Terdapat beberapa peruntukan di dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri yang memberi peluang kepada mereka menuntut hak mereka menerusi kuatkuasa undang-undang.
Sebagai
contohnya, dalam Undang-undang Keluarga Islam Selangor (1985) terdapat
beberapa peruntukan membenarkan para isteri menuntut cerai atau fasakh
atau khulu' jika diri mereka teraniaya, menuntut nafkah yang diabaikan
atau tertunggak, menuntut hak penjagaan anak, menuntut harta sepencarian
jika mereka bercerai hidup ataupun mati dan lain-lain (rujuk Bahagian
V, seksyen 49, 58, Bahagian VI, seksyen 59-80, Bahagian VII, seksyen
81-88).
Para
isteri hendaklah mengambil tahu tentang peruntukan-peruntukan tersebut
dan berani menampilkan diri untuk menuntut hak mereka. Maklumat-maklumat seperti ini hendaklah diterapkan lebih awal sebelum
sesuatu pasangan itu berkahwin. Suatu modul ringkas tentang
peruntukan-peruntukan ini wajarlah disampaikan kepada pasangan yang akan
berkahwinan selain hal-hal berkaitan dengn fardu 'ain dan fardu kifayah
yang menjadi asas.
Khidmat guaman
dapat mereka gunakan sebagai saluran yang tepat ketika menuntut hak
mereka jika mereka tidak mampu atau tidak arif mengemukakan aduan atau
berhujah di kamar mahkamah. Mereka juga tidak harus teragak-agak untuk
mengemukakan aduan kepada pihak keselamatan berkaitan apa-apa
penginayaan dan kezaliman menimpa diri mereka tanpa bersifat kasihan
atau kerana takutkan maruah diri atau keluarga sendiri tercabar akibat
tindakan itu. Kelewatan membuat aduan sehingga setelah hilang kesan
pengniayaan atau kegagalan mendapatkan kenyataan doktor berkaitan dengan
kecederaan deraan akan melemahkan hujah mereka di hadapan hakim.
Pelbagai Hak Isteri
Di antara pelbagai hak seorang isteri yang menjadi tanggungjawab suami menyediakannya ialah:
Pelbagai Hak Isteri
Di antara pelbagai hak seorang isteri yang menjadi tanggungjawab suami menyediakannya ialah:
- Hak terhadap pergaulan yang baik (bagi mengelak penderaan emosi),
- Hak terhadap nafkah (zahir),
- Hak terhadap nafkah (batin),
- Hak terhadap giliran bermalam (masa bersama suami),
- 5. Hak mendapatkan bimbingan suaminya dalam pembentukan peribadi dan penghayatan agama (fardu ain dan fardu kifayah),
- Hak terhadap keselamatan dan kehormatan diri, dan
- Hak terhadap pembantu.
Pelbagai Hak Suami
Di
sebalik hak-hak tersebut yang menjadi tanggugnjawab suami terhadap
isterinya, kita perlu fahami bahawa Islam juga telah mengatur beberapa
perkara yang dibebankan ke atas si isteri memenuhinya, antaranya:
- Hak ketaatan dan layanan yang baik,
- Hak keperluan batin,
- Hak kepimpinan rumahtangga, ini termasuk tanpa keluar rumah kecuali dengan keizinannya,
- Hak memberi keizinan mengerjakan ibadat sunat,
- Hak memberi keizinan orang asing memasuki rumah kediaman,
- Hak pemeliharaan maruah dan harta bendanya.
- Hak menerima pembayaran zakat harta isterinya jika berada dalam keadaan kesempitan,
- Hak mengawal hebahan harta isterinya, dan
- Hak terhadap penerimaannya dengan baik,
Disamping itu, terdapat hak terhadap harta sepencarian yang dianggap terbaru di dalam perbincangan ulama' pada masa ini.
Kesimpulan
Dengan
mengenali hak-hak ini yang kesemuanya menjadi tanggungjawab pihak yang
kedua sama ada suami atau isteri dan merealisasikannya dengan baik, maka
kerukunan rumahtangga akan terjamin sepanjang usia. Dengan kedudukan
ini tidak akan ada lagi apa yang dinamakan landing husband atau super
quin dan sebagainya.
Hakim syarie
perlu memahami hak dan tanggungjawab ini ketika menerima aduan mana-mana
pihak, sama ada ianya terlaksana atau tidak, kerana inilah punca
sebenar keretakkan rumahtangga selain campur tangan orang ketiga yang
menjadi racun memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga.
No comments:
Post a Comment