Sunday 9 October 2011

Sifat Anak dan cara melayannya

Terdapat 4 jenis sifat anak dan cara melayannya. Ini saya petik dari buku Children from Heaven.

1. Anak yang sensitif ingin didengari dan difahami – mereka kerap komen. Mereka akan suka bila mereka berpeluang berkongsi masalah mereka. Kita perlu mengiyakan kata-kata mereka, tidak boleh memujuk menerangkan mereka tidak perlu atau tidak boleh bersedih. Mereka perlu tahu, bukan mereka sahaja alami perkara itu. Tidak suka dipaksa menjalinkan persahabatan baru. Namun bila dah terjalin, mereka akan setia dan jika dikhianati mudah terluka. Bila ibu bapa mendengar permasalahan mereka, mereka akan dapat ubah kekecewaan dan meningkatkan kebolehan memaafkan menjadi seorang yang penyayang dan banyak membantu.

2. Anak yang aktif perlu penyediaan dan perancangan– mereka lebih mementingkan apa jadi, tindakan dan keputusan. Bermotivasi dan lebih bekerjasama jika mereka tahu apa yang perlu dan ada perancangan. Buat perancangan dengan menyediakan had, peraturan dan arah tujuan yang jelas. Mereka suka perhatian dan mendominasi serta sentiasa hendak menang. Jika diberi peluang mereka akan menjadi ketua yang baik. Mereka juga tidak suka duduk diam dan mendengar sahaja. Suka membantah. Dan penting pastikan mereka tahu siapa boss – iaitu ibu bapa.
3. Anak yang responsif – perlukan perhatian dan arah tujuan. Mereka jenis yang social dan outgoing. Bermotivasi untuk mendengar, melihat, merasa dan alami semua yang ada dalam kehidupan. Mereka akan bertindak pada perkara baru. Walau suka berubah, namun sukar untuk fokus. Suka melakukan dengan cara mereka. Mereka jarang menyiapkan kerja dibuat dan akan melompat membuat perkara lain yang baru pula. Mereka ini mudah dialih perhatian kepada perkara lain. Contohnya jika anak berusia ke 3 tahun sedang mengamuk, boleh alih perhatian kepada perkara lain.

No comments:

Post a Comment