Monday, 25 November 2013

blackmores pregnancy

he following essential nutrients are important for mother and baby:
Iodine - is important for the normal functioning of the thyroid gland as it is an essential nutrient required for the synthesis of thyroid hormones. Thyroid hormones affect almost every cell in the body and regulate oxygen use, metabolic rate and cellular metabolism. Thyroid hormones are important for the normal development of the skeletal, muscular and nervous systems of children. Iodine plays an important role in the normal development of the whole body.
Fish oil - is a source of omega-3 long chain fatty acids. One of the main long chain fatty acids found in breast milk and in tuna oil is DHA. DHA is particularly important for the normal function of the body.
Folic acid - plays a role in DNA and RNA synthesis, and is therefore critical in cellular division. In order to divide properly cells need adequate folic acid. The development and growth of a foetus involves constant cell division, which can lead to an increase in the mother’s demand for folate. Daily supplementation with folic acid for 1 month prior to conception and during pregnancy may reduce the incidence of neural tube defects such as spina bifida and anencephaly in the child.
Calcium and magnesium - are essential for bone health, as well as playing important roles in healthy muscle and nerve function.
Iron - is a component of haemoglobin, an essential component of red blood cells. Haemoglobin transports oxygen in the body. Having optimal haemoglobin levels helps the cells of the body receive sufficient oxygen. Without adequate iron levels the delivery of oxygen to cells decreases and energy production may suffer. Iron requirements increase during pregnancy because of increased needs for red blood cell formation and foetal growth.
Zinc - is essential to good health as it is involved in many enzymatic reactions in every cell of the body. Adequate levels of zinc are vital for a healthy baby’s normal growth and development.
B group vitamins - play an essential role in baby's growth.


Blackmores Morning Sickness Formula

Thursday, 21 November 2013

Gambar Pose 6 Bulan anak ke 3

 ini gambar yatt 6 bulan mengandung kat opis....orang kata perut tak nampak sangat ...tapi yatt rasa mungkin baju yang yatt pakai nie besar...that why tak nampak sangat kot..

 pose depan table kerja yang berselerak, bagus cameraman sudi layan kerena ibu mengandung nie...hihihi bukan aper saja nak menyusak kan dia.... dari dia duduk2 tu baik dia ambil gambar yatt


Tuesday, 19 November 2013

Program Dengan Hanya Satu Malam

pada mula nyer program nie hanya dirancang nntuk makan ikan bakar kat
umbai, melaka dengan mak mertua, bapak mertua n anak2...

tak sangka lepas tu hubby ajak pulak pergi ke Dataran Pahlawan ...
jadi dia lasakkan anak2 di dataran pahlawan
gambar yang diambil pada malam tu pulak tak berapa nak jelas..
jadi layannnnn....
 gmbr yang anda semua tengok nie adlaah panorama di dataran pahlawan pada waktu malam
nak tengok budak kecik nie berlari memang ak nampak sangat coz kat atas ni lampu dia ala-ala romantik gitu...

 pada malam cam gini terdapat pelbagai jenis couple yang sedang bersembang di sini
so we all telah menghangatkan asmara taik ayam diorang  pada malam nie dengan operasi kejar mengejar budak kecik nie...
hihihi bukan senang nak kejar budak kesik nie tau...hanya ayah dia jer mampu lari 100meter

 dah penat-penat tu, operasi memanjat pagar kat tepi tu lak....tengok tu dia siap boleh bermain kat dalam pagar tu.....apa yang dibuat nyer adalah memang lampu-lampu yang telah dililitkan pada pokok...
hishhhh naik pening kepala nak kontrol budak kecik nie

 nie operasi sesi gambar menangkap gambar...hihihi dah tak der kerja lain dah tu...nak kejar budak kecik nie memanag tak dapat ler...so kerja yatt just ambik gambar diorang jer...hihihihi
 so ...ini yang kabur tak berapa nak nampak nie, panorama dataran pahlawan pada waktu malam ...cantikkan..yatt suka tengok...kalau u all nak tahu kat sini tempat yang paling sesuai untuk u all bawak anak untuk melasak pada waktu malam la tapi kan...
coz, kedamaian terserlah pada malam dingin kat sini...

