arini balik tengahari masak....
a) ikan goreng
b) ikan lemak cilik padi pucuk ubi kayu
c) sambal sawi
that alll!
Friday, 19 October 2012
lagi-lagi pasal make up....
hmmmm nak wat cam ner yte paling suka bab-bab makeup nie...tapi nak make up sangat kena tengok time rajin......sekarang yte guna empro sebagai mascara
untuk peminat bulu mata tak yah pakai yang palsu yang nie dah cukup cantik n melintikkan mata anda huhuhu...yohoooo la tu....actully ok la sebenarnyer...
janji makeup tak berserabut kat mata nie dah kira ok la tu...
kalu serabut cam bulu itik kat depan mata balingkan jer dalam longkang erk...
yang ini paling best coz dia ader hujung runcing untuk buat garis pada hujung kening mata...tak yah nak guna pencel yang tajam n tak yah nak asah lagi...
untuk peminat bulu mata tak yah pakai yang palsu yang nie dah cukup cantik n melintikkan mata anda huhuhu...yohoooo la tu....actully ok la sebenarnyer...
janji makeup tak berserabut kat mata nie dah kira ok la tu...
kalu serabut cam bulu itik kat depan mata balingkan jer dalam longkang erk...
yang ini paling best coz dia ader hujung runcing untuk buat garis pada hujung kening mata...tak yah nak guna pencel yang tajam n tak yah nak asah lagi...
My Makeup...hari nie lovely day.....happy...
arini yte bli keperluan yte yang dah hbis kire stok la juga benda nie...kalu tak der payah juga sebenar nyer tapi kalu ader lagi ok...huhuhuhu cam ner tu erk....
tak per xyah pening kepala arini yate nak perkenalkan produk baru dari yang memang baru nak test...actualy pernah guna tapi dah keluaran terbaru jadi nak try ok ker tak...
hihihi product dari max factor...hmmmmm ok la jugak rasa nyer , selesa n tak melekit ...n than yte ader di suggstkan beli long lasting nyer produk..
yang ni ader confius dalam pilih colour coz promote yang sebenar dah g rehat jadi yate berminat...yte ambik yang ader cop ivory bawah dia...entah benda aper pun entah...main ambik jer...n sekarang tengah guna ...hmmmm ok juga tak melekit....
bagi memudahkan kemana nak bawak yte suggest beli yang nie
yte dah beli lagi senang tak yah kotorkan tangan n senang nak bawak memana...siap ader span kat dlm. yate suka pakai yang nie...memana pun senang n mudah to carring. selain tu dear ader kasi kat yte sample
alamak ai sengek pulak...banyak pulak tu sample nyer...boleh pakai berbulan nie....
jadi untuk mudah kan pemakeupan yet beli brush dari ecotool ....hmmmm lembut sangat bulu brush nie
hmmmm buat mase nie ...ini jer gajet yang yte guna untuk makeup...yang lain duk dalam muzium kat umah
selain nie juga rupanye ader brush yang lagi lembut iaitu real techniq aper entah jenama dia, tapi seriusly lembut gler
pencuci muka huhuhu....sangat mudah nak masukkan dalam bag gajet yte....hmmmmm buat masa ni yte dah xder handbang coz yte dah guna bag makeup untuk guna g memana...tapi bler nak belanja beg tu tinggalkan dlam kate tapi en. hubby yang belanja...huhuhu best nyer dunia nie kan
perkenalkan produk baru dari yte...best rasa fresh sangat muka, selama nie yte pakai yang white biasa jer tapi yang nie lagi ok ...yate dah tukar pada yang nie pulak...
so finally yte beli serum rambut .....satu dari dov n satu lagi dari keratase
yang nie pada mulanye just termakan cakap amoi kat kedai tu....hish tak tahan dengan performer yang dia kasi...jadi terambil la plak
so yang sebenar yte cari yang nie....sangat bestttttt...
so finally.....
ini lah besg yang yte bawa kemana mana...huhuhu
tu....dia yang tersorok kat atas....
beg all in one.....senang dibawa kemana-mana walaupun bawa anak....beg nie yte beli kat shini cam tu la nama kedai dia...harga 99.50 hihihi
tak per xyah pening kepala arini yate nak perkenalkan produk baru dari yang memang baru nak test...actualy pernah guna tapi dah keluaran terbaru jadi nak try ok ker tak...
hihihi product dari max factor...hmmmmm ok la jugak rasa nyer , selesa n tak melekit ...n than yte ader di suggstkan beli long lasting nyer produk..
yang ni ader confius dalam pilih colour coz promote yang sebenar dah g rehat jadi yate berminat...yte ambik yang ader cop ivory bawah dia...entah benda aper pun entah...main ambik jer...n sekarang tengah guna ...hmmmm ok juga tak melekit....
bagi memudahkan kemana nak bawak yte suggest beli yang nie
yte dah beli lagi senang tak yah kotorkan tangan n senang nak bawak memana...siap ader span kat dlm. yate suka pakai yang nie...memana pun senang n mudah to carring. selain tu dear ader kasi kat yte sample
alamak ai sengek pulak...banyak pulak tu sample nyer...boleh pakai berbulan nie....
jadi untuk mudah kan pemakeupan yet beli brush dari ecotool ....hmmmm lembut sangat bulu brush nie
hmmmm buat mase nie ...ini jer gajet yang yte guna untuk makeup...yang lain duk dalam muzium kat umah
selain nie juga rupanye ader brush yang lagi lembut iaitu real techniq aper entah jenama dia, tapi seriusly lembut gler
pencuci muka huhuhu....sangat mudah nak masukkan dalam bag gajet yte....hmmmmm buat masa ni yte dah xder handbang coz yte dah guna bag makeup untuk guna g memana...tapi bler nak belanja beg tu tinggalkan dlam kate tapi en. hubby yang belanja...huhuhu best nyer dunia nie kan
perkenalkan produk baru dari yte...best rasa fresh sangat muka, selama nie yte pakai yang white biasa jer tapi yang nie lagi ok ...yate dah tukar pada yang nie pulak...
so finally yte beli serum rambut .....satu dari dov n satu lagi dari keratase
yang nie pada mulanye just termakan cakap amoi kat kedai tu....hish tak tahan dengan performer yang dia kasi...jadi terambil la plak
so yang sebenar yte cari yang nie....sangat bestttttt...
so finally.....
/
/
/
/
/
/
/
/
/
ini lah besg yang yte bawa kemana mana...huhuhu
tu....dia yang tersorok kat atas....
beg all in one.....senang dibawa kemana-mana walaupun bawa anak....beg nie yte beli kat shini cam tu la nama kedai dia...harga 99.50 hihihi
Sunday, 7 October 2012
Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu
Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang
dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati
anaknya:
.
1. “Wahai anak kesayanganku! Allah
SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau
tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau
berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan
dan kekejian.”
2. “Wahai anakku! Selalulah berharap
kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah
SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa),
tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3. “Wahai anak! janganlah engkau
mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik
itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4. “Wahai anakku, Bersyukurlah
kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari
Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan
namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang
yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal
ia masih mahu menambahkannya.”
6. “Wahai anakku! Ketahuilah,
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke
dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu
dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah
IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL
kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa
menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar
setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari
Allah SWT juga.”
8. “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu
dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’
yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9. “Wahai anakku! Jangan engkau
berjalan sombong serta takbur,
Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata
dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11. “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu
mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih
dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai
kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12. “Wahai anakku! Apabila engkau berteman,
tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu
daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13. “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang
tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang
mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata
kotor tentu akan menyesal.”
14. “Wahai anakku! Bergaul rapatlah
dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara
kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
15. “Wahai anakku! Janganlah engkau
mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang
menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan
yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan
janganlah mensia-siakan hartamu.”
16. “Wahai anakku! Sekiranya kamu di
dalam solat, jagalah hatimu,
sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu,
sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu
dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17. “Wahai anakku! Usahakanlah agar
mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana
engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18. “Wahai anakku! Berdiam diri
itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang
melakukannya.”
19. “Wahai anakku! Janganlah engkau
menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau
bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,
kelak akan membinasakan dirimu.”
21. “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam
dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22. “Wahai anakku! Jauhilah
bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu
telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong
hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas
apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh
daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25. “Wahai anakku! Apabila engkau
mempunyai dua pilihan di antara takziah orang
mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab
ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta
perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan
sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang
itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing
sahaja.”
27. “Wahai anakku! Janganlah engkau
terus menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis
belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan
yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang
lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut
dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan
lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh
sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi
lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada
beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan
pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan
berkesannya zikir pada jiwa.”
31. “Wahai anakku! Makanlah makananmu
bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah
urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka
terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka
menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat
baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau
mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu
marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu
adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya
hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk
kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha
menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta
akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang
telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak
benar.”
37. “Wahai anakku! Andainya ada sebutir
biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha
Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu,
zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu
besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi
pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan
betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan
lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran
yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan
batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih
berat daripada hutang.”
41. “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang,
kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang
dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau
perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di
bumi daripada kebaikan yang amat banyak?”
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati
di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang
penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang
subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk
bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong
kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan
oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan
dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia
ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis
yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu
adalah tanah belaka.”
47. “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan
bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu
tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa
yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara
iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap
hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan
kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia
dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan
melakukan taubat, sebab kematian datangnya
tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.”
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama
bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir
dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
Renungan muhasabah diri
Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam
diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang
berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
- Akal boleh hilang disebabkan marah
- Agama boleh hilang disebabkan dengki
- Malu boleh hilang disebabkan tamak
- Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan:
- Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
- Para ahli waris akan menarik hartanya
- Ulat akan menarik tubuhnya
- Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”
Dari Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:
- Memberi maaf pada waktu marah
- Suka memberi pada waktu susah
- Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
- Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”
Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
- Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
- Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
- Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
- Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah
nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan
Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu
meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon
hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.
Ketahuilah,
Wednesday, 3 October 2012
Sujud ~ Pengenalan
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
(A.) SUJUD
Amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah SWT ialah rukun sujud. Sujud bermaksud menundukkan kepala sehingga dahi
diletakkan ke bumi atau lantai sebagai menyatakan kehinaan dan
kerendahan diri selaku hamba kepada Allah SWT, pada masa yang sama lidah
mengucapkan kalimah tasbih tertentu.
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Jarak
yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia
sedang sujud, maka perbanyaklah doa di waktu itu.” (H.R. Muslim)
.
Cahaya kekhusyukan yang keluar dari batin
seseorang, akan terpancar dan berbekas pada wajah mereka yang sujud.
Allah Ta’ala berfirman:
سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ
“Tanda
yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang soleh) terdapat pada muka
mereka dari kesan sujud (hasil daripada ibadat mereka yang ikhlas).”
(Surah Al-Fath; ayat 29).
.
Sujud adalah kemuncak kerendahan diri
dan waktu paling hampir seseorang hamba itu dengan Penciptanya dan
antara cara berkesan memohon keampunan Allah. Secara zahirnya ia
menunjukkan ‘rasa merendah diri’ seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya Allah hanya Dikaulah ….”
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Tidak
seorang pun menaruh keningnya bersujud kepada Allah dan ia berkata:
Tuhanku, ampunilah dosaku ( tiga kali), kecuali pada saat ia mengangkat
kepalanya telah diampuni dosanya.” (H.R. Ibnu Abi Syaibah)
.
.
.
(B.) PERLAKUAN SUJUD
1. Kesempurnaan Sujud
Sujud yang sempurna, adalah bersujud bersama-sama 7 (tujuh) anggota, iaitu:
a) Bahagian dahi sehingga ke batang hidung.
b) Kedua-dua tapak tangan.
c) Kedua-dua belah lutut.
d) Kedua-dua belah jari-jemari kaki.
.
2. Cara Bersujud
Antara cara bersujud ialah:
a) Sujud hendaklah dilakukan dengan toma’ninah (berhenti sebentar).
b) Menekankan dahi ke tempat sujud adalah mengikut berat kepalanya.
c) Dahi atau sebahagian dahi tidak berlapik. Jika berlapik, sujud tidak sah.
d) Sujud dalam keadaan berlapik, harus disebabkan darurat, misalnya luka.
e) Tidak diwajibkan mendedahkan kedua-dua tapak kaki, boleh pakai sarung kaki.
.
3. Roh Sujud
- Rendahkan diri-tinggi dan besarkan Allah-lakukan penuh kekhusyukan.
- Niatkan dalam hati bersujud semata-mata untuk menyatakan kehambaan kepada Allah dan mencari keredaannya.
- Rasakan diri amat hina di hadapan Allah yakni bahawa Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Mulia.
.
.
.
