Subang Jaya: “Sebaik terdengar bunyi letupan
kuat, saya bergegas ke tingkat bawah. Pada masa sama, kakak sepupu saya
masuk dalam rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum disusuli adik
saya memegang lengan yang berlubang dengan kesan darah yang banyak.
“Kemudian sepupu perempuan saya pula terpaksa dipapah masuk kerana
kecederaan parah di seluruh muka. Keadaan di lantai ruang tamu pada
ketika itu macam banjir darah,” kata Muhammad Firdaus Mohd Yaacob, 15,
menceritakan kejadian letupan mercun menyebabkan dua cedera manakala
seorang lagi dilaporkan kritikal dalam insiden kira-kira jam 11.30 malam
ketika majlis rumah terbuka di sebuah rumah di Tasik Prima Puchong,
kelmarin.
Muhammad Firdaus berkata, semua mereka yang ada hubungan saudara berkunjung ke rumah bapa Nasha kerana ada membuat rumah terbuka.
ALEYA Alysha berisiko buta mata sebelah kiri selepas terkena letupan mercun.
“Saya dimaklumkan, semua mereka yang cedera ketika itu sedang mencari mercun yang disimpan dalam sebuah almari besi yang diletakkan di dalam garaj di luar rumah.
No comments:
Post a Comment