 tu dia memang bukan sahaja lampu dipegang nyer tapi dia cuba panjat pagar yang ada disebelah pagar tu...bahaya tu...coz sebelah sana bukan lagi pagar tapi dia terus kedai makan ok...
so pemantau perlu ada untuk bawak, anak 2


 ini pula tengak explore apa yang ada dalam lubang tu...entah aper yang boleh menarik minat budak kecik nie...sampai lama jugak la diorang terbongkok kat situ...



 dah penat rehat kejap n pastu lepas main balik....


 satu padang dataran pahlawan ditawaf nyer...

 ini pemerhati, atok n nenek...sudah kekenyangan di ikan bakar umbai tadi so...diorang kena duduk2 jer...



chakkkkk...bukan main suka lagi ...happy tengok gambar nie...


so after we all di dataran pahlawan selama 1 jam setengah kami bergerak pulak ke dataran 1 malaysia untuk melihat panorama dimalam hari di sana pula...

jom layan gambar kat sana pulak
 so destinasi kami di taman permain kanak-kanak 1 malaysia ...
dah nama nyer bawah anak2 ...
kat sini anda bole lepas anak2 bermain...tapi kena adaa
pemantauan jugak coz taman permainan nie terlalu la dekat sangat ngan jalan

 see kat belakang tu...itu adalah laluan kenderaan untuk masuk nkeluar untuk ke dataran 1 malaysia...
jangan nak bersembang senang kat sini sangat bler bawak anak2 k
atok tengak bermain buaian dengan cucuk nyer arasy....
bukan main lagi...suka


 penat tadi belum hilang lagi....dah termenung kejap yer sayang...
tapi nak main juga




 ini, my mak mertua...

 gambar pose dengan my makmertua ....amacam ada jeles tak...hihihi untuk pengetahuan u all ,, yatt selalu bawa mak untuk teman kan yatt mengurut perut, n macam2 lagi lah...mak pulak jenis no hal la kalu bab jalan...jom ajer...tu yang best tu


Sunday, 17 November 2013

Tudung oh tudung

Arini yatt ke Jelita Sara....
bukan main cantik tudung nyer....
tapi bukan nyer yang berleyer-leyer tu
tapi yang ala-ala selendang gitu...
ini contoh tudung yang yatt minat

no.1


no.2
\




no.3
no.4
cantikkan...
secantik model yang pakai tudung nie...
senang n simpel jer waktu dia ajar belitkan tudung nie...
entah ler...bler sampai opis dah tak berapa nak ingat pulak
dia punya lilit daaaaaaaaaaaa....
apa pun  yatt dah dapat yang nie...
no.1

no.2
 no.3

kihkihkih dapat...
yatt paling berkenan yang warna merah nie....
tudung dia bler pakai terletak 

