Monday 10 October 2011

Herba Mandian sewaktu berpantang

Herba mandian merupakan salah satu kelengkapan bersalin yang mesti ada sewaktu berpantang.Jika anda tinggal di kampung atau berpantang di kampung , herba mandian senang di dapati.Jika di rumah anda pokok herba yang di perlukan tidak ada, anda masih boleh mendapatkannya di rumah -rumah jiran.
Bagaimana jika anda tinggal di bandar-bandar yang kawasan lapang atau berlaman amat terhad? Ramai ibu dalam pantang yang tinggal di kawasan bandar terpaksa berpuas hati dengan hanya mandi air hangat .
Saya masih ingat lagi sewaktu berpantang anak pertama dan kedua, masa tu saya tinggal di flat yang berdekatan. Waktu berpantang, orang tua saya dan bidan yang mengurut akan membawa sekali daun-daun herba mandian . Susah juga kerana kalau tak ada daun -daun ni, rasa macam tak lengkap rasa berpantang tu :)
Yang bestnya, waktu mandi bau air mandian ni harum dan macam satu terapi minda untuk ibu yang baru bersalin.Kurang la rasa stress dengan kesakitan dan kesusahan yang di tanggung sewaktu bersalin.
Antara daun-daun yang selalu di gunakan sewaktu mandi ialah daun mengkudu, daun pandan, daun serai wangi, sintok, daun inai dan beberapa jenis daun lain. Seseparuh tempat menggunakan daun meringan, daun chappa, daun pisang kelat mengikut cara masing-masing.

 Adakah mandian herba penting sewaktu bersalin?

Sudah tentu sebab mandian herba membantu mengurangkan rasa lengoh di sendi-sendi sewaktu proses melahirkan bayi. Selain dari itu, ia juga membantu membuang angin dan melancarkan peredaran darah dengan khasiat yang terkandung dalam daun herba yang di gunakan.

Sekarang saya dapati mandian herba ini juga boleh di dapati dalam bentuk uncang seperti uncang teh! :) Kesemua daun daun herba ini di bungkus dalam uncang dan uncang ini hanya perlu di rebus dengan air panas sebelum mandi.

Cuba tengok gambar ni , lebih moden dan senangkan?
Tak perlu lagi anda membuka bungkusan daun atau tercari-cari daun herba untuk di buat mandian. Jadi, untuk promosi terbaru di mysetbersalin.com, saya sekarang membuka tawaran bonus uncang herba mandian ini untuk setiap pembelian Pakej Mom’s Special.

Yang menariknya mengenai mandian herba ini ialah, ia lebih mudah di gunakan sebab kita tak perlu lagi nak cari daun-daun yang sukar di dapati sekarang. Satu lagi , selepas mandi tak payahlah kita nak terbongkok-bongkok kutip daun-daun ni yang berterabur  macam mandian herba biasa.

No comments:

Post a Comment