Wednesday 5 October 2011

Peringkat Suami Melaksanakan Tanggungjawab

Dalam memberi tanggungjawab yang asasi terhadap isteri, Dpara suami boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:
1. Suami yang mampu, sentiasa peka dan siap siaga memberi tanggungjawab kepada isteri dengan tidak payah diminta oleh para isteri. Dia tahu sahaja apa yang hendak diberi sama ada makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Juga di luar yang perlu, yang tidak pula keterlaluan atau yang munasabah, yang masih dibenarkan oleh syariat, jika dia mampu dia tidak pula keberatan memberi. Itulah golongan As Siddiqin.

2. Suami yang juga mampu, sentiasa peka dan bersedia memberi apa-apa yang perlu kepada isteri-isteri tanpa diminta oleh isteri. Tapi perkara di luar yang perlu, dia tidak akan memberi. Kalau diminta, jika dia mampu, tidak pula keberatan untuk memberi. Itulah golongan muqarrobin.

3. Suami yang mampu, tidak memberi apa-apa kepada isteri sekalipun yang dharuri. Apatah lagi di luar yang perlu. Namun demikian kalau diminta, tidak pula keberatan dia memberi kepada isteri-isteri. Jika dia mampu, dia tidak pula susah untuk memberi tanggungjawabnya. Itulah dia go-longan orang yang soleh.
4. Suami yang mampu tetapi tidak tahu atau tidak mahu bertanggungjawab terhadap isteri-isteri sekalipun yang dharuri. Kalau diminta pun, dia tidak mahu bertanggungjawab. Kalau dia memberi juga, dengan rasa terpaksa. Dia memberi dengan sakit hati. Adakalanya terpaksa bergaduh lebih dahulu dengan isteri, bermarah-marah dan bermasammasam muka, barulah dia hendak memberi.

Suami begini lebih suka kalau isteri bekerja untuk boleh menanggung diri sendiri bahkan kalau boleh dia hendak tumpang sama makan daripada hasil usaha isteri. Itulah dia golongan yang fasik. Suami yang seumpama ini kalau dikekalkan tabiat dan sikap ini, lebih-lebih lagi berhadapan dengan isteri yang tidak sabar, sudah tentu rumah tangga sentiasa bergolak.

Krisis tidak habis-habis, kasih sayang tidak ada, kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga tidak wujud. Akhirnya membawa perceraian atau kalau tidak bercerai pun kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau hendak jaga wibawa. Apalah ertinya hidup berumah tangga yang tidak ada ketenangan.

No comments:

Post a Comment