Monday, 11 November 2013

Pengabaian Hak Isteri

Terdapat beberapa peruntukan di dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri yang memberi peluang kepada mereka menuntut hak mereka menerusi kuatkuasa undang-undang.
Sebagai contohnya, dalam Undang-undang Keluarga Islam Selangor (1985) terdapat beberapa peruntukan membenarkan para isteri menuntut cerai atau fasakh atau khulu' jika diri mereka teraniaya, menuntut nafkah yang diabaikan atau tertunggak, menuntut hak penjagaan anak, menuntut harta sepencarian jika mereka bercerai hidup ataupun mati dan lain-lain (rujuk Bahagian V, seksyen 49, 58, Bahagian VI, seksyen 59-80, Bahagian VII, seksyen 81-88).
Para isteri hendaklah mengambil tahu tentang peruntukan-peruntukan tersebut dan berani menampilkan diri untuk menuntut hak mereka. Maklumat-maklumat seperti ini hendaklah diterapkan lebih awal sebelum sesuatu pasangan itu berkahwin. Suatu modul ringkas tentang peruntukan-peruntukan ini wajarlah disampaikan kepada pasangan yang akan berkahwinan selain hal-hal berkaitan dengn fardu 'ain dan fardu kifayah yang menjadi asas.
Khidmat guaman dapat mereka gunakan sebagai saluran yang tepat ketika menuntut hak mereka jika mereka tidak mampu atau tidak arif mengemukakan aduan atau berhujah di kamar mahkamah. Mereka juga tidak harus teragak-agak untuk mengemukakan aduan kepada pihak keselamatan berkaitan apa-apa penginayaan dan kezaliman menimpa diri mereka tanpa bersifat kasihan atau kerana takutkan maruah diri atau keluarga sendiri tercabar akibat tindakan itu. Kelewatan membuat aduan sehingga setelah hilang kesan pengniayaan atau kegagalan mendapatkan kenyataan doktor berkaitan dengan kecederaan deraan akan melemahkan hujah mereka di hadapan hakim.

Pelbagai Hak Isteri

Di antara pelbagai hak seorang isteri yang menjadi tanggungjawab suami menyediakannya ialah:
  1. Hak terhadap pergaulan yang baik (bagi mengelak penderaan emosi),
  2. Hak terhadap nafkah (zahir),
  3. Hak terhadap nafkah (batin),
  4. Hak terhadap giliran bermalam (masa bersama suami),
  5. 5. Hak mendapatkan bimbingan suaminya dalam pembentukan peribadi dan penghayatan agama (fardu ain dan fardu kifayah),
  6. Hak terhadap keselamatan dan kehormatan diri, dan
  7. Hak terhadap pembantu.
Kegagalan suami dalam memenuhi tuntutan hak-hak ini sedikit sebanyak mengundang kemurungan dalam kehidupan mereka, kalaupun tidak ketegangan dan perceraian. Justeru, para suami hendaklah bertindak segera dan pada kadar kemampuan sendiri dalam menangani hak-hak ini.

Pelbagai Hak Suami
Di sebalik hak-hak tersebut yang menjadi tanggugnjawab suami terhadap isterinya, kita perlu fahami bahawa Islam juga telah mengatur beberapa perkara yang dibebankan ke atas si isteri memenuhinya, antaranya:
  1. Hak ketaatan dan layanan yang baik,
  2. Hak keperluan batin,
  3. Hak kepimpinan rumahtangga, ini termasuk tanpa keluar rumah kecuali dengan keizinannya,
  4. Hak memberi keizinan mengerjakan ibadat sunat,
  5. Hak memberi keizinan orang asing memasuki rumah kediaman,
  6. Hak pemeliharaan maruah dan harta bendanya.
  7. Hak menerima pembayaran zakat harta isterinya jika berada dalam keadaan kesempitan,
  8. Hak mengawal hebahan harta isterinya, dan
  9. Hak terhadap penerimaannya dengan baik,
Disamping itu, terdapat hak terhadap harta sepencarian yang dianggap terbaru di dalam perbincangan ulama' pada masa ini.
Kesimpulan
Dengan mengenali hak-hak ini yang kesemuanya menjadi tanggungjawab pihak yang kedua sama ada suami atau isteri dan merealisasikannya dengan baik, maka kerukunan rumahtangga akan terjamin sepanjang usia. Dengan kedudukan ini tidak akan ada lagi apa yang dinamakan landing husband atau super quin dan sebagainya.
Hakim syarie perlu memahami hak dan tanggungjawab ini ketika menerima aduan mana-mana pihak, sama ada ianya terlaksana atau tidak, kerana inilah punca sebenar keretakkan rumahtangga selain campur tangan orang ketiga yang menjadi racun memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga.

