ari ini dah 31 Mei, kira dah setengah tahun kita melayari kehidupan
untuk 2013. Musim cuti sekolah kembali dengan jemputan nikah kahwin yang
bersimpang siur. Tak ketinggalan, cuti sekolah tahun ini menyaksikan
beberapa artis akan berkahwin dan bertunang.
Selain Fouziah Gous akan bertunang esok, pelakon Izzue Islam akan
kahwin pada 2 Jun ini di Shah Alam. Selain itu, Budiey dapat tahu, Linda
Hashim dan Beego pula akan bernikah pada 7 Jun depan. Tinggal lebih
kurang seminggu je lagi pasangan ini akan menamatkan zaman solonya.
ambar Kad Jemputan Kahwin Linda Hashim & Beego
Dalam masa ini, sudah pasti Beego dan Linda tengah sibuk menghulurkan
kad jemputan kahwin untuk kawan-kawan artis dan media. Budiey dah
tengok gambar kad jemputan kahwin Linda Hashim & Beego ni, wah,
bukan main hebat lagi temanya. Sesuailah dengan karier mereka yang
bergelumang dengan dunia lakonan.
Beego juga sempat menjemput Perdana
Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Abdul Razak dalam satu
pertemuan. Sebelum ini, Budiey ada menyiarkan gambar-gambar
pra-perkahwinan Beego & Linda.
Khabarnya, sebagai persiapan diri, Linda Hashim banyak melakukan
solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya.
Wah, bagus tu.
Linda turut berdoa agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa
sebarang masalah mengikut perancangan. Selain itu, aktres ini juga
menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga
kesihatannya menjelang majlis tersebut.
Majlis akad nikah pasangan pelakon ini akan diadakan di Masjid Usamah
Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu
di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu
Klang dekat sini bermula pukul 8 malam.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.
Beego dan Linda turut menjemput Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dan isteri beliau ke majlis bersejarah itu nanti. Beego
sendiri yang memberikan kad jemputan kepada Najib ketika di satu majlis
di Putrajaya, sekitar dua bulan lalu.
Difahamkan penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina telah
mengesahkan untuk hadir pada majlis resepsi persandingan mereka selain
bersedia untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu. Mesti happening
kan?
No comments:
Post a Comment