Monday 10 October 2011

Herba Mandian Aura

Herba Mandian Aura


Mandian herba ini di perbuat daripada himpunan 7 daun herba yang biasa di gunakan sewaktu berpantang. Antaranya ialah daun meringan,daun pisang kelat, daun pandan, daun haliabara,daun serai wangi, daun chappa dan daun inai.Gabungan kesemua daun ini membantu memulihkan kembali kesegaran dan kesihatan badan yang lemah selepas bersalin.
Setiap pek mempunyai berat 40 gm, bersaiz 1/2 kertas A4 dan boleh di gunakan untuk 3 hingga 4 kali mandian atau selepas pati dan warna air rebusan hilang.
Herba mandian membantu ibu dalam pantang perkara-perkara berikut ;
  • Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.
  • Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.
Cara penggunaan :
  • Rebus satu uncang herba mandian aura bersama 3 gayung air sehingga mendidih dan berbau wangi.
  • Campurkan air herba mandian bersama air biasa sewaktu mandi.
  • Keringkan uncang yang telah di gunakan di tempat panas atau kering untuk kegunaan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment