Bagaikan satu fenomena biasa dewasa ini apabila daya tarikan untuk
memaksa penonton ke panggung acapkali disogokkan dengan menampilkan
wanita seksi dan mengghairahkan.
Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat
Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui
trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dalam keadaan yang
mengghairahkan, berkemban.
Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan
Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan,
Eman Manan dan beberapa nama besar yang lain.
Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks
mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan
pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti menjadi satu cabaran
yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial di
dalam filem arahannya kali ini.
“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin
merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan
juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai
keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan
diterima ramai,” ujar pengarahnya. - Buah Mulut
No comments:
Post a Comment