Tips agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik :
1. Untuk wajah,
cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung
dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah,
solat, berzikir dan jangan lupa berdoa.
2. Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat-solat wajib dan
sunat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
Boleh juga
amalkan membaca al-quran kerana al-quran adalah Kalam Allah. didalamnya
terkandung pelbagai hikmah dan khasiat serta ubat untuk pelbagai
penyakit. Firman Allah : "dan ingatlah dengan mengingati ALLAH hati akan
tenang"
3. Untuk pelembab,
agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di
hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', doa ketika melihat cermin
iaitu, "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Untuk
punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
5. Agar tubuh langsing,
mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan
Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang
satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayur-sayuranan,
buah-buahan dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan, dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
No comments:
Post a Comment