Sunday 9 October 2011

Tip Penjagaan Bayi

Saya tuam perut bayi selepas mandi sebelum pakai baju. Saya guna kain lampin dan panaskan guna seterika. Cuba dulu pada tangan kita sebelum letakan pada bayi. Tuam ari-ari dan perutnya. Bagus untuk elak kembung perut dan angin pasang. Namun dalam cuaca yang amat panas, saya tak buat.

Selepas menyusu bayi, sendawakan dia. Ada 2 cara iaitu dudukkan dia atau letakan dia atas bahu kita kemudian tepuk/urut belakangnya dengan lembut sehingga dia sendawa. Ini bagus untuk elak kembung perut dan terjeluak. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa tidur. Tengah tidur akan terjaga dan nampak gelisah. Bahaya juga jika sedang terbaring boleh menyebabkan lemas dan susu masuk ke dalam paru-paru.

Bedung semasa tidur. Bayi tidur lena jika dibedung. Bayi baru lahir akan tersentak-sentak ketika tidur tanpa sebab dan menyebabkan dia terkejut dari tidur. Bedung akan mengurangkan dia terkejut, jadi tidurnya tidak terganggu. Bayi juga selesa kerana terasa kemas seperti berada dalam perut ibunya. Saya akan terus bedung sehingga usia 3,4 bulan. Tapi selepas sebulan saya tidak bedung di kaki, biarkan terbuka. Kalau bedung keseluruhan dia tidak selesa juga dan panas.

Percaya tak bayi sebenarnya boleh beri tahu apa dia nak. Masalahnya kita tak faham. Dulu pernah tengok dalam Oprah, bayi ada bahasa dia. Ada pakar bahasa bayi yang datang. Kalau bayi bunyi egg, dia nak apa. Saya pun dah lupa contoh yang diberi. Bayi saya ni saya cuba faham ikut kebiasaannya. Contoh menangis sebut ‘aighr’ nak susu, ‘akut' siap angkat badan dia tanda nak suruh angkat dia. Kalau tak betul dan kena dengan kehendak dia, pujuk macam mana pun dia akan menangis. Bila dah tukar lampin contohnya, dia diam boleh biar dia baring main atas tilamnya.

Kebiasaannya sukar nak tentukan kenapa menangis. Contohnya tengah berikan susu, nampak gelisah, cuba tengok lampin. Jika ok, cuba angkat dulu bayi dan sendawakannya. Kadang dia rasa kurang selesa sebab angin dalam perut nak keluar. Ada kala perkara tak dijangka seperti bahagian jari atau badan yang lain dalam kesakitan seperti terbelit rambut.

No comments:

Post a Comment