(C.) FADILAT SUJUD
a) Darjat diangkat oleh Allah SWT.
b) Saat paling hampir kepada Allah SWT.
c) Allah SWT. memakbulkan doanya.
d) Allah SWT. menghapuskan dosa kesalahan.
e) Mendidik bersifat merendah diri atau tawaduk.
f) Mengkagumi akan kebesaran dan keagungan Yang Maha Esa.
g) Sujud menjadi bukti kesetiaan hamba kepada pencipta-Nya.
h) Terpancar cahaya dan sinar kekhusyukan pada wajahnya.
.
.
.
(D.) JENSI-JENIS SUJUD
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Kelebihan Dan Tafsir Surah An-Nas
مِ
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’ yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.
.
Surah ini pendek dan ringkas namun
membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai
pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia
menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan
syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah
An-Nas ini juga adalah penerang hati.
.
.
Fadhilat Surah An-Nas :
Surah ini adalah bagi menganjurkan
manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik
yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
1. Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.
2. Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.
3. Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.
.
Daripada Aisyah r.ha. katanya : “Nabi
SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah
kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca
surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu
ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda
memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai.
Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)
.
.
Surah An-Nas
Ayat Surah An-Nas pendek dan ringkas
tetapi membawa makna yang mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah
SWT sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.
Surah ini mengandungi tiga sifat Allah SWT: ‘Rububiyah’, ‘Mulkiyah’ dan ‘Uluhiyah’.
Allah pengurus, Raja dan ‘Illah’ segala sesuatu. Semuanya adalah
makhluk-Nya, di bawah kerajaan-Nya, dan mengabdi kepada-Nya. Oleh kerana
itu, maka Allah memerintahkan kepada sesiapa saja agar memperlindungkan
diri kepada Allah SWT yang mempunyai 3 sifat agung tadi, dari segala
macam bisikan al-khannas, iaitu syaitan yang akan diwakilkan kepada
manusia.
Surah An-Nas terdiri daripada enam ayat dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dimana bahagian yang pertama terdiri daripada ayat 1-3 yang memperkenalkan Allah SWT, manakala bahagian kedua pula merupakan hakikat syaitan pada ayat 4-6.
.
.
BAHAGIAN 1 : Memperkenalkan Allah SWT.
Dalam 3 ayat di bawah, Allah
diperkenalkan melalui 3 identiti utama iaitu Rabb, Malik dan Illah. Jika
diteliti dari ayat pertama hingga ketiga fokus utama diberi kepada
makhluk bernama manusia…betapa jelasnya kasih sayang dan istimewanya
manusia yang diciptakanNya.
Dengan ketiga sifat Allah inilah, Allah
SWT memerintahkan Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam dan umatnya
untuk memohon perlindungan hanya kepada-Nya dari keburukan was-was yang
dihembuskan syaitan.
Sebuah pendidikan ‘Rabbani‘,
bahawa semua yang makhluk Allah SWT adalah hamba yang lemah, perlukan
pertolongan-Nya. Termasuk Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam,
Baginda adalah manusia biasa yang perlukan Allah SWT. Sehingga Baginda
adalah hamba yang tidak boleh disembah, bukan tempat untuk meminta
pertolongan dan perlindungan, dan bukan tempat bergantung.
.
.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”
.
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاس
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. “
.
Allah sebagai ‘Rabb’
bermaksud Dia sebagai Maha Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Penguasa,
Pengatur dan Pemberi Rezeki. Dipamerkan kasih dan sayangNya kepada
makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai Tuhan yang menciptakan.
Surah ini dimulakan dengan suatu perintah
agar manusia memohon perlindungan daripadaNya. Al-Rabb dalam surah ini
membawa maksud yang luas termasuk mengarah, menjaga, membimbing,
memelihara dan melindungi. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita
merasakan betapa dekatnya Allah SWT dengan kita, Tuhan yang mengenali
diri kita lebih daripada kita mengenali diri sendiri.
Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan
manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang
mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan
harapan oleh Allah SWT yang rahmatnya tiada terbatas.
.
.
مَلِكِ ٱلنَّاسِ
2. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia.
.
Perkataan ‘Al Malik’
bermakna Allah sebagai Raja (pemilik dari segala sesuatu yang ada di
alam ini), yang Maha Memimpin, Menjaga, Menguasai dan Hakim (pengubal
undang-undang) untuk manusia. Manusia tidak boleh mengambil
undang-undang lain selain daripada undang-undang ciptaan-Nya.
Allah SWT sebagai Pemimpin, kita adalah
hamba yang dibawah pimpinanNya seperti Raja dan rakyat, maka segala apa
yang dimuka bumi ini adalah tanah Allah, kerajaan Allah bukan milik
sesiapa. Negara ini (tanah yang kita duduki) bukan milik kita tapi
milik Allah, Allah SWT telah mengatur sistem undang-undang yang perlu
dilaksanakan di tanahNya.
.
.
إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
3. Tuhan yang disembah manusia.
.
Tuhan (Al Ilah)
sembahan manusia pula mengandungi erti bahawa Allahlah yang paling
dicintai, yang paling ditakuti dan ditaati, sebagai sumber pengharapan
dan satu-satunya Zat yang berhak disembah dan diibadahi. Tidak ada
pergantungan lain melainkan pergantungan hanya kepada Allah SWT.
.
Firman Allah SWT :
“Dan tidaklah mereka
itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH
melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan
Dia.” (Surah at-Taubah ayat 31)
Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha
Illallah ialah seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah
kepada Allah SWT. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri
sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan
mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan
kepada Allah SWT semata-mata.
.
.
BAHAGIAN 2 : Hakikat Syaitan
Bahagian kedua surah ini pula
menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun
jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yang tidak mengenal
Tuhannya.
Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan,
melainkan membisikkan kalimah-kalimah jahat serta melemparkan
hasutan-hasutan pada hati manusia yang mudah alpa. Seterusnya manusia
sendiri yang terpengaruh lalu melakukan kerosakan di dunia dengan tangan
mereka masing-masing. Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya
muncul dalam hati mereka yang tidak teguh imannya dan merasa lazat
dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya
kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan.
.
.
مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ
4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang biasa bersembunyi,
.
Makna ‘al was-was’ adalah bisikan, manakala ‘al khannas’ adalah yang betul-betul tersembunyi, samar dan ‘mundur’.
Syaitan selalu mengbisikan
hasutan-hasutan yang menyesatkan manusia ketika manusia leka dan lalai
dari berzikir kepada Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya:
“Sesiapa yang berpaling (tidak mengendahkan) pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya). Maka jadilah syaitan itu teman karibnya.” (Az-Zukhruf: 36)
.
Adapun ketika seorang hamba berzikir kepada Allah SWT, maka syaitan bersifat ‘khannas’ iaitu ‘mundur’ dari perbuatan menyesatkan manusia. Sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan (Rabb)-nya.” (An-Nahl: 99)
.
.
ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
5. Yang membisik (kejahatan) ke dalam dada manusia.
.
Syaitan selalu berupaya menghembuskan
bisikan dan perasaan was-was kepada manusia. Mereka menghiasi kebatilan
sedemikian indah dan menarik serta mengubah kebenaran dengan segala yang
buruk sehingga seakan-akan yang batil itu nampak benar dan yang benar
itu nampak batil.
.
Perangai syaitan ini telah bermula sejak dari zaman Nabi Adam dan isterinya, Hawa lagi. Sebagaimana dalam firman-Nya:
“Maka
syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan
kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya
yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, dan syaitan
berkata: “Tuhan-mu tidak melarang untuk mendekati pokok ini, melainkan
supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang
yang kekal (selama-lamanya di dalam al jannah / syurga)”.” (Al A’raf: 20)
.
Begitu juga kisah, ketika Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wasallam sedang beri’tikaf. Shafiyyah bintu Huyay
(salah seorang isteri Baginda shalallahu ‘alaihi wasallam)
mengunjunginya pada malam hari. Setelah berbincang beberapa ketika, maka
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menghantarkannya pulang ke
kediamannya. Namun perjalanan kedua-duanya dilihat oleh dua orang Al
Ansar. Kemudian syaitan menghembuskan ke dalam hati kedua-duanya
perasaan was-was (curiga).
Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasallam melihat gelagat yang kurang baik dari kedua-duanya.
Oleh kerana itu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengejarnya,
seraya bersabda:
على رسلكما, إنها صفية بنت حيي فقالا: سبحان الله يارسول الله. فقال: إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم, وإني خشيت أن يقذف في قلوبكماشيئا, أوشرا.
“Tenanglah kamu
berdua, dia adalah Shafiyyah bintu Huyay. Mereka berdua berkata: “Maha
Suci Allah wahai Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya
syaitan mengalir di tubuh bani Adam sesuai dengan aliran darah, dan aku
pula bimbang dihembuskan kepada kamu sesuatu atau keburukan.” (HR Muslim no. 2175)
.
