Sunday 9 October 2011

Betul Ke bayi cukup susu

Kita sering buat interpretasi sendiri samada bayi cukup susu atau tidak berdasarkan gelagat bayi. Sukar untuk tentukan jumlah susu ibu yang telah diberikan jadi kita pula buat andaian sendiri.

1. kekerapan bayi menyusu. Ada ibu bapa jangka bayi perlu menyusu mengikut sela waktu tertentu. Ada jadual bila perlu menyusu. Bayi perlu menyusu mengikut keperluannya sendiri mengikut kekerapan untuk membesar. Kadang dalam sehari kekerapan menyusu berbeza waktu pagi dan petang.

2. bayi tiba-tiba kerap menyusu dan payudara terasa lembut. Kita sebagai ibu risau susu tak cukup. Ini sebenarnya bagus kerana payudara kosong sebab bayi kerap menyusu dan ini akan meningkatkan kadar stimulasi pengeluaran susu.

3. bayi makin kurang menyusu, jika kerap merisaukan, kurang juga merisaukan. Kemungkinan bayi mendapat susu yang mencukupi jika payudara mempunyai kapasiti simpanan yang banyak. Boleh periksa output lampin bayi.

4. bayi menyusu sekejab. Mungkin biasa dengar perlu menyusu dalam jangka masa tertentu untuk pastikan dapat hindmilk. Sebenarnya semua ini bergantung respon bayi dan payudara. Ada sudah dapat menyusu dengan banyak jika aliran laju dalam 5 ke 10 minit sahaja. Atau kerana bayi sudah pandai menyusu dengan betul.

5. bayi menangis dan menyusu 1 botol susu lagi selepas menyusu badan. Adakah kerana ia memang lapar atau ia menangis jadi untuk menenangkannya bagi botol susu. Selain lapar menangis boleh disebabkan kerana ingin menghisap lagi, alergi atau kembung.

6.bayi tersedak, berbunyi-bunyi dan menarik puting atau tidak menyusu lama atau mungkin menjerit, mungkin ini tanda susu terlalu banyak. Anda pula terasa sentiasa penuh sepanjang masa dan cuba mengosongkan susu. Cuba beri susu sebelah sahaja untuk menyusu dalam tempoh 24 jam.

7. meragam ketika lepas tengahari dan petang. Aliran susu berkurang, jadi susu keluar dengan pelahan, jadi bayi akan meragam bila susu kurang. Tambah pula kepenatan menyumbang kesabaran mereka berkurang. Bayi perlu kerap menyusu, namun ibu pula enggan menyusu sebab baru menyusu. Boleh cuba compress susu untuk tingkat aliran susu atau alih perhatiannya dengan berdukung atau menyanyi

8. bayi tak tidur sepanjang malam. Normal bayi bangun banyak kali dalam setahun pertama. Tidak normal jika tidur terlalu lama lebih 4 jam tanpa menyusu dalam bulan pertama. Ini mungkin tanda kurang susu jadi bayi tidur untuk simpan kalori. Selain itu bayi bangun kerap mungkin juga sebab sakit, tidak selesa atau kerana baru belajar merangkak, berdiri jadi semangat nak cuba. Atau juga kerana terlalu seronok di siang hari tak mahu makan, malam baru lapar dan nak menyusu bila dah kurang stimulasi.

9. baca bahasa badan bayi. Bayi cuba sampaikan susu sikit dengan kerut dahi, kening atau menarik dan lepas puting. Atau mungkin menekan payudara dengan tangan seperti anak kucing menyusu. Ini adalah cara untuk keluarkan susu. Bayi yang kurang sabar akan terus lepaskan payudara dan menjerit. Ibu selalu salah faham sangka bayi tidak mahu menyusu badan. Semua bayi mahu menyusu cuma kerana ada masalah dia menolak dengan tujuan ingin memberitahu sesuatu, dan kita pula sangka bayi tak mahu menyusu. Biasa bila bayi dah dapat susu, bayi akan mula relaks dan matanya pelahan-lahan tutup dan tidur.
Pengalaman saya menyusu anak-anak saya, semua ini saya alami. Pertama kali dulu saya sangka perlu jadual. Jika belum masa tidak boleh menyusu. Lama kelamaan saya belajar dari bayi-bayi saya. Beri bila mereka nak. Yang terakhir ini lagi kerap saya perlu menyusu sebab dia jenis hisap sedikit sahaja. Lagipun bayi menyusu badan tak lama 2 ke 3 tahun sahaja bukan sepanjang umur hidup mereka! Penat! Fikirkan usia mereka bersama kita tak sampai suku jika mereka hidup sehingga 60 tahun, jadi masa bayi inilah peluang rapat dan lebih masa bersama...
Produk terbaru kami... Tuaman Bayi.
Bagus untuk mengelak kembung perut dan masalah angin pasang pada bayi. Boleh stim atau seterika kain dan bungkus Tuaman Bayi ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mamadamia.com

No comments:

Post a Comment