Tip-tip untuk semua
BERPUASA
Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu
siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal
nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.
BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum
pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya
mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.
Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat
mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga
seiring dari segi perubatan dan kesihatan.
Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:
- Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.
- Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
- Mengulangi makanan sepanjang malam.
- Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
- Tidur selepas kenyang makan.
Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa.
Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah
kesihatan daripada amalan itu.
Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa
berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih
dan diperbaharui!
Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.
Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan
Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat
tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh
menenangkan perasaan.
Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur.
Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar
untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini
untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.
Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum
daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan
perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah
asli.
Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.
Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa.
Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan
asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.
Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan
susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang
paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang
menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.
Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat
mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging,
hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan
ketika berpuasa.
Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam
bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun
protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan
mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama
lain.
Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-
Fasa pertama. (dua hingga tiga hari)
– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).
Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling
susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa
dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.
Fasa Kedua (asidosis) (tiga hingga 14 hari)
– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.
Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah
puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu
sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.
Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa)
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.
Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.
Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal
makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan
berjalan lancar.
Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai
No comments:
Post a Comment