Demikianlah watak syaitan selalu
menghembuskan bisikan-bisikan jahat ke dalam hati manusia. Apalagi Allah
SWT dengan segala hikmah-Nya telah mencipta ‘pendamping’ (dari kalangan
jin) bagi setiap manusia, bahkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam
juga ada pendampingnya.
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah SAW bersabda:ما منكم من أحد إلا قد وكل به قرينه من الجن, قالوا: وإياك يارسول الله? قال: وإياي, إلا أن الله أعانني عليه فأسلم, فلا يأمرني إلابخير.
“Tiada seorangpun di antara kamu kecuali diberikan seorang ‘qarin’ (pendamping) dari kalangan jin.” Para sahabat bertanya: “Termasuk Tuan
juga ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya. Aku juga. Tetapi Allah telah
melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia masuk Islam
(menyerah). Maka itu dia tidak pernah menyuruhku melainkan kepada
kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim:2814).
.
.
مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
6. Iaitu dari (golongan) jin dan manusia.
.
Seterusnya, Allah mengingatkan kita
bahawa yang melakukan bisikan ke dalam dada manusia tidak hanya dari
golongan jin, bahkan di kalangan manusia pun boleh berperanan sebagai
syaitan. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan
pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta
mereka yang tenggelam dalam nafsu seranah.
.
“Kaldai Nabi SAW telah terjatuh, lalu aku mengatakan, “celakalah syaitan” Lalu Nabi bersabda,
“Janganlah kamu katakan ‘celakalah syaitan’ sebab jika kamu
mengatakannya maka syaitan akan menjadi semakin besar tubuhnya dan
mengatakan, ’Dengan kekuatanku, aku akan mengalahkannya.’ Namun, apabila
kamu mengatakan ‘bismillah’, maka dia akan mengecil sehingga menjadi
sekecil lalat.” (HR. Ahmad)
.
Hal ini juga dipertegaskan Allah SWT dalam Firman-Nya :
“Dan
demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari jenis
syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada
sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu
(manusia), dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak
melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan
(dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.” (Surah al-An’am ayat 112)
.
Firman Allah SWT :
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula
berperang pada jalan Taghut (syaitan). oleh sebab itu, perangilah
pengikut-pengikut syaitan itu. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah
lemah.” (Surah an-Nisa ayat 76)
Ayat di atas menerangkan bahawa syaitan
yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana Allah SWT
menyebutkan kalimah thaghut. Berdasarkan ayat atas, ditunjukkan bahawa
tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu kuat berbanding tipu
daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.
.
Maka salah satu jalan keluar dari bisikan dan godaan syaitan baik dari kalangan jin dan manusia adalah sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu hasutan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Al-Fushshilat: 36)
.
.
Penutup
Maka sudah sepatutnya bagi kita selalu
memohon pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah SWT semata-mata.
Mengakui bahawa sesungguhnya seluruh makhluk berada di bawah tatacara
dan kuasa-Nya. Semua kejadian ini terjadi atas kehendak-Nya. Dan tiada
yang boleh memberikan pertolongan dan menolak mudarat kecuali atas
kehendak-Nya pula.
Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai
hamba-hamba-Nya yang sentiasa meminta pertolongan, perlindungan dan
mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada-Nya.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Mengapa Jadi Begitu
Terkadang hati merindui , terkadang hati menginginkan...mengapa jadi begitu...keindahan warna alam mewarnai jiwa yang semakin ...susah nak mengertikan, mengapa mbegitu fikiran mu terhadapku kenapa sukar menerima hakikat kehidupan mu....nyatalah kita tak seiringan, mengapa susah untuk menerima hakikat yang nyata,....usah bermain dengan kata-kata pujangga mu...
binggit rasa nyer telinga mendengar....
usah tuturkan kata-kata manis...
sakit hati bler bagai dibelah pisau...
setakat kata -kata yang tak membawa aper-aper makna pun buat santapan naluri ku yang pernah kau hancuri dulu....
mengapa perlu berjanji jika tak dapat menepati...
mengapa perlu berikrar jika masih sangsi ...
tak perlu buat begitu lagi...
selagi hayat terkadung dibadan ini ku seru
wahai hati, jangan lah berpaling ke belakang lagi...
harungi lah ranjau ini dengan lebih sabar dan redha
kerana keredhaan itu akan menciptakan sebuah kebahgian buatku...
mengapa perlu menangi mengenang peristiwa lalu...
tak perlu di perlakukan diri begitu, anggap la itu sebagai guru yang mengajar pengalaman hidup...
bukan mudah untuk kaburkan memories manis bersama,
namun hanya yang sementara tak mungkin akan masih begitu...
segalanyer akan berubah mengikut waktu...zaman dan tahun
tak perlu di kenang perkara yang telah lepas walaupun
bole merunsingkan hatimu....pandang lah kehadapan kejar lah cita-cita dan impianmu...
pandang lah dengan pandangan mata hati yang iklhas ...inyalllah segala kekruhan dihati akan menjadi kesinambungan kepada kegembiran mu kelak...
sayang....sangat kannnn...
tapi untuk aper jika hanya untuk menyakiti hati
untuk kasih sayang yang sementara namun lagi menyakitkan hati apabila yang dipercaya
meruntuhkan kasih sayang itu sendiri
tak perlu berharap untuk kasih sayang
tak perlu berharap utuk dicintai
tak perlu mencari dan mengejar kasih sayang
tapi jagalah kasih sayang yang tersemat sidalam diri sendiri
tat kala jiwa menangisi pabila hati dilukai dihina dan dimaki
mengapa perlu menangis sepatut nyer belas kasihan pada golongan mereka itu di
atas kecetekan ilmu agama dan pengetahuan yang kurang diketahui
sepatut nyer harus tersenyum nak nyatakan pada diri bahawa aku adalah lebih istimewa beban dengan umat dihadapan ku yang kecetakan ilmu....bangga lah dengan dirimu...senyum lah untuk dirimu...
jangan ledakkan ombak dimata hanya kerana kata sumpah seranah dari orang yang kecetekan ilmu, bangun lah unuk dirimu sendiri malah cintailah dirimu sendiri sebelum mencintai orang lain, jangan bairkan hatimu merajuk darimu, kerana tiada yang lebih penting dari dirimu sendiri.
kata -kata noda berbaur zina menerjah fikiran melontarkan seribu alasan untuk bersama , menabur pelbagai janji dan korban....
ah! segalanyer hanyalah ingin merosakkan diri mu...
merosakan iman mu...
sengaja meruntuhkan kebahgian hatimu, jangan didengari mereka ini...kaum adam mengambil kesempetan terhadap permasalah yang dirimu hadapi...
jagn biarkan mereka hidu masalah mu....kerana disebalik itulah terletak nyer kelemahan di dalam dirimu...
bangun lah hayun kan kaki, mengadu kepada yang maha esa...hanya pada nyer dirimu patut berlindung...bukan manusia yang memberimu rezeki tapi dengan rahmatnyer kamu peroleh rezeki...
segalanyer terletak ditangan mu dan dirimu diwarna oleh kamu sendiri bukan manusia....
yang lain hanyalah perjalanan yang akan melambatkan perjlanan mu jika kau menyimpang terlalu jauh...balik la semula pada jalan asal kerana jalan yang asal adalah jalan yg menuju destinasi yang sebenar...
berlandaskan ilmu agama kamu lebih berhati dan menjadikan nyer pendorong kepada destinasi kamu ...bukan nyer manusia....yang bertopingkan syaitan...jangan jadi mereka yang menuju jalan kehanjuran kerana dorongan nafsu dan noda....
mengapa terjadi begitu...kurang nyer cahaya keimanan darimu...
binggit rasa nyer telinga mendengar....
usah tuturkan kata-kata manis...
sakit hati bler bagai dibelah pisau...
setakat kata -kata yang tak membawa aper-aper makna pun buat santapan naluri ku yang pernah kau hancuri dulu....
mengapa perlu berjanji jika tak dapat menepati...
mengapa perlu berikrar jika masih sangsi ...
tak perlu buat begitu lagi...
selagi hayat terkadung dibadan ini ku seru
wahai hati, jangan lah berpaling ke belakang lagi...
harungi lah ranjau ini dengan lebih sabar dan redha
kerana keredhaan itu akan menciptakan sebuah kebahgian buatku...
mengapa perlu menangi mengenang peristiwa lalu...
tak perlu di perlakukan diri begitu, anggap la itu sebagai guru yang mengajar pengalaman hidup...
bukan mudah untuk kaburkan memories manis bersama,
namun hanya yang sementara tak mungkin akan masih begitu...
segalanyer akan berubah mengikut waktu...zaman dan tahun
tak perlu di kenang perkara yang telah lepas walaupun
bole merunsingkan hatimu....pandang lah kehadapan kejar lah cita-cita dan impianmu...
pandang lah dengan pandangan mata hati yang iklhas ...inyalllah segala kekruhan dihati akan menjadi kesinambungan kepada kegembiran mu kelak...
sayang....sangat kannnn...
tapi untuk aper jika hanya untuk menyakiti hati
untuk kasih sayang yang sementara namun lagi menyakitkan hati apabila yang dipercaya
meruntuhkan kasih sayang itu sendiri
tak perlu berharap untuk kasih sayang
tak perlu berharap utuk dicintai
tak perlu mencari dan mengejar kasih sayang
tapi jagalah kasih sayang yang tersemat sidalam diri sendiri
tat kala jiwa menangisi pabila hati dilukai dihina dan dimaki
mengapa perlu menangis sepatut nyer belas kasihan pada golongan mereka itu di
atas kecetekan ilmu agama dan pengetahuan yang kurang diketahui
sepatut nyer harus tersenyum nak nyatakan pada diri bahawa aku adalah lebih istimewa beban dengan umat dihadapan ku yang kecetakan ilmu....bangga lah dengan dirimu...senyum lah untuk dirimu...
jangan ledakkan ombak dimata hanya kerana kata sumpah seranah dari orang yang kecetekan ilmu, bangun lah unuk dirimu sendiri malah cintailah dirimu sendiri sebelum mencintai orang lain, jangan bairkan hatimu merajuk darimu, kerana tiada yang lebih penting dari dirimu sendiri.
kata -kata noda berbaur zina menerjah fikiran melontarkan seribu alasan untuk bersama , menabur pelbagai janji dan korban....
ah! segalanyer hanyalah ingin merosakkan diri mu...
merosakan iman mu...
sengaja meruntuhkan kebahgian hatimu, jangan didengari mereka ini...kaum adam mengambil kesempetan terhadap permasalah yang dirimu hadapi...
jagn biarkan mereka hidu masalah mu....kerana disebalik itulah terletak nyer kelemahan di dalam dirimu...
bangun lah hayun kan kaki, mengadu kepada yang maha esa...hanya pada nyer dirimu patut berlindung...bukan manusia yang memberimu rezeki tapi dengan rahmatnyer kamu peroleh rezeki...
segalanyer terletak ditangan mu dan dirimu diwarna oleh kamu sendiri bukan manusia....
yang lain hanyalah perjalanan yang akan melambatkan perjlanan mu jika kau menyimpang terlalu jauh...balik la semula pada jalan asal kerana jalan yang asal adalah jalan yg menuju destinasi yang sebenar...
berlandaskan ilmu agama kamu lebih berhati dan menjadikan nyer pendorong kepada destinasi kamu ...bukan nyer manusia....yang bertopingkan syaitan...jangan jadi mereka yang menuju jalan kehanjuran kerana dorongan nafsu dan noda....
mengapa terjadi begitu...kurang nyer cahaya keimanan darimu...
Supper Petang di Pengkalan Balak
Semalam makan kat pengkalan balak dengan pengasuh yte kat pengkalan balak.... bukan aper sajer mengisi keksongan ruang kerna duk umah bukan en. husbnd ader pun....en. husbnd antar ayah dia pergi IJN...dah time check up daaaa....pastu kul 1.45 am pagi en husbnd balik....bukan main lagi my baby suka ....mana tak nyer en. hubby dah kejutkan diorg...terpaksa ler aku pun bangun sekali.....tapi mengantuk nyer mata nie. nak pergi kerja pagi tadi aduhai...bercinta nak tinggalkan tilam nie....
Tuesday, 2 October 2012
bler ler nie....mana encik husband ni
Aduhai indu nyer yte kat kancil kenit yte ...bler le en. husband nak pergi ambik nie....lepas seminggu makan minggu. pulak kang yte pergi ambik sendiri naik bas kan baru tahu...bukan jauh sangat kuantan ngan melaka nie...untuk sajer nak penatkan badan bole ajer yte berjalan-jalan naik bas ke sana... oh kenit mumy coming dear huhuhuhu...sedih lor....mana tak nyer asyik kena bawak kete yang tembam nie jer, susah nak parking lak tu....asyik nak langgar bontot kete orang jer bler nak parking...
Subscribe to:
Posts (Atom)