Showing posts with label Asam Garam Rumah Tangga. Show all posts
Showing posts with label Asam Garam Rumah Tangga. Show all posts

Monday, 19 March 2012

Anak Ummi demam lagi

aduhai sayu hati aku tgk anak demam tak baik2, semalam pergi check up kat hospital just nak tahu apa masalah nyer ngan anak aku, tapi xdpat coz result lambat sangat. pening kepala aku. hospital melaka teruk sangat prosedur dia, suka-suka agak2 benda2 yang tiada. dulu kakak angkat aku.dah meninggal dah pun kes nyer dia kata kakak aku demam biasa n biarkan dia tido....kita orang tunggu sampai pagi sorang nurse pun tak sentuh kakak aku n tgk ok atau tak...tup tup pagi nyer doktor pakar datang dia kata kenapa tak maklumkan pada pakar. Nurse kata just demam biasa tapi doktor datang terus jer  karenkan jantung kakak aku. nak buat macam mana dah ketentuan sebenarnya dari malam tadi yang diorg suh tido upanyer tgh nazak. kitaorg xdpt nak bercakap ngan dia coz kena tunggu kat luar. mak masuk sekejap2 sebelah kakak, mak bagitahu arwh xder saper datang tgk pun termasuk nurse yang ada dalam tu. mak tegk muka kakak mak bagitahu nurse yang kakak pernah buat operation kepala sebb jatuh waktu lahir tapi nurse buat tak tahu n suh mak duk luar. mak senyap jer mengikut.

esok doktor maklumkan kakak dah meninggal sejak malam tadi lagi, n xdpt nak selamatkan. abah menangis geram dengan cara pihak hosp. tapi abah tabah sume adalah ketentuan. dah takdir, cuma agak terkilan sume ahli keluarga xdpt bersama arwah sewaktu menghembuskan nafas terakhir gara2 mengikut peraturan pihak hosp. kesal hantar hosp. pun ada jugak....hmmmmmm peristiwa nie dah tujuh tahun berlaku tapi masih segar dalam ingatan aku....

ini sekali lagi aku bawak anak pulak ke hosp yang sama. aduhai berdegup jantung aku teringkatkan sume nie....Allah hu Akhbar kuat kan lah iman ku tabahkan la hatiku.

Tuesday, 6 March 2012

Dapur Inmpian

cuba lihat kat bawah nie....cantik gler kan


nie la dapur impian yang simple lagi memudahkan koaru nak....bukan aper senang nak masak ....bler la dapur impian koaru nak terlaksana nie...tak sabar nyer.....hubbby tolongggggggggg

Wednesday, 5 October 2011

PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI YANG MEMINTA HAKNYA KEPADA SUAMI

Isteri-isteri boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat-peringkat dalam meminta atau mendapatkan haknya daripada suami mereka, antaranya adalah seperti berikut:
1. Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan oleh suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Untuk meminta, tidak sekali. Apatah lagi terhadap perkara-perkara yang tidak perlu. Kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih suka menolong suaminya.
2. Itulah golongan yang bersifat siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini. Macam hendak mencari belerang merah atau mencari gagak putih. Ini adalah perempuan yang luar biasa.
3. Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu (dharuri) sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya. Bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu, dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini. Di zaman orang memburu dunia dan orang memandang dunia adalah segala-galanya.
4. Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu (dharuri) dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal atau kenderaan. Namun kalau suami tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Maka itulah dia golongan orang yang soleh.
5. Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu (dharuri) bahkan yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas dan tidak pernah rasa cukup. Sudah mewah pun rasa tidak cukup. Mahu lagi dan selalu meminta lagi. Kalau tidak diberi, menjadi masalah pula. Dia merungut, marah-marah, sakit hati, merajuk, hingga menjadi masalah di dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami. Apatah lagi dengan Tuhan. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya. Membuatkan suaminya selalu serba salah.

Berbagai-bagai kehendaknya diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakalanya pakaian terpaksa hendak ditukar sebulan atau dua bulan sekali. Asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian, tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumah tangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang, macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan bergelora. Lama-kelamaan bercerai juga.

Kalaupun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak-peranda. Apalah ertinya rumah tangga yang begitu rupa. Di manalah keindahannya lagi? Apalah bahagianya jika gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak yang melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.