Monday 10 October 2011

Khasiat bendi


Bendi pasti tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia.  Selain dimakan mentah sebagai ulam, ia juga biasa dicampurkan kedalam masakan asam pedas, kari atau masak lemak.  Tidak lupa juga, ia juga biasa dimasak sebagai sayur goreng.



Disamping rasanya yang enak, ramai yang tidak tau bahawa ia adalah sejenis sayur yang amat berkhasiat.  Ia adalah sayur yang kaya dengan kandungan kalsium.  Selain itu ia juga turut mengandungi protein, serat, garam galian dan vitamin B.

Dari kajian yang pernah dijalankan, bendi juga dikaitkan sebagai sayur yang baik untuk perkembangan otak di mana ianya boleh menambah daya ingatan dan kecergasan.

Dari segi perubatan tradisional pula, ianya dipercayai boleh mambantu dalam memudahkan proses kelahiran.  Pada zaman dahulu, wanita mengandung mengamalkan memakan bendi ini sebagai sajian harian.  Air rebusan biji bendi, akar dan bunga bendi di rebus dan dijadikan minuman harian.  Sifat bendi yang berlendir dikatakan cukup baik untuk memudahkan proses melahirkan anak.


Selain dari kebaikan yang disebutkan di atas, air rebusan biji, akar dan bunga bendi dapat membantu dalam melawaskan pembuangan air kecil.  Ia juga dipercayai boleh mengubati penyakit gonorea dan sifilis. Ianya juga sesuai disapu pada bahagian kudis dan bisul.  Jika air rebusan tadi dicampur dengan gula, ia boleh merawat batuk dan sakit kerongkong.

No comments:

Post a Comment