Thursday, 31 October 2013

My Boys

that my boy...ini adik, arasy..waktu nak ambik gambar dia bukan main suka lagi...lepas tu duk berebut hp nie ngan dia...sampai menangis-nangis nak kan hp nie...

abang, Asyrani...dah besar anak umi upanyer yer...sayang sangat kat kedua nyer...

Wednesday, 30 October 2013

Bersyukur ke Hadrat Ilahi

Yatt bersyukur setelah aper yang berlaku banyak menguji kesabaran n kekuatan hati yatt sebagai,
ibu n isteri kepada keluarga ini. pada mulanyer....yatt rasa terbeban sangat...
sampai yatt mengalirkan air mata yang tak sepatut nyer yatt lakukan...
tapi keadaan tu amat melukakan hati yatt...
yatt terasa sangat bler, keluarga yatt susah disebabkan bantu orang lain...
tapi orang yang kami bantu...
bukan setakat nak terima kasih malah menghina kami balikk...
sesuatu yang betul2 mencabar tahap kesabaran yatt...
kot mana pun yatt tak nak masuk campur...lagi2 jika ianya urusan keluarga
yatt balas mssg yang dihantar dengan warning jgn hantar pada no yatt...
tapi makin yatt kata jangan, makin melampau ayat dalam mssg tu.

makin melampau sehingga gugat sabar yatt la...
yatt lepaskan apa yang yatt pendam kan...
algikan satu melibatkan soal maruah suami tercinta...
dah lah hubby bantu diluar pengetahuan yatt...
siap dia kutuk hubby balik.

yatt sabar dengan aper yang terjadi...
tak sangka ada hikmat aper yang terjadi
yatt dinaikkan pangkat...
kewangan yatt walaupun tak sekukuh mana
tapi ianya stabil untuk keluarga nie
hubby dapat job, sekarang salalu aoutstation ke selangor
dengan abang dia n seorang pekerja lain

segala nyer berlaku setelah apa yang
kami terima ,
 sehingga menangis yatt
punca pencarian hubby tiada kerana nak bantu orang...
yatt bersyukur hubby dapat bezakan mana yang baik untuk family dia sendiri
tak perlu rasanyer nak beria-ria lagi bantu orang macam tu...
yang tak pernah berterima kasih n bersyukur...

ini pengalaman yatt betul2 takkan yatt lupakan
n yatt akan jadikan sume nie satu pengalaman untuk yatt lebih
berhati-hati dengan lidah bercabang 2 nie...
waktu minta bantuan
segala janji-janji ditaburkan untuk sama-2 merasa konon nyer
takkan untuk kali ke dua.

Holiday to kuantan, Pahang

terkilan sangat tak pat nak upload gambar waktu holiday ke sana...
nak kata holiday pun bole nak kata berjalan menyelesaikan tugas pun bole...
what ever apa pun yatt happy sangat perjalanan ke Kuantan kali nie..

kami menginap di hotel shahzan bandar kuantan, macam tu ler bunyi nama hotel tu...
makan bf disediakan oleh pihak hotel n waktu tghari kami makan
gulai ayam kampung...best sangat sampai kita orang bertambah...
bukan sahaja sedap malah harga nyer pun murah...
puas hati kalu sesiapa makan tempat tu...
silap nyer tempat makan tu yatt tak tahu tempat...
coz hubby yang bawak berjalan ke situ..

yatt invite kekawan yatt g makan kat situ...nanti yatt masukkan tmpt dia kemudia k
sekarang ada frust coz gambar pun tak pat nak upload...

yang best lagi holiday kali nie kami siap mandi kolam kat hotel tu...
selain bermain di padang bola bandar kuantan tu...
kami juga bergerak ke pantai teluk cem...dekat ngan hotel hayyatt...
best sangat.

kat sini juga yatt dapat tahu n anak2 yat pandai berenang...yatt masukkan budak kecik nie...
umor masih 1 tahun 8bulan dah pandai mandi kolam...tapi yang kolam bebudak la
yang abang asyrani pun dah bole lepas dalam kolam tu...
seronok ...dalam hujan pun kita orang bantai mandi kolam...

dah penat mandi manda masuk siap n tido ..
malam jalan pulak cari makan di sunway...
sume nyer dedkt ngan hotel tu....bukan aper senang  tak yah nak mencari-cari
that way kitaorang port kat bandar kuantan

selepas bershoping sakan kat situ, kami bergerak ke hotel untuk berehat...
gler penat tu, mata pun dah ngantuk tapi mata tak ngantuk...
dalam pukul 12.00 tghmalam one family turun padang bola kuantan
so hubby suggest turun main kat bawah tu. berlari-lari arasy n asyrani kat padang tu.
sampai kul 2.00 pagi baru nak hotel...makan, siap n terus tido tak ingat dunia.

esok nyer kami ingatkan nak balik so tak jadi hubby lajak kan time sampai kul 6.00 petang...
selesai sudah kerja , holiday n shoping selama 3 hari di bandar kuantan...
so time pulang ke melaka...

melaka i/m backkkk.....



Sunday, 1 September 2013

Sabotaj

hari nie seorang member yat ada bagi tahu yang blog yat dah ader yang sabotaj...

hmmmm ...apa yang nak di sabatoj pada blog nie entah....
Ermmm ..ok tak kisah kalu berminat dengan gambar dalam nie...
tapi tak yah nak buatciter siap print dari blog nie n then bagi kat somebody...
erm kesian siapa kah wanita itu, sesiapa pun leh buat cam tu kan...
tapi siap print lirik lagu dari dalam blog nie...
rasa nyer tak der kot lirik lagu berkait yang ditunjukkan dalam blog nie...
kuikuikui...kan dah kantoi...

Sunday, 18 August 2013

Cikgu Penolong Kanan , Mati kena tembak

GAMBAR: Guru Penolong Kanan Mati Ditembak Suspek Tidak Dikenali Di Luar Pagar Sekolah

BACHOK – Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak tiga kali dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.
Siasatan sedang dijalankan untuk memberkas suspek dan mengenalpasti motif pembunuhan.
Kira-kira empat hari lalu, seorang guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali.
Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
1044635_613882321979122_1898676887_n

Marsha Bekemban tampil ghairal di filem laga

Bagaikan satu fenomena biasa dewasa ini apabila daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung acapkali disogokkan dengan menampilkan wanita seksi dan mengghairahkan.
Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dalam keadaan yang mengghairahkan, berkemban.
Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan beberapa nama besar yang lain.
Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti menjadi satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahannya kali ini.
“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai,” ujar pengarahnya. - Buah Mulut

Ustaz Ahmad Idrus Memandu Laju

Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.
Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
UAI1
Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
UAI2
Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu.

mercun

Subang Jaya: “Sebaik terdengar bunyi letupan kuat, saya bergegas ke tingkat bawah. Pada masa sama, kakak sepupu saya masuk dalam rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum disusuli adik saya memegang lengan yang berlubang dengan kesan darah yang banyak.
“Kemudian sepupu perempuan saya pula terpaksa dipapah masuk kerana kecederaan parah di seluruh muka. Keadaan di lantai ruang tamu pada ketika itu macam banjir darah,” kata Muhammad Firdaus Mohd Yaacob, 15, menceritakan kejadian letupan mercun menyebabkan dua cedera manakala seorang lagi dilaporkan kritikal dalam insiden kira-kira jam 11.30 malam ketika majlis rumah terbuka di sebuah rumah di Tasik Prima Puchong, kelmarin.

Mangsa kritikal dan masih dirawat di Hospital Putrajaya ialah Aleya Alysha Abd Rahim, berusia lapan tahun yang berisiko buta mata manakala Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd Fadzli Mohd Yaacob berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dilaporkan stabil.

