Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik
Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak
menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz
popular itu.
Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan
Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus
menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru,
Kuala Terengganu.
Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar
sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta
kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur
(LPT).
Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan
hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa
memikirkan keselamatan orang lain.
Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak
memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu
merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang
tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu.
No comments:
Post a Comment