa izin suami
4.
membantah perintah suami yang tidak bertentangan
dengan ajaran islam
5.
berpaling dari suami ( masam muka )
3.
CARA ATASI :
·
menjalankan tanggungjawab masing-masing
·
berunding
·
peka kepada keperluan masing-masing
4.
KEADAAN TIDAK NUSYUZ;
·
tidak sediakan makanan
·
berkata kesat / kurang sopan
5.
GARIS PANDUAN SELESAIKAN MASALAH ISTERI NUSYUZ;
·
nasihat
·
pulau tempat tidur
·
beritahu keluarga isteri
·
pukul dengan tidak mencederakan
·
khidmat nasihat kaunseling islam
|
ZIHAR
1.
MAKSUD :
·
Bahasa : belakang
·
Istilah : suami menyamakan isterinya atau
mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana
perempuan muhram baginya
2.
HUKUM :
·
Haram dan berdosa besar
3.
RUKUN DAN SYARAT
·
Suami
§
Baligh
§
Berakal
§
Sah talak
§
Dengan kemahuan sendiri
·
Isteri
§
Isteri yang sah
§
Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana
anggotanya
·
Orang yang diserupakan dalam zihar
§
Perempuan
§
Perempuan yang muhram dengan sebab nasab,
penyusuan / persemendaan
·
Sighah
§
Jelas dan khusus
§
Jika tidak jelas ia perlu kepada niat atau maksud
ungkapan suami
4.
CARA MENGHINDARI BERLAKUNYA ZIHAR
·
Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah
dan berselisih faham
·
Memahami konsep zihar sebenar
·
Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak
tergesa-gesa menzihar isteri
5.
KIFARAT ZIHAR
·
Memerdekakan seorang hamba
·
Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut
·
Memberi makan kepada 60 orang miskin dengan kadar
secupak bagi setiap seorang
6.
AKIBAT ZIHAR
·
Suami mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar
kerana mengharamakan perkaran yang dihalalkan oleh islam
·
Suami isteri diharamkan melakukan persetubuhan
·
Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri
·
Suami wajib membayar kifarah
|
LI'AN
MAKSUD
Bahasa : laknat
Istilah :
-
sumpah suami yang disandarkan dengan laknat
daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan
tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab
-
sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah
untuk menolak tuduhan zina suaminya
SEBAB BERLAKU LI'AN
Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang
saksi untuk membenarkan tuduhannya
-
Suami boleh disebat 80 kali sebatan jika gagal
membawa saksi
-
Untuk mengelakkan perkara tersebut suami hendaklah
bersumpah li'an untuk membenarkan tuduhannya
-
Isteri juga dikehendaki bersumpah li'an bagi
menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah
PROSES BERLAKU LI'AN
Suami menuduh isteri berzina atau menafikan
keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup
Isteri menolak tuduhan suami dan menuntut
dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya
Hakim memerintahkan dilaksanakan proses lian
v
Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali dengan
tuduhan zina / menafikan keturunan anaknya
§
Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat
Allah jika berdusta
v
Isteri bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali menafikan
tuduhan suaminya
§
Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat
Allah jika berdusta
KESAN LI'AN TERHADAP SUAMI ISTERI
Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an
Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan
bekas isterinya itu selama-lamanya
Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan
qazaf
Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak
tuduhan dengan sumpah li'an
Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi
nasabnya daripada suami yang bersumpah
Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami
tidak menafikan nasabnya
HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN
Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil
dan diredhai Allah
Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar
dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai
Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya
daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina
Subscribe to:
Posts (Atom)