Muhammad Firdaus berkata, semua mereka yang ada hubungan saudara berkunjung ke rumah bapa Nasha kerana ada membuat rumah terbuka.
FotoALEYA Alysha berisiko buta mata sebelah kiri selepas terkena letupan mercun.

“Saya dimaklumkan, semua mereka yang cedera ketika itu sedang mencari mercun yang disimpan dalam sebuah almari besi yang diletakkan di dalam garaj di luar rumah.


Monday, 12 August 2013

Kerani maut bungkusan atas kereta meletup


 Kerani maut bungkusan atas kereta meletup



Anggota keluarga di sisi mayat Mohd Yusrizal yang maut akibat terkena bahan letupan di Taman Seri Periuk, Tumpat, semalam. Tumpat: Seorang kerani sekolah maut apabila bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kereta di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini, meletup, pagi semalam.

Ketika kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, dari Kampung Kenor, Kuala Krai, dikatakan cuba mengambil bungkusan yang ditinggalkan di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abang iparnya apabila ia tiba-tiba meletup.
Cedera parah di badan


Letupan itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dengan kedua-dua pergelangan tangannya putus, manakala perut terburai. Kenderaan berkenaan turut mengalami kerosakan teruk.

Mohd Yusrizal yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya, malam kelmarin, bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata letupan berlaku apabila mangsa mengambil bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung kereta Naza Citra.
“Sebaik diangkat, bungkusan itu meletup, menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

“Polis sedang menjalankan siasatan mengenai letupan dan bungkusan itu serta berharap tiada pihak membuat spekulasi mengenainya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, semalam.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, berkata Mohd Yusrizal pulang ke rumah mentuanya untuk beraya, malam kelmarin.

“Mangsa ketika membuka pintu rumah (sebelum kejadian), ternampak sebuah bungkusan hitam di atas bumbung kereta Naza Citra dan pergi mengambilnya.

“Ketika mangsa mengangkat bungkusan itu, ia tiba-tiba meletup. Letupan kuat itu mengejutkan kami sekeluarga yang ketika itu berada di dalam rumah,” katanya.

Dengar letupan kuat

Sementara itu, seorang jiran, Kamaruddin Che Mad, 56, berkata sebelum kejadian, beliau berada di serambi rumahnya yang terletak kira-kira tiga pintu dari rumah mangsa.

“Saya terkejut apabila terdengar letupan kuat dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati mangsa sudah terbaring dengan kedua-dua pergelangan tangannya putus serta perut terburai.

“Melihat keadaan mangsa yang parah, saya pada mulanya hendak membantu, namun tidak berbuat demikian kerana ngeri melihat keadaan mangsa dan terus menghubungi polis,” katanya.

Thursday, 20 June 2013

Subhanallah keji nyer Bahasa Macam tu...

hari ini baru buka fb nak baca wall kat dalam tu...tak pasal-pasal jer
ada seorang abg tu menghina orang yang tak tahu saper entah dimasukkan kedalam wall...
bukankan apa yang dimasukkan sume manusia yang menggunakan fb tu akan baca...
ayat dia berbaur sumpah seranah n menghina dengan cacian ...
mungkin kah itu bahasa orang melaka...
pelik tapi benar, yat sendiri pernah dengar kat telinga yat
aduhai keji sungguh bagi yat sumpah seranah yang cam tu...
mana tak keji nyer...
sumpah seranah dia ade ke sebut pasal anu mak orang tu...
pastu sebut pulak binatang kontot tu...
hishhh...tak yah tulis cam gitu kat wall
wat dosa free saper yang baca...
jadilah pengguna websosial yang berkaliber
jangan lah nak seret orang lain dalam masalah yang dihadapi
paling tak pun marah sangat kat orang tu
isytifar banyak